Aku buat chap ni tanpa check banyak kali, so kalau ada typo atau ayat aneh tu maafkan yelah.
ーJeongin terbangun agak lewat hari ini, dia menyedut hingus yang tak berhenti keluar dari semalam. Dia menyentuh dahi yang masih terasa panas.
"Apasal, aku boleh demam tiba-tiba ni?" gumam Jeongin.
Klek
Changbin membuka pintu sambil membawa sarapan untuk neneknya.
"Lah, asal kau bawa sarapan tu ke sini? Kau fikir aku dah nazak ke tak boleh pergi ambil makanan sendiri kat dapur?" tanya Jeongin. Changbin meletakkan dulang itu ke atas meja lalu cemberut, perbuatan baiknya dihina oleh nenek sendiri.
"Nenek, Riz ni kesian kat nenek. Tu yang orang bawakan sarapan ni." kata Changbin. Jeongin memerhatikan Changbin, bukankah cucunya itu sepatutnya ada di sekolah sekarang?
"Kau tak sekolah ke?" tanya Jeongin.
"Tak, malasー"
Buk!
Jeongin tidak ragu-ragu untuk membaling penggaru belakang ke kepala Changbin.
"Aduh, nenek!" Changbin mengaduh kesakitan.
"Asal kau tak sekolah, hah?!" tanya Jeongin, garang. Changbin sedikit menyesal kerana membawakan sarapan untuk Jeongin. Dia fikir Jeongin akan sedikit berlembut padanya ketika ia membawakan sarapan tetapi itu hanyalah angan-angan. Jeongin takkan berubah.
"Orang cutilah, kat sekolah ada program untuk pelajar tingkatan lima. Cuma yang terlibat je datang sekolah."
"Kan senang kau jawab macam tu!"
"Nenek jangan marah Riz, Riz nangis baru tahu!ー OK ORANG GURAU JE!" Changbin mengambil bantal untuk melindungi diri kerana Jeongin sudah mahu membaling pasu bunga ke arahnya.
"Atuk kau mana?" tanya Jeongin.
"Baru je keluar."
Jeongin mendengus selepas mendengar jawapan Changbin.
"Nenek, kenapa nenek gaduh dengan atuk ni? Haih, dah tua-tua pun nak bergaduh lagi..." tanya Changbin sambil mengambil mangkuk bubur. Jangan bimbang, ayat terakhir itu Changbin hanya mengatakan dengan perlahan.
"Siapa cakap aku gaduh dengan atuk kau?" tanya Jeongin.
"Riz ni bukan tak nampak atuk dah tak melekat dengan nenek, kan selalunya atuk tu kalau boleh tak nak berpisah dengan nenek. Say aaa..." Changbin menjawab terlebih dahulu sebelum menyuapkan Jeongin.
Sesungguhnya Changbin adalah cucu yang baik, sesiapa yang mahu meminang Changbin bolehlah menyediakan tujuh dulang hempedu protozoa khunsa dan tujuh dulang air mata kuda laut jantan bunting.
"Atuk kau tu cemburu tak bertempat." kata Jeongin.
"Hah?"
"Aku cuma berbual dengan kawan lama aku je kot, tu pun nak marah." Changbin memandang Jeongin dengan tatapan tak percaya.
"Riz tak caye, ni mesti nenek ada buat something kat belakang atuk pastu kantoi ni."
"Kau bebetul nak rasa pasu ni pecah kat kepala kau ke?" Changbin cepat-cepat menggeleng dan menyuap Jeongin lagi.
"Tapi memang pun, cuma tak kantoilah sebab aku memang sengaja buat dia nampak." ujar Jeongin membuat Changbin terkejut.
"HAH? BIAR BETIK, NEK? ASTAGHFIRULLAHALAZIM NENEK DAH TUA KOT TAKKAN NAK CURANG LAGI NEK?! NEK, INGAT MATI INGAT SAKITー"

ANDA SEDANG MEMBACA
Han Family
Fiksi Penggemarnak cakap awal-awal, ayat aku dalam ff ni berterabur sikit. tatabahasa, penjodoh bilangan semua ke laut. ༎ຶ‿༎ຶ ー Complete ✅ Special chapter ✅ ー Anda ingin melihat sebuah keluarga yang bahagia dan bertingkah aneh seperti manusia kurang perhatian? Tah...