Seorang wanita menatap skrin telefonnya, sebuah buku yang diterbitkan secara atas talian itu sudah habis ia baca. Dia termenung jauh sambil mengusap skrin telefon yang sudah gelap itu dengan ibu jarinya. Tak sedar dia menangis dalam diam, tiada esakan yang keluar, hanya air mata yang mengalir berserta hatinya yang hancur.
Klek
"Sayang." pintu bilik itu dibuka oleh seorang lelaki, niatnya hendak memanggil sang isteri terbantut tatkala melihat wanita itu menangis sambil memegang telefonnya. Dia duduk di sebelah, bahu wanita itu dipeluk dari tepi.
"A-Abang." wanita cantik itu tersedar dan cepat-cepat menghapuskan air mata.
"Bila abang balik? Tak dengar pun kereta abang tadi." tanyanya. Lelaki itu fokus memandang wajah isterinya yang memaksakan diri untuk tersenyum.
"Sayang dah habis baca buku tu?" pertanyaan itu membuat senyuman wanita itu luntur. Dia melihat telefon yang berada di atas riba. Tajuk dan jalan cerita buku itu bermain di fikiran.
Han Family.
"Sayang yakin tu mereka ke?" tanya lelaki itu lagi. Dia mendengar wanita itu menghembuskan nafas berat.
"Rosli... Rizki... Rayyan... Tu nama suami dan anak-anak Munah, abang. Apa yang berlaku dalam ending cerita tu sama dengan apa yang berlaku dalam kehidupan Munah sebelum Munah berjumpa dengan abang. Hidup kami dibebani masalah dan hutang. Suami Munah mati bunuh diri. M-Munah tinggalkan anak-anak Munah kat tempat asing... Hiks... Tu betul-betul berlaku, bang."
Maimunah, wanita itu menggigit bibir. Dia harus menelan fakta yang kedua-dua anaknya yang hampir dua tahun dia jejaki sudah tiada. Mereka telah pergi jauh sebelum dia membetulkan segala kesilapannya dulu.
"M-Munah tak sangka hiks anak-anak yang Munah sayang dah tak ada. Munah tak sempat nak minta maaf hiks... Munah rasa bersalah sangat bang sebab tinggalkan anak-anak Munah. Patutnya Munah tak buat keputusan bodoh tu. Munah menyesal sangat-sangat. Hiks..." luah Maimunah.
"Sayang... Sayang buat semua tu sebab tak nak pengutip hutang tu apa-apa kan anak-anak sayang. Sayang tak salah."
"Kalau Munah tak tinggalkan Riz dengan Ayyan, mereka takkan mati! Ayyan, anak bongsu Munah meninggal dalam kesejukan! Mana Munah pergi masa dia perlukan pelukan Munah? Riz, anak yang paling Munah percaya meninggal sebab barah yang Munah tak pernah tahu! Munah gagal jadi ibu. Munah langsung tak berguna hiks..." Wanita itu menangis dalam pelukan si suami. Kalaulah dia diberi peluang untuk kembali ke masa silam, dia tidak akan pernah meninggalkan anak-anak yang dia sayang. Dia sanggup hidup dalam kesusahan asalkan dia tetap bersama dengan Rizki dan Rayyan.
"Sayang, tu dah berlalu. Apa yang terjadi semua kerana takdir. Sayang kena relakan pemergian mereka. Lupakanlah keluarga lama sayang, sekarang sayang dah ada keluarga baru. Biarlah abang dan anak kita yang bahagiakan Munah." ucap lelaki itu sambil mengusap perut buncit Maimunah.
"I know it's hard... but you need to forget them, honey." dia terus mendesak apabila melihat Maimunah hanya diam.
"M-Munah nak tidur." ujar Maimunah, dia melepaskan pelukan itu dan baring membelakangi suaminya.
"Kalau sayang masih tak nak lupakan mereka. Sampai bila-bila sayang takkan bahagia. Sayang akan selamanya terperangkap dalam masa silam sayang." Maimunah memejamkan mata apabila mendengar kata-kata yang menusuk daripada lelaki itu. Bunyi pintu ditutup menandakan lelaki itu sudah keluar dari bilik mereka.
Maimunah membuka matanya dan menangis lagi.
"Maaf, abang. Tapi Munah takkan lupakan cinta pertama dan anak-anak Munah. Tiada sesiapa yang boleh ganti tempat mereka dalam hati Munah."
Dia egois.
"Mummy, boleh nyanyikan Riz lagu tidur? Dah lama mummy tak nyanyikan lagu tidur untuk Riz."
"Boleh, sayang." balasan itu disertai sebuah senyuman manis. Rizki tersenyum lebar dan segera berbaring, menanti sang ibu menyanyikan lagu tidur untuknya seperti dulu.
"Takkan ku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur. Datang petir menyambar, jengking dan ular, bonda takkan berundur." mata Rizki terpejam apabila suara merdu itu menyapa halwa telinga. Dalam beberapa detik dia sudah tertidur sambil memeluk erat adiknya.
"Bonda takkan ada sentiasa, nanti moga kau tak lupa bonda memujukmu, anakanda... Nyamanlah Arjuna Beta, mimpikan yang indah saja. Bila kau buka mata, semua tak serupa..."
Alunan suara itu berhenti dan digantikan dengan senyuman pahit. Air mata terkumpul di sudut mata.
"Maafkan mummy, sayang. Mummy janji lepas mummy dapat langsaikan hutang tu mummy akan cari Riz dan Ayyan. Mummy sayang anak-anak mummy. Mummy mohon, jangan bencikan mummy." lirih Maimunah, dahi Rizki dan Rayyan dikucup lembut sebelum perlahan-lahan ia pergi meninggalkan kedua-dua anaknya yang sedang tertidur lena itu.
YOU ARE READING
Han Family
Fanfictionnak cakap awal-awal, ayat aku dalam ff ni berterabur sikit. tatabahasa, penjodoh bilangan semua ke laut. ༎ຶ‿༎ຶ ー Complete ✅ Special chapter ✅ ー Anda ingin melihat sebuah keluarga yang bahagia dan bertingkah aneh seperti manusia kurang perhatian? Tah...