Tiga belas

1.8K 237 335
                                        

Warning: Ada scene gula tumpah, sesiapa yang single mohon kuatkan semangat anda.


"MAK SU DAHLAH! PLEASE STOP LAH!"

Changbin menjerit sambil menutup telinga manakala Minho ketawa terkekeh-kekeh.

"Alololo princess marah ke? HAHAHAHA!"

"Mummy tengok mak su!" adu Changbin, sudah lebih 2 jam dia diusik dengan gurauan itu. Dan bagi Changbin itu langsung tak lawak!

"Mummy dah tengok dah, comel je dia tu." balas Hyunjin lalu dia melakukan high 5 dengan Minho. Bila bersangkutan dengan mengusik Changbin, duo mak cik ini akan sekepala.

"Ayyan.. tengok tu, diorang jahat." adu Changbin kepada Chan pula, satu-satunya adik yang boleh dia harapkan sekarang.

"Princess marah sebab gambar tu ke?" tanya Chan. Changbin menunduk dengan aura negatif menyelubungi tubuh sedangkan Hyunjin dan Minho semakin kuat ketawa.

Klek

"Assalamualaikum, meriah betul rumah malam ni." ujar Jisung yang sedang menyorokkan sesuatu di belakang tubuh. Ada juga Seungmin yang berdiri di sebelahnya dengan membawa barang belanja.

"Waalaikummusalam. Ni ha kitorang syok nganjing Rizki. Sampai mengalir air mata Munah, bang." jawab Hyunjin lalu dia mengelap air mata yang sempat keluar kerana ketawa terlalu lama.

"Eh, apa kat belakang abang tu?" tanya Hyunjin pula.

Jisung tersenyum lalu dia menyerahkan sejambak bunga mawar kepada Hyunjin.

"For you, my queen." ujar Jisung. Muka Hyunjin menjadi merah. Manakala Minho dan Changbin memutarkan mata mereka.

"Aww.. Thank you, my king." kata Hyunjin lalu dia mengambil bunga itu dan dihidunya wangian mawar tersebut. Chan tersenyum dan bertepuk tangan.

"Sweet! Sweet! Ayah dengan mummy so sweet!" soraknya.

"Pak su tak bagi bunga kat mak su?" tanya Chan kepada Seungmin.

"Oh, ada." semua kelihatan teruja untuk melihat bunga yang disediakan Seungmin. Minho mendengus tetapi tetap menantikan bunga itu.

"Nah."

"Anjー Astaghfirullah.. ingat Tuhan, Mirah. Ingat Tuhan.." Minho mengusap dada apabila Seungmin dengan bangga memberi sebuah brokoli kepadanya.

"Pftt.." Changbin menutup mulut, dia ingin ketawa namun dia tak mahu pendek umur kerana dipukul oleh Minho. Chan menyengetkan kepala ke kanan.

"Brokoli?"

"Aduhai, nilai romantik kau ni dah hancur sangat dik." kata Jisung sambil menggelengkan kepala. Hyunjin dalam diam bersetuju dengan pendapat suaminya.

Jeongin sedang sibuk menyulam di dalam bilik, matanya tanpa sengaja melihat sebuah kotak hadiah yang terletak di kaki katil. Dia mengambil kotak itu.

"For Yongbok." dia membaca kertas yang terlekat di kotak.

"From your secret admirer." wanita berumur 60-an itu terdiam sebentar. Terhenti kegiatan menyulamnya disebabkan kotak hadiah itu.

"Mana satu ye gula?" sementara Yongbok di dapur sedang berusaha membezakan antara garam dengan gula. Berkerut-kerut dahi orang tua itu melihat dua bekas tersebut.


"Abah cari apa?" tanya Hyunjin yang baru memasuki ruangan dapur.

"Abah nak cari gula, abah nak buat milo untuk cinta. Kesian dia dari tadi fokus bebeno menyulam." jawab Yongbok.

Han FamilyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang