Sembilan puluh empat

1.6K 216 438
                                    

Chap ni takde lah menyedihkan sangat. Korang rileks ii je. ಠ◡ಠ

Lima orang dewasa lari tergesa-gesa menuju ke sebuah wad kecemasan. Seungmin sudah lama berada di situ dengan wajah pucat lesi. Dia tidak senang duduk, sekejap ia duduk sekejap ia berdiri.

"Halim, macam mana diorang boleh accident?" tanya Hyunjin risau.

"Kereta diorang terlanggar penghadang jalan sebab ada kereta langgar diorang dari tepi." jawab Seungmin dengan suara agak bergetar.

"Habis tu macam mana dengan keadaan diorang?" tanya Yongbok. Seungmin menarik nafas dalam-dalam dan melepaskan dengan perlahan.

"Doktor kata Mirah pendarahan teruk. Kandungan dia dalam bahaya. Baby kena lahir awal, sekarang Mirah tengah operation. Tapi dah sejam Halim tunggu kat sini." jawab Seungmin.

Dia memandang Kamal Kai.

"Cedera Aina tak terlalu serius, dia ada kat wad biasa tapi dia belum sedar lagi. Kau pergilah lawat bini kau." ujarnya. Kamal Kai mengangguk.

"Kalau macam tu saya nak pergi tengok isteri saya, ye." dia meminta diri dan pergi ke wad yang menempatkan Somi.

Changbin terus menuju ke hospital sebaik sahaja habis sesi persekolahan, dia turut membawa adiknya sekali. Chan yang tidak tahu apa-apa hanya memasang raut bingung.

"Abang, kenapa kita pergi hospital?" tanya Chan.

"Mak su sakit." jawab Changbin.

"Oh, mak su demam ke?" tanya Chan lagi. Changbin serba salah mahu jujur, Chan dah terlalu teruja untuk menunggu kelahiran sepupu. Jika ia tahu Minho kemalangan dan nyawa bayi itu dalam bahaya mesti Chan akan menangis.

"Mummy!" Changbin berlari ke Hyunjin.

"Macam mana dengan mak su?" tanyanya.

"Kita doakan yang baik-baik je untuk dia, Riz."

Chan duduk di sebelah Seungmin yang sedang memangku muka menggunakan sebelah tangan, Seungmin termenung jauh dengan fikiran yang membayangkan hal yang bukan-bukan.

"Pak su, pak su jangan risau sebab Ayyan pun pernah demam. Mula-mula Ayyan sakit pastu tak lama lepas tu Ayyan sembuh. Ayyan yakin nanti mak su pun boleh sembuh macam Ayyan. Mak su kan kuat." ujar Chan memberi semangat. Seungmin menoleh ke arah Chan lalu mengusap rambut kanak-kanak dengan lembut.

"Aku pun harap macam tu, Yan." kata Seungmin. Jisung mendekati Seungmin, sebotol air mineral diserah.

"Lim, minum. Muka kau dah pucat sangat tu." Seungmin mengambil air itu dan meminumnya beberapa teguk.

"Li, aku takut." Jisung rasa kesian terhadap adiknya. Bukan satu nyawa tetapi dua. Dua nyawa insan tersayang sedang dipertaruhkan.

Telefon Changbin berdering dan memaparkan nombor Yeosang. Changbin hanya melihat hingga pihak sana berhenti memanggil.

Ting!

Farish

Riz, boleh kita jumpa?
16:37
read √√

Sorry, Rish. Tapi sekarang aku tak boleh.
16:37
read √√

Aku kat hospital.
16:37
read √√

Mak su aku kemalangan pastu sekarang tengah operation nak keluarkan baby.
16:37
read √√

Oh...
16:38
read √√

Takpelah
16:38
read √√

Aku doakan acik Mirah dengan anak dia selamat.
16:38
read √√

Han FamilyWhere stories live. Discover now