nak cakap awal-awal, ayat aku dalam ff ni berterabur sikit. tatabahasa, penjodoh bilangan semua ke laut. ༎ຶ‿༎ຶ
ー
Complete ✅
Special chapter ✅
ー
Anda ingin melihat sebuah keluarga yang bahagia dan bertingkah aneh seperti manusia kurang perhatian?
Tah...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
570 likes
YE0SANGTAMPANZ Hati-hati, ada seekor toyol sedang berkeliaran bebas di sekitar anda. Anda dinasihatkan agar sentiasa memasang surah Al-Quran dalam rumah agar dia kepanasan.
wooyoungcroco_ PARESSSS SAMPAI HATI KAU EDIT AKU MACAM TU HIKS MACAM NI EK KAU BUAT AKU! AKU MERAJUK KANG! ー YE0SANGTAMPANZ ada aku kisah ke?
sunwoosunshine HAHAHA TOYOL ー umairahmeowho Okeylah tu toyol daripada kau jenglot bibir terlebih botox ー sunwoosunshine .... ー wooyoungcroco_ HAHAHAHAHAHHAHA PUAS HATI AKU TENGOK KAU KENA HINA BOCAH ー wooyoungcroco_ GOSH ACIK MIRAH BELA AKU HIKS LOB U 3.6 BILLON ACIK ー umairahmeowho najis @wooyoungcroco_
"Tak baik doh kau edit adik kau macam tu." ujar Chanhee kepada Yeosang yang sedang ketawa sakan membaca komen.
"Oh selama ni perangai dia macam jilake tu baik sangat lah?" balas Yeosang sambil memutarkan mata.
Brak!
Wooyoung membuka pintu bilik dengan kasar.
"HANAT, PADAM GAMBAR TU! KAU DAH CALARKAN IMEJ BUAYA AKU TAHU!" Wooyoung menarik kolar baju Yeosang dan menggoncang-goncang kembarnya. Sanggup dia lari dari kedai aiskrim ke rumah untuk bertemu lelaki yang sudah menjatuhkan maruahnya.
"Ya Allah, Mal! Mati juga anak orang!" jerit Chanhee, dia memisahkan mereka berdua.
"Kau nak aku padam gambar tu?" tanya Yeosang. Wooyoung mengangguk.
"Kau kena jadi hamba aku sebulan."
"APA-APAAN ITU, SETAN?! KAU FIKIR KAU NI FIRAUN KE NAK ADA HAMBA NI?" bantah Wooyoung. Seonghwa berlari menuju ke situ kerana jeritan Wooyoung.