Tiga puluh enam

1.6K 209 820
                                    

Kita keluar dari drama 2min feat Somi sekejap.

Tiga buah keluarga yang terdiri daripada keluarga Han, keluarga Lee dan keluarga Kim telah mengadakan aktiviti perkhemahan bersama-sama di sebuah hutan untuk mengeratkan hubungan silaturahim.

"Bapak ah, lembap gila kau nak buat unggun api!" marah Yunho sambil bercekak pinggang manakala Jaehyun menatap Yunho dengan tajam.

"Dei, kau main mengarah je senanglah! Dah lencun ketiak aku ni woi nak buat benda ni je!" marah Jaehyun balik.

"Astaghfirullah, ni kalau campak kau kat hutan memang sehari dah tak dapat survive." kutuk Younghoon. Kayu yang dipegang Jaehyun dirampas.

"Mari sini orang pro tunjuk cara buat unggun api pakai kayu."

Younghoon menggeselkan kayu itu dengan sebuah kayu lain, mukanya terlalu bersemangat untuk menyalakan sebuah api namun hasilnya tidak jauh beza dengan Jaehyun.

"Wah, besarnya api kau bang." perli Yeosang. Younghoon mendengus.

"Kayu ni basah, macam mana nak hidupkan api?"

"Cih, basah apanya? Abang Shah tu yang tak reti hidupkan api." balas Changbin. Chanhee datang menghampiri mereka.

"Ketepilah noob noob semua, biar aku yang hidupkan api." Chanhee menolak mereka semua ketepi, dia mula mengumpulkan ranting-ranting kecil berserta daunan kering sebelum menyalakan mancis kayu dan melemparkannya ke dalam timbunan bahan bakar itu.

"Eleh, main tipu." ujar Yeosang tak puas hati.

"Kita ni hidup kena pakai otak, korang tu dahlah tak pernah pergi kem jati diri pastu acah macam dah biasa hidupkan api pakai cara lama. Ingat, hidup kena pakai otak. Kalau tak pakai otak ha jadilah manusia macam korang ni aka useless abadi. Allah kurniakan akal untuk untuk berfikir bukan untuk jadi bebal." bebel Chanhee dengan ayat yang menusuk kalbu.

"Wei, macam mana doh nak dirikan khemah ni?" tanya San sambil memegang kain khemahnya.

"Kalau ikut buku, kita kena buat rangka khemahnya dulu." ujar Youngjae sambil membaca buku cara-cara memasang khemah dengan benar dan bukannya dengan penuh kesesatan.

Hyungseo mendecakkan lidah.

"Budak-budak je yang ikut buku tu, kita kena ikut instict kita." katanya.

"Kalau ikut firasat memang hancur nyah, lagi-lagi kalau firasat dia." ujar Haknyeon sambil menunjuk ke arah Wooyoung.

"Hei, asal aku juga kena?" tanya Wooyoung tak puas hati.

"Terima jelah kenyataan yang firasat abang tu sesat semua, abuja pun takut tahu dengan firasat sesat abang ni." balas Sunwoo santai.

"Dasar budak hanat."

Joonyoung sedang sibuk menangkap gambar flora yang ada di dalam hutan dengan kameranya, Seonghwa pula sedang merakam keindahan alam.

Manakala Hyunjin dan Minho...

"Hahaha kau kalah, noob!" ejek Hyunjin. Minho mencampakkan kayu yang dipegang ke tanah dengan bibir mencebik.

"Tak adil, ni mesti kes kau main kotor kan?" tuduh Minho, Hyunjin mengibaskan rambutnya ke belakang sebelum membalas.

"Hei hello, cakap baik sikit. Aku ni memang ditakdirkan untuk sentiasa menang." Minho mendengus, sudah kali ke sepuluh dia kalah bermain Tic Tac Toe di atas tanah. Manakala Hyunjin tersenyum bangga. Dia berfikir emaknya pasti akan bangga dengan apa yang Hyunjin lakukan ini, tak sia-sia emaknya melahirkan seorang insan cantik, anggun dan pintar seperti Hyunjin.

Han FamilyWhere stories live. Discover now