Sebenarnya chap ni panjang sebab aku ada letak lirik lagu hshshs, hope korang enjoy dengan special chap pasangan warga emas kita.
ー
"Dah kenapa kau ajak aku pergi restoran ni?" tanya Jeongin namun kakinya tetap melangkah seiring dengan langkah Seungmin.
"Saja je, tak boleh ke nak makan dengan mak kat sini?" tanya Seungmin semula.
"Kenapa tak ajak bini kau je?"
Senyuman Seungmin terus lenyap.
"Tak nak, Halim nak dengan mak je. Lagipun Mirah kata dia nak pergi rumah Aina malam ni." kening Jeongin terjungkit sebelah.
"Bila masa pula dia berkawan dengan Aina?"
"Entahlah mak, tetiba je Halim tengok diorang dah jadi member. Haimin pun cam dah jadi geng diorang juga." jawab Seungmin. Dia membuka pintu restoran. Dahi Jeongin berkerut. Tidak ada sesiapa pun di situ selain mereka.
"Macam dah bankrup je takde orang kat sini." ujar Jeongin.
"Ada orang lah, cuma belum ramai je yang datang."
"Belum ramai otak kau, ni langsung takde orang ni. Waiter sorang pun takde." Jeongin meninjau sekeliling. Seungmin menggaru kepala, dalam diam dia berbalas mesej dengan Changbin.
"Erm, mak. Halim nak pergi tandas kejap."
"Kau nak tinggalkan aku sorang-sorang kat sini? Tak takut aku kena culik?" tanya Jeongin.
"Er, bukan. Halim dah tak tahan dah ni alah kejap je." Seungmin memberi alasan.
'Lagipun kalau ada yang culik mak, tak sampai sejam dia dah pulangkan mak balik pastu trauma.' sambungnya di dalam hati sebelum pergi menuju ke tandas. Jeongin menghela nafas lalu duduk di salah satu kerusi. Dia masih memikirkan perkara yang berlaku tengah hari tadi.
"Kurang asam betul, Zali. Disebabkan dia aku yang kena tempias. Dahlah aku tak tahu kat mana Mahmod tu sekarang, entah dah balik rumah ke belum tu." bebel Jeongin.
Sudah sepuluh minit berlalu namun figura Seungmin masih belum kelihatan.
"Aik, mana pula budak bertuah tu? Pengsan dalam jamban ke apa? Aish, dah nak jadi bapak orang pun menyusahkan aku lagi." Jeongin baru sahaja berdiri semasa loceng kecil yang terletak di pintu restoran berbunyi, menandakan ada orang lain yang membuka pintu itu.
Jeongin menoleh, dia terkejut melihat Yongbok yang berada di situ. Yongbok juga tidak dapat menyorokkan rasa terkejutnya.
"Mahmod?"
"Misnah? Apa Misnah buat kat sini?" tanya Yongbok.
"A-Aku tunggu Halim." jawab Jeongin.
"Atuk! Nenek!" Chan muncul sambil tersenyum, dia menarik tangan Yongbok dan Jeongin menuju ke rooftop restoran. Tempat itu diterangi oleh cahaya lampu yang agak suram, angin malam meniup lembut menjadikan suasana di situ semakin nyaman. Jika jenguk ke bawah, ada lebuh raya yang tak terlalu jauh dari restoran itu dan memperlihatkan beberapa buah kenderaan sedang bergerak.
Serta terdapat sebuah meja makan yang dihiasi dengan lilin dan sekuntum bunga mawar yang terletak di tengah-tengah meja. Jeongin leka melihat permandangan itu sebelum dia menyedari Chan sudah tidak ada bersama mereka.
"Ayyan, kau menyorok kat manaー"
"Misnah ke yang rancang semua ni?" soalan Yongbok membuat Jeongin batalkan niat untuk mencari Chan. Jika difikirkan balik, boleh sahaja ini adalah rancangan anak dan cucunya. Chan yang tiba-tiba menghilangkan diri pun mungkin adalah sebahagian dari rancangan mengejut ini.
ANDA SEDANG MEMBACA
Han Family
Фанфикшнnak cakap awal-awal, ayat aku dalam ff ni berterabur sikit. tatabahasa, penjodoh bilangan semua ke laut. ༎ຶ‿༎ຶ ー Complete ✅ Special chapter ✅ ー Anda ingin melihat sebuah keluarga yang bahagia dan bertingkah aneh seperti manusia kurang perhatian? Tah...
