Changbin masuk ke kelas dengan perasaan gembira. Sekarang drama yang berlaku dalam keluarganya sudah habis. Berkat kepintaran Changbin sejak fetus, dia sekali lagi berjaya menemukan jalan penyelesaian.
"Oi, bro." sapa Haknyeon.
"Nak maggi, bro?" tawarnya selepas Changbin duduk di sebelah.
"Tak nak, aku nak diet aku tak nak jadi manusia macam kau." Changbin menolak maggi cup itu. Dia yakin yang Haknyeon sudah sarapan di rumah, maggi kari itu cumalah snek untuk Haknyeon.
"Hei, aku makan banyak tapi aku masih sado tahu." balas Haknyeon.
"Dahlah. Mana si Ikmal?" tanya Changbin, malas nak teruskan topik tak bermanfaat tadi.
"Macam biasalah, mengurat acik kantin. Tadi baru je keluar kelas dengan Ad." jawab Haknyeon, dia menghirup kuah kari dari cup maggi. Rasa keenakan daripada kombinasi kari, rempah ratus khas serta sedikit pedas buat Haknyeon semakin jatuh cinta pada mee segera itu.
Changbin berdiri, dia ingin ke kelas San.
"Bro, nak ke mana?" tanya Haknyeon.
"Kelas 3 B, nak ikut tak?"
"Nak tapi kau dukung aku, boleh?" Changbin terus keluar kelas, mengabaikan panggilan Haknyeon. Kalau disuruh seret Haknyeon sekali pun Changbin tak mahu. Patah dua pinggangnya nanti.
"Riz, kejamlah kau ni!" rungut Haknyeon, dia menyamakan langkah dengan si sahabat. Mereka tiba di kelas San dan keadaan kelas itu tak jauh beza dengan kelas mereka.
Semua sedang kelakuan seperti monyet. Liar dan tidak terkawal.
"Tu Syakir." tunjuk Haknyeon.
"Hai, Kir." sapa Changbin, San menoleh dan tersenyum kecil. Dahi Changbin berkerut melihat sekotak susu strawberi di tangan San.
"Kau still nak bagi susu tu kat dia?" tanya Changbin.
"Haah."
"Siapa dia tu?" tanya Haknyeon. Changbin panik, dia tak boleh biarkan Haknyeon tahu tentang ni. Rahsia automatik akan terancam jika Haknyeon tahu.
"Erm, Mirza. Pergi beli roti wei. Beli dua pastu kau ambil satu." Changbin memberi duit dan Haknyeon dengan senang hati pergi ke kantin.
Changbin menghembuskan nafas lega. Dia duduk di sebelah San.
"Kenapa tak nak confess je?" tanya Changbin.
"Kau sendiri tahu dia suka orang lain, dia takkan terima aku. Aku ni cuma kuman kat mata dia." jawab San, Changbin mengeluh. Dia terpandang Mingi yang sedang tersengih seorang diri sebelum menampar pipinya sendiri dan tersengih lagi.
"Wei, Harraz tu kenapa?" tanya Changbin. San mencebik lalu meletakkan kepala ke atas meja.
"Dia tengah happy, nek Enab terima dia."
"Hah?!" Changbin terkejut.
"Untunglah dia, cinta terbalas. Aku ni masih tunggu dia notice aku." ujar San, iri.
"Kir, Harraz bebetul suka nenek Enab ke dia saja nak main-main?" tanya Changbin.
"Dia betul-betul suka, dia siap resign jadi buaya lepas nek Enab terima dia. Ikmal sempat merayu-rayu kat dia suruh jangan berhenti tapi dia tetap nak berhenti." jawab San. Changbin ternganga. Dia agak tak percaya tetapi cinta tu kan buta jadi Changbin tidak mahu mempertikaikan cinta antara Mingi dan Chaeyoung.
"Roti dah sampai!" Haknyeon datang semula sambil membawa dua buah roti bersama-sama Wooyoung dan Doyeon.
San terbeliak, dia segera mengangkat muka dari meja dan membetulkan posisi duduknya.
YOU ARE READING
Han Family
Fanficnak cakap awal-awal, ayat aku dalam ff ni berterabur sikit. tatabahasa, penjodoh bilangan semua ke laut. ༎ຶ‿༎ຶ ー Complete ✅ Special chapter ✅ ー Anda ingin melihat sebuah keluarga yang bahagia dan bertingkah aneh seperti manusia kurang perhatian? Tah...