Seratus dua

1.2K 160 320
                                    

Anggap yang hari special chap tu dah lama berlalu sebelum chap ni muncul, sebab ada hati yang mula berubah. ;)

"Yayaz, lusa boleh tak temankan yayang pergi kedai bunga? Yayang nak tanam pokok orkid kat belakang rumah." pinta Chaeyoung.

"Tak, lusa busy." tolak Mingi.

"Oh..."

Suara Chaeyoung kedengaran agak kecewa.

"Tak apalah kalau macam tu, lusa yayang pergi dengan kawan je. Sorry ganggu." ujarnya.

"Hm."

"Yayang tutup call dulu, bye. Love you."

"Hm."

Mingi sambung bermain game selepas Chaeyoung mematikan panggilan. Tak lama selepas itu ada mesej muncul, dahi Mingi sempat berkerut sebelum hilang dan digantikan dengan senyuman.

"Kau tak rasa sesuatu pelik ke dengan Ayyaz?" bisik Wooyoung pada Yeosang.

"Pelik apanya?"

"Selalu kalau nek Enab call berjam-jam diorang borak. Ni kejap gila." bisik Wooyoung. Yeosang memandang Mingi yang sedang sibuk berbalas mesej dengan seseorang.

"Gaduh kot?'

"Sebab?"

"Manalah aku tahu. Ish, kacau jelah aku nak baca buku!" Yeosang memukul bahu Wooyoung. Wooyoung cemberut, dia membawa bantal busuknya dan pergi ke bilik sebelah.

Klek

"Syakir sayang!" dia baring di sebelah San.

"Kau nak apa, beban?" tanya San.

"Kau dengan Ad dah okey ke belum?" tanya Wooyoung. San terdiam sebentar sebelum menjawab.

"Tak."

"Asal doh? Takkan sampai sekarang gaduh?"

"Dia salahkan aku 100% padahal dia pun ada salah. Aku dah minta maaf tapi dia still salahkan aku." kata San.

"Sanggup pula kau gaduh dengan dia. Dia kan crush kau." Wooyoung mengerutkan dahi apabila San ketawa sinis.

"Sorrylah tapi aku dah malas nak kejar dia lagi. Aku dah ada orang lain."

Mulut Wooyoung ternganga.

"Serius ah wei?! Cepat betul move on. Sekarang kau suka siapa?" Wooyoung jadi agak kepoh, mungkin terikut member baik.

San menunjukkan perbualan mesejnya dengan seorang gadis.

"WEI, KAU COUPLE DENGAN IERA?!" tanya Wooyoung.

"Haah, kenapa? Ada masalah?"

Wooyoung menggeleng.

Gila. Cepat betul San berubah hati.

"HA? KAU BIAR BETUL, MAL!" reaksi Changbin tak jauh beza dengan Wooyoung apabila mengetahui tentang hal itu. Wooyoung menceritakan perkara tersebut padanya di taman sekolah keesokan harinya.

"Betul lah! Aku sendiri terkejut wei, budak setia macam tu cepat je move on." ujar Wooyoung.

"Ad dah tahu fasal ni?"

"Rasanya belum."

Changbin menghela nafas.

"Aku bukan apa wei tapi sebenarnya aku tahu Ad suka Syakir tapi dia ego dia tak nak berhenti jadi buaya." katanya. Wooyoung mengangguk-angguk.

"Bagus! Padan muka kat perempuan tu, Syakir pun dah tak nak kat dia lagi. Rasain lo, setan!" Changbin diam memikirkan kata-kata Wooyoung. Betul juga, biarlah kali ini Doyeon yang merasakan patah hati.

Han FamilyWhere stories live. Discover now