"Kau keluar dengan siapa tadi?" tanya Hyunjin ketika Minho baru membuka pintu rumah.
"Dengan member."
"Iye ke dengan member?" tanya Changbin pula dengan memeluk tubuh. Ibu dan anak itu melemparkan tatapan tak percaya kepada Minho.
Disitu ada mereka, Yongbok sedang cuba mengusik Jeongin menyulam, Jisung yang sedang membaca surat khabar dan Seungmin yang bermain masak-masak dengan Chan, atau lebih tepat dia dipaksa bermain masak-masak.
Disebabkan tak mahu sebatang penggaru belakang badan diketuk di dahi, Seungmin merelakan waktu terluangnya dengan bermain permainan yang sangat tidak manly itu.
"Have a tea, pak su and Barbie." ujar Chan sambil menuangkan air teh imaginasinya daripada teko ke cawan Seungmin dan sebuah patung kanak-kanak perempuan bernama Barbie.
"Hm." balas Seungmin tak ikhlas.
"Keluar dengan member pukul 4 pastu balik sampai pukul 6?" tanya Hyunjin. Minho memeluk tubuh.
"Tadi ada masalah, dia jatuh kat kolam ikan. Mirah tolong dia."
"Kau tipu kan?"
"Apa masalah akak nak tanya aku macam-macam ni?"
Hyunjin dan Minho saling berpandangan dengan menyepetkan mata. Changbin menelan air liur ketika merasai aura bahaya di sekitar mereka.
"Mirah, Munah jangan gaduh." lerai Yongbok, dari tadi dia hanya mendengarkan perbualan antara adik-beradik ipar itu.
"Akak Munah yang mula dulu! Ish, menyampah!" balas Minho sebelum dia masuk ke biliknya.
"Haish budak tu." Hyunjin duduk di sofa sambil memicit batang hidung.
"Kenapa dengan harimau betina tu?" tanya Seungmin. Hyunjin dengan pantas menatap adik iparnya dengan serius.
"Halim, kau sekarang dalam keadaan bahaya!"
"Bahaya?"
"Ada mafia nak bunuh pak su ke, mummy?!" sampuk Chan. Changbin tanpa disuruh langsung menarik telinga adiknya dan membawanya menuju ke bilik agar tidak menyampuk perbualan orang tua.
"Akh, abang telinga Ayyan sakit!"
"Diam kau budak, diam."
"Ni pasal Mirah." ujar Hyunjin kepada adik iparnya.
"Dia dah curang dengan kau."
"Uhuk!" Jisung yang sedang menghirup teh tersedak. Jeongin dan Yongbok terus menatap Hyunjin dengan raut wajah terkejut.
"Curang?" tanya Seungmin.
"Iye! Kau kena buat sesuatu Lim!" jawab Hyunjin bersungguh-sungguh namun Seungmin malah menyandarkan tubuh ke sofa dan memasang wajah santai.
"Kenapa? Dah dia nak curang, biarlah dia."
"YA GOBLOK, KAU DAYUS KE APA SETAN?! BINI KAU TU WOI!" teriak Jeongin tiba-tiba, kesabarannya tercabar apabila melihat sikap anak bongsu yang makin hari makin rendah kepintarannya dalam hal rumahtangga.
"Cinta, sabar cinta.." Yongbok menenangkan Jeongin namun wanita tua itu masih memiliki api membara dalam hati yang menjulang-julang.
"Lebih baik kau cari jalan untuk buat Mirah setia kat kau sebelum jarum ni aku sumbat dalam hidung kau." ugut Jeongin garang.
"B-Baik.." balas Seungmin sambil mengangkat kedua-dua tangan ke atas.
'Sebenarnya anak kandung dia tu aku ke Mirah?' sambung Seungmin di dalam hati.
ANDA SEDANG MEMBACA
Han Family
Fanfictionnak cakap awal-awal, ayat aku dalam ff ni berterabur sikit. tatabahasa, penjodoh bilangan semua ke laut. ༎ຶ‿༎ຶ ー Complete ✅ Special chapter ✅ ー Anda ingin melihat sebuah keluarga yang bahagia dan bertingkah aneh seperti manusia kurang perhatian? Tah...
