Tiga puluh tiga

1.5K 210 487
                                    

Siapa nyah Butterscotch? Thankslah yang tegur nama yang mata hijau tu Buttercup bukan Butterscotch, aduh kantoilah aku tak selalu tengok powerpuff girls 😂😂😂


"Zah, tolonglah jangan macam ni wei. Kalau ada masalah kau boleh share kat aku, jangan pendam sorang-sorang." Chanhee selaku orang yang paling rapat dengan Changmin mengusap bahu sepupunya namun Changmin masih diam merenung ke luar jendela dengan bayu pagi meniup lembut.

Younghoon datang dengan beberapa helai tisu di tangan.

"Sorry, Mi. Aku cuma dapat 3 helai je tu pun aku rembat kat bawah." ujarnya, Chanhee mengambil tisu itu dan mengelap air mata Changmin.

"Cup cup Zah jangan nangis... Biasalah kalau kau ada buat silap. Zah. Semua orang pernah buat silap. Kau buat aku risaulah, Zah."

Tok tok tok!

"BUKA PINTU NI WOI! BUKA!"

Tiga orang lelaki itu terkejut kerana pintu rumah mereka diketuk seperti ada yang hendak menghancurkan pintu itu. Sementara Hyunjin yang sedang menyisip air teh tanpa sengaja tersembur ke muka Seonghwa.

"Wah, indahnya hari ni." ujar Seonghwa sambil tersenyum manis, Joonyoung ingin tolong mengelap wajah Seonghwa dengan tisu tetapi kesemua tisunya sudah hilang tanpa jejak.

"Bila masa pula tisu habis ni?" gumam Joonyoung. Dia tidak tahu bahawa anak sedara dia sendiri yang mengambil semua tisu untuk mengelap air mata Changmin.

Ketukan di pintu semakin menggila, Hyunjin menyinsing lengan bajunya sebelum membuka pintu.

"MANA SALAM KAU SETAN? KETUK PINTU RUMAH ORANG MACAM KENA RASUK!" jerit Hyunjin, terpercik air liurnya ke muka Minho.

"Ish, tepilah sana. Aku nak jumpa Hamzah! Kak Milah, Hamzah mana?" tanya Minho. Joonyoung terkebil-kebil, jari telunjuknya menunjuk ke tingkat dua. Minho segera berlari ke atas.

"Molek betul perangai." sindir Seonghwa.

"Biasalah kak, dia hidup macam orang zaman batu. Tak ada peradaban." balas Hyunjin, dia menghela nafas sebelum memulakan topik baharu.

"Ni Munah ada berita hot pasal Mirah, nak dengar?"

"Nak nak!" jawab Joonyoung sambil memasukkan keropok bawang ke dalam mulut.

Minho yang sudah tiba di depan pintu bilik mengambil nafas sekejap dan tangannya memulas tombol pintu.

Klek

Buk

"ACIK SORRY ACIK, HAMZAH TAK BERNIAT NAK BUNUH ANAK ACIK HIKS! DOKTOR KATA DIA MATI SEBAB DEMAM CAMPAK! HIKS RIZKI TAK MAMPU SURVIVE, ACIK!" Changmin melutut di hadapan Minho. Younghoon membuat muka simpati dengan berita menyedihkan itu.

Manakala Chanhee tercengang, jadi punca utama Changmin menangis adalah disebabkan kematian semut? Segala idea yang diperah oleh otaknya hanya untuk memujuk Changmin yang menangisi pemergian seekor semut?

Chanhee rasa diperbodohkan sekarang.

"EIEE DIA NI, BUAT PENAT AKU JE PUJUK KAU TADI SETAN! BANG SHAH TAHAN AKU BANG, TAHAN!" Younghoon menahan Chanhee yang ingin menendang Changmin, lelaki tinggi itu sehingga terpaksa menyeret Chanhee keluar dari situ.

"MEMANG AKU SAMPAI KENA PERAH OTAK JUST NAK PUJUK KAU JE, TAHI! SEBAB SEMUT JE PUN KAU NAK NANGIS KE ANJIR?! DASAR ANAK HALAL!" makian-makian Chanhee semakin perlahan kerana Younghoon sudah membawanya pergi jauh.

"Mana dia sekarang?" tanya Minho. Changmin mengelap air matanya sebelum berdiri.

"Ikut Hamzah."

Han FamilyWhere stories live. Discover now