Lapan puluh tiga

1.2K 194 281
                                        

"Cinta..." panggil Yongbok, tubuh Jeongin dipeluk.

"Hm." Jeongin menyahut dengan nada tak ikhlas.

"Kenapa, abang Riz?" tanya Chan apabila menyedari Changbin yang sedang bermain lego dengannya di lantai perlahan-lahan mengensot satu meter jauh daripada mereka.

"Tu, kau tengok atuk dah start duduk dedekat nenek tu. Baik kau buat penjarakan sosial sekarang." jawab Changbin. Chan terus merangkak pergi ke Changbin kerana dia tahu bila Yongbok sudah bersama Jeongin mesti akan ada kata-kata menjijikkan.

"Cinta, love bermula dengan huruf apa?" tanya Yongbok. Jeongin mengeluh, malas sebenarnya nak melayan tapi takut Yongbok merajuk. Susah nak dipujuk nanti.

"L." jawab Jeongin.

"Berakhir dengan huruf?"

"E."

"Tak. Love akan selalu berakhir dengan U."

"EW, JIJIK! GELI LAH, ATUK! ARGHH!" jerit Changbin dan Chan sebelum berlari masuk ke dalam bilik. Yongbok mencebik. Tengoklah bila masing-masing dah beristeri, Yongbok akan judge setiap kali mereka cuba bermanja dengan isteri sendiri.

"Kau tak siap-siap ke? Dah nak masuk azan ni." tanya Jeongin kerana Yongbok selalu solat berjemaah di masjid.

Yongbok tersenyum.

"Aww, my love caring nya dengan abang." Jarinya menarik pipi Jeongin.

Disebabkan Jeongin terlalu comel di mata Yongbok, pipi yang sudah tinggal kulit itu digigit tanpa rasa bersalah.

"AUCH! TAK PAYAHLAH GIGIT PIPI AKU!" Jeongin menolak Yongbok tetapi Yongbok masih mengigit pipinya.

"Penatlah jadi single. Atuk dengan ayah tak pernah hormat orang single. Hormatlah sikit orang single, fikir orang single takde perasaan ke?" Changbin duduk di atas katil dan merungut.

"Kalau penat single pergilah couple." balas Chan.

"Kau nak aku couple dengan siapa? Semua perempuan sebaya aku semua perangai tak macam manusia. Tak sesuai dengan lelaki segentle aku."

"Eleh, diorang tu pun tak pandang dengan orang kurang kalsium lah." ejek Chan.

"Eh, budak. Kau tu lagi pendek dari aku. Ingat tu." marah Changbin.

"Percayalah, nanti Ayyan dah besar Ayyan lagi tinggi daripada abang Riz. Sebab Ayyan ikut gen tinggi mummy, abang Riz ikut gen tinggi ayah."

"Cakap benda tu lagi sekali." Changbin mengambil gunting dan menghalakan ke rambut patung Barbie Chan.

"ABANG RIZ!"

"KAU TARIK BALIK AYAT KAU YANG KAU CAKAP AKU IKUT GEN TINGGI AYAH! HEI, AKU NI TINGGI TAHU BUKAN PENDEK!"

"Bertuah punya budak." gumam Jisung, tadi dia lalu di hadapan bilik anak-anaknya dan tak sengaja mendengar jeritan Changbin. Jisung itu tidak pendek tetapi fun size!

Dia menghampiri ibu dan ayahnya di ruang tamu.

"Abah, sudah-sudah lah tu. Tak tenang mak nak tengok tv." katanya. Jeongin mengangguk, cepat-cepat dia berpindah tempat ke sebelah Jisung.

Duduk di sebelah Yongbok lama-lama boleh lunyai pipi sebab kena gigit.

"Tapi abah nak perhatian cinta abah." bibir Yongbok sudah muncung.

"Ye lah, bah. Ikut abah lah asal abah bahagia." balas Jisung. Dia ingin pergi tetapi Jeongin menahannya.

"Jangan tinggalkan aku dengan lelaki tu. Teman aku." kata Jeongin.

Han FamilyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang