Note:
Aku tak tahu kenduri kahwin kat Korea macam mana so aku hentam jelah buat kenduri kat sana macam kenduri kahwin kat Malaysia.ー
"Mummy, memang kita kena pergi kenduri kahwin ni ke? Tak boleh ke kalau tak pergi?" Changbin merengek sementara Hyunjin menghela nafas.
"Riz, kenapa Riz tak suka sangat pergi kenduri? Bukannya tak best, best tahu siap dapat makan free lagi." tanya Hyunjin.
"Memanglah makan free tapi Riz malas nak campur dengan orang ramai."
"Eh apo alasan macam tu? Takde takde, pergi bersiap sekarang. Sekali tolong adik kau carikan baju. Dari tadi menjerit-jerit tanya kat mana baju favorite dia." arah Hyunjin. Changbin pasrah.
"Mak, abah. Dah siap belum?" tanya Hyunjin.
"Abah dengan mak dah siap!" jawab Yongbok, ceria. Comel je Hyunjin lihat bapa dan ibu mentuanya memakai baju sedondon walaupun muka Jeongin masam mencuka dari tadi.
"Mak, kenapa masam je?"
"Aku nak pakai baju warna biru tapi dia asyik merengek nak pakai baju pink." jawab Jeongin. Kalau tak disebabkan Jeongin penat hendak dengar Yongbok merengek dah lama dia memakai baju baru ia beli minggu lepas. Jeongin pun mahu show off baju baru dengan gengnya.
"Sebab pink buat cinta nampak comel." kata Yongbok.
"Oh, selama ni aku tak comel lah?" tanya Jeongin. Yongbok gelabah.
"E-Eh, bukan macam tu. Cinta sentiasa comel di mata seorang Mahmod. Cinta dari dulu hingga sekarang tak pernah berkurang sedikit pun kecomelan dan kecantikan cinta."
"Dah mula dah..." gumam Hyunjin. Dia keluar untuk mendekati Jisung yang sedang memanaskan enjin kereta.
"Kereta takde masalah kan, bang?" tanya Hyunjin. Jisung hanya berdehem. Jangan lupa bahawa dia dan Seungmin sedang merajuk.
Sayangnya Hyunjin itu tidak peka, dia duduk di sebelah kerusi pemandu dan melihat cermin untuk membetulkan make up. Jisung mendengus lalu memuncungkan bibir.
"Kenapa bibir tu, bang? Nak pakai gincu juga ke?" tanya Hyunjin sambil memakai gincu.
"Hmph!" Jisung memeluk tubuh dan menoleh keluar tingkap. Dalam diam dia melirik Hyunjin yang masih fokus ke arah cermin. Selesai make up, dia mengambil gambar untuk dihantar ke media sosial.
Dasar Maimunah Hyunjin, suami tengah merajuk pun tak perasan.
"Mummy, Chan dah hensem!" Chan muncul dengan senyuman lebar, baju bercorak kartun animasi Barbie kesayangannya telah dijumpai berkat jasa baik Changbin.
"Anak mummy memang hensem." puji Hyunjin.
"Eleh, Riz lagi hensem." sampuk Changbin yang memakai serban hitam, daripada topi hinggalah ke kasut semuanya hitam.
"Ya Allah, Riz... Kan cuaca tengah terik macam ni kenapa pakai semua hitam. Panas nanti." tegur Hyunjin.
"Hitam is my style." jawab Changbin.
"Haih... suka hatilah kau, nak."
Yongbok dan Jeongin orang terakhir masuk ke dalam kereta. Mereka mula bertolak ke kawasan kenduri tersebut. Tidak terlalu jauh sebenarnya jadi tempoh perjalanan tidak memakan waktu yang lama.
"Ingat, jangan buat malu. Lagi-lagi Ayyan." pesan Hyunjin ketika mereka mahu keluar.
"Asyik-asyik Ayyan je kena." rungut Chan.
"Memang, kau kalau dah jumpa dengan geng kau tu memang auto jadi liar macam monyet." balas Changbin. Chan menjelirkan lidah lalu keluar.
"Eh, awal kau sampai." sapa Hyunjin kepada Minho yang sedang mengunyah daging kambing.

ANDA SEDANG MEMBACA
Han Family
Fiksi Penggemarnak cakap awal-awal, ayat aku dalam ff ni berterabur sikit. tatabahasa, penjodoh bilangan semua ke laut. ༎ຶ‿༎ຶ ー Complete ✅ Special chapter ✅ ー Anda ingin melihat sebuah keluarga yang bahagia dan bertingkah aneh seperti manusia kurang perhatian? Tah...