"Acik Munah tak ada bawang yang nak dikupas dengan kami ke?" tanya Younghoon.
"Lah, kau suka membawang ke?" tanya Hyunjin. Younghoon tersenyum sambil menguis-nguis bahu Jaehyun. Malulah Hyunjin tahu hobi rahsia dia.
"Dia ni memang kaki bawang, acik. Dulu pernah dia ajak saya beli barang-barang Bawang Rangers. Dia kata malu kalau beli sorang-sorang." ujar Jaehyun, dia menghempaskan jari nakal Younghoon. Geli betul main kuis bahu orang.
"Alah, Wais ni janganlah membongkarkan rahsia I. Malulah I." kata Younghoon gedik.
"Bang, baik kau ambik penyapu lidi kau pastu sebat manusia ni. Aku tak kisahlah dia suka bawang ke sawi ke tapi apahal gedik sangat ni?" ujar Yunho.
"Alah, Khairul... I gedik sikit pun tak boleh ke, hm?" sekarang bahu Yunho yang menjadi mangsa kuis menguis Younghoon.
"I cuma gedik dengan you je, babeー ANJING SAKIT, HANAT!" suara Younghoon berubah jadi lelaki jantan semula apabila Yunho dengan tekad mengigit jarinya.
"JARI AKU! HUWAA SAKIT!"
Lelaki pecinta roti itu terguling-guling di atas lantai, gigitan Yunho bukan biasa biasa. Setanding dengan kekuatan gigi Changmin.
"Acik, tolong abaikan aib keluarga ni. So ada gosip tak?" tanya Jaehyun yang sebenarnya sama sahaja seperti Younghoon.
"Mestilah ada. Kenal si Tipah yang duduk kat hujung taman rumah sebelah kubur tu?"
"Ha kenal kenal! Kenapa dengan akak Tipah tu? By the way kan dia tu selalu tahu acah bagus, menyampah tengok!" kata Jaehyun. Younghoon yang tadi terguling-guling pun segera duduk semula dan fokus memandang Hyunjin.
"Adik dia tu semalam kena masuk rehab, dadah lagi lah tu. Muka dia last acik tengok fuh tengah high gila babi beb." bisik Hyunjin, bibirnya dijungkit-jungkit macam kebiasaan mak cik bila bergosip.
"Tu lah, acik. Saya pun pernah nampak dia beli something dengan keldai dadah warga asing tu, nak tegur tapi takutlah kang kena pukul ke apa ke kan. Orang hisap dadah ni bahaya." sambung Yunho.
"Ha pastu pastu, kenal mak nyah yang dulu duduk kat Bukit Bintang tu?" tanya Hyunjin lagi. Jaehyun, Younghoon dan Yunho mengangguk.
"Semalam dia post gambar pregnancy test kat Facebook. Garis dua kau!"
"Wuuuuishhh!" mereka bertiga serentak bersandar di kerusi sambil memandang Hyunjin dengan muka terkejut.
Chan mendekati Hyejin yang sedang termenung.
"Hai, kakak cantik!" sapa Chan. Hyejin tersentak dan cepat-cepat tersenyum.
"Hai, Ayyan. Ayyan nak apa? Nak aiskrim lagi ke?" tanya Hyejin.
"Naur... Ayyan nampak akak termenung. Akak bosan, kan? Don't worry, Ayyan boleh temankan akak!" katanya ceria. Hyejin ketawa.
'Comel betul si ketot ni, nak je aku gigit pipi tu grr grr...' ujar gadis itu dalam hati.
"Kenapa Ayyan tak duduk dengan mummy?"
"Sebab mummy tengah bergosip."
"Dengan diorang? Lelaki-lelaki tu? Bercanda kamu?"
"Ayyan tak bergurau lah, kakak. Ayyan good boy sebab tu Ayyan tak nak join gosip dengan diorang." Hyejin menatap lelaki-lelaki itu, tak sangka ada bawang jenis jantan.
"Akak, kenapa aiskrim Ayyan manis?" tanya Chan.
"Yan, aiskrim memang manis."
"Oh, ye ke? Bukan sebab kakak ada kat sini?" itulah padahnya membaca buku sesat ciptaan Jisung. Chan semakin larut dalam dosa dunia.

YOU ARE READING
Han Family
Фанфикnak cakap awal-awal, ayat aku dalam ff ni berterabur sikit. tatabahasa, penjodoh bilangan semua ke laut. ༎ຶ‿༎ຶ ー Complete ✅ Special chapter ✅ ー Anda ingin melihat sebuah keluarga yang bahagia dan bertingkah aneh seperti manusia kurang perhatian? Tah...