Seratus tiga belas

888 145 335
                                    

"Assalamualaikum!" seseorang memberi salam, tak lama kemudian Kamal Kai membuka pintu rumahnya dari dalam.

"Waalaikumussalam, akak nak apa datang sini?" tanya Kamal Kai.

"Nak tumpang jamban, Halim tengah kongker jamban kat rumah." jawab Minho. Kamal Kai terdiam. Punyalah dekat rumah Hyunjin dengan rumah Minho, rumahnya juga wanita hamil itu mahu meminjam tandas.

"Taklah aku tipu je, jangan tegak sangat jadi manusia. Mana bini kau?"

"Kat dalam. Masuklah." sebaik sahaja melangkah masuk, Minho terus meluru ke bilik. Tanpa mengetuk terlebih dahulu, dia membuka pintu bilik itu dengan tergesa-gesa.

"Astaghfirullahalazim, kak! Salam mana, kak?!" tanya Somi namun tidak dihiraukan Minho, dia sibuk menatap bayi yang sedang tertidur pulas di katil bayi bersebelahan Somi. Minho mencucuk pipi merah itu perlahan-lahan.

"HUWAA, COMELNYA!"

"SHHH!" Kamal Kai dan Somi serentak menyuruh Minho diam, bayi itu bergerak-gerak kerana terganggu dengan jeritan Minho namun dia tidak terbangun. Kamal Kai dan Somi menghembuskan nafas lega.

"Lelaki ke perempuan? Apa nama dia? Sakit tak beranak? Kau tak cakap pun eh kat aku anak kau dah keluar dari perut kau." tanya Minho bertalu-talu.

"Lelaki, nama dia Zulhilmi Jooyeon. Sakitlah kak, gila tak sakit. Tak sempat nak cakap kat akak sebab saya sibuk jaga baby." jawab Somi satu per satu soalan Minho.

"Hmm, mesti dah besar nanti jadi mulut kepoh macam bapak dia. Firasat aku kuat mengatakan begitu." ujar Minho, Somi memukul lengan Minho.

"Kak, jangan cakap macam tu. Tak naklah baby tu ikut perangai buruk bapak dia."

"Sampai hati awak cakap perangai saya buruk. Saya ni hubby awak tahu." Kamal Kai diri menghadap dinding di penjuru bilik, merajuk. Somi menghela nafas dan terpaksa memujuk suaminya. 

Minho mendukung bayi itu dengan berhati-hati, matanya tak berkedip melihat wajah polos itu. Jooyeon mengeliat dan tersenyum dalam tidur.

"HUWAA AINA, DIA SENYUM! BAPAK COMEL GILA SIAL HUHUHU! NAK CULIK BOLEH TAK?" jerit Minho membuat bayi itu terkejut lalu menangis. Kamal Kai dan Somi menoleh ke arah anak mereka yang sedang dipeluk erat oleh Minho.

"Astaghfirullahalazim, akak! Jangan sakiti anak aku! Dia baru hidup seminggu, kak!"

Doyeon berjalan-jalan di sekitar taman. Memandangkan sekarang cuti akhir tahun, hidupnya bebas selama sebulan tanpa bebanan kerja sekolah.

"Hm, mana dia ni? Kata nak pergi tengok wayang." gumam Doyeon. Ingatkan orang itu sudah menunggunya kerana Doyeon terlambat tiba dari waktu yang ditetapkan mereka berdua.

"Eh, Syakir!" dia memanggil San yang kebetulan lalu di situ.

"Hai, Ad. Kau nak pergi mana pakai lawa lawa macam ni?" tanya San, Doyeon tersenyum lebar. Baguslah San sudah tidak kekok dengannya lagi.

"Ada orang ajak tengok wayang." jawab Doyeon.

"Yana?"

"Cis, tak ada maknanya dia yang ajak. Dia tu tengah sibuk dating dengan kanda keranda sayang dia." Doyeon memutarkan bola mata, mentang-mentang tahun depan Yoojung akan jarang berjumpa dengan Jaehyun. Kalau boleh setiap hari nak dating.

"Kau kenapa macam rushing sangat ni?" tanya Doyeon.

"Aku ada hal penting ni kena settle dengan abang Harith. Aku gerak dulu eh." San pamit, tinggal Doyeon sendiri lagi. Dia duduk di buaian sambil termenung. Sekali-sekala buaian itu dihayun perlahan.

Han FamilyWhere stories live. Discover now