BAB 28

25 4 0
                                        

Minho p.o.v

      " Kenapa saya tak boleh ikut? Awak juga cakap yang saya kunci utama untuk kalahkan Demon kan?" Minju merungut apabila Minho tidak membenarkan dia ikut. Mereka kena berlindung di tempat perlindungan untuk para manusia. Peperangan antara Demon dan Vampire ini akan menjadi petempuran yang agak kuat. Semua kena berlindung di perlindungan bawah tanah.

      " Sayang, kami boleh kalahkan mereka... Tolong ye, saya tak nak kehilangan awak Minju... Saya dah kehilangan ibu ayah saya... Tolong berlindung bersama yang lain dan jaga diri..." Minju tak tahan mendengar ayat sayu Minho dan mengangguk perlahan. Dia akan sentiasa kalah kalau Minho dan keluarkan ayat tentang ibu dan ayahnya.

     " Awak janji akan balik dengan selamat?" Minho tersenyum kelat. Dia takkan tahu itu akan jadi nyata atau tak. Dia sendiri tahu kekuatan Askar Kerajaan Demon sangat berkuasa. Dia hanya boleh berdoa supaya dia balik dengan selamat. Dia menarik Minju ke dalam pelukannya.

     " Saya akan cuba tapi kalau saya terkorban, tolong jaga diri. Saya sayangkan awak..." Minho mencium dahi isterinya sebelum meleraikan pelukan. Dia memang tak nak tinggalkan isteri dia. Tapi, ini petempurannya. Dia perlu pergi. Minju menatap Minho sehingga pintu shelter itu ditutup dengan rapat. 

      Setelah memastikan bahawa pintu itu telah ditutup, dia meletakkan sihir yang takde satu demon pun masuk ke shelter itu untuk memastikan keselamatan manusia yang lain. Satu-satunya sihir yang hanya dia boleh buat kerana kekuatan dari ibunya. Seungmin pun tak boleh buat. Dia menggunakan sihir kedua dan pedang muncul di tangan kanannya.

      " Hyung. Mereka dah sampai." Minho bersedia di posisinya. Semua tentera Vampire, Werewolf dan Manusia juga dah bersedia melihat banyak bayang hitam yang semakin mendekatinya. 

      Minho memejamkan mata mengingat kembali tentang isterinya sebelum matanya dibuka dengan laju. Kesemua bayang hitam itu bertukar menjadi seperti manusia biasa. Bezanya, mereka semua mempunyai mata bewarna hitam gelap. 

      Pertempuran pun dimulakan. Tentera Demon takde masalah walaupun askar mereka tak sebanyak gabungan askar werewolf, vampire dan manusia. Mereka sendiri mempunyai kuasa sihir yang hanya Seungmin dan Minho yang boleh mematikan sihir mereka. Minho juga nampak tidak susah melawan semua askar demon yang ada. 

       " Felix! Hati-hati!" Felix yang sedikit kelam kabut ditikam dari belakang tepat di hatinya. Mulutnya mengeluarkan darah dan dia jatuh ke tanah. Minho pantas membunuh demon yang menikam Felix sebelum memeriksa rakannya.

       " Oh no. Felix...." Dia terkejut mendapati kawannya itu tak lagi bergerak. Matanya tertutup dan dia langsung tak bernafas. Macam mana mereka nak bagitahu Chaewon ni?

       " Hyung hati-hati!" Hyunjin yang cuba membantu Minho menjadi mangsa kedua. Askar-askar Demon membunuh semua Vampire dan Werewolf dengan menikam mereka tepat di jantung masing-masing. Melihat Hyunjin juga tumbang, Minho jadi semakin marah. Dia tidak melihat kanan dan kiri lagi dan terus membunuh semua askar Demon di laluannya. Dia berjalan laju menuju ke Komander Demon. Demon yang perlu dibunuhnya untuk kesemua askar-askar demon itu menyerah.

      " Han! Jangan!" Seorang demon cuba menyerang Minho namun dihalang Han. Dengan keadaan kritikal, dia masih boleh tersenyum kepada Minho dengan.

      " Kau kena bunuh komander tu, Hyung... Jagakan Chaeyeon untuk aku..." Dan Han tumbang ke tanah selepas dia juga berjaya membunuh demon yang menikamnya menggunakan pedang miliknya.

      " Ahh!! Ini dia yang aku suka. Anak Puteri Mina. Kamu nak bunuh saya? Cubalah kalau berjaya." Mata Minho berkobar-kobar dengan semangat ingin membunuh Komander Demon. Dia takkan membiarkan lelaki itu hidup selepas tiga kawannya mati akibat askar-askar Demon.

-----------

Sementara itu,

Author p.o.v

     " Sakit!" Chaewon memegang dadanya merasakan seperti ada sesuatu yang menikam dadanya. Dia mengerang kesakitan dan terduduk di atas lantai memegang dadanya. Dia sedar sesuatu. Dia boleh rasakan kesakitan yang Felix rasakan, jadi Felix tengah kesakitan sekarang. Dia ditikam!

      " Chae!" Eunbi nak menolong tapi tiba-tiba Yuri juga merasakan sakit di dadanya. Dia tumbang dan matanya terpejam. Dia masih bernafas namun nafasnya sangat-sangat lemah. Chaeyeon juga merasakan sakit yang sama namun tidak sesakit apa yang Chaewon dan Yuri rasa. 

     " Iyen..." Wonyoung menyebut nama suaminya dengan lembut sebelum terduduk sambil memegang dadanya. Iyen, tolonglah selamat. Jangan tinggalkan saya seorang diri kat sini. Tolonglah. Awak janji nak bersama saya sehingga saya tua nanti.

     Melihat satu persatu kawannya jatuh, Minju dah tak tahan. Dia senyap-senyap keluar dari shelter itu mengikut jalan tikus yang dia jumpa dan keluar ke shelter. Melihat kesemua askar Vampire, Werewolf dan Manusia semakin kalah, dia mengambil keputusan untuk bertindak sendiri.

Minju p.o.v

      " Minju?!" Chan nampak terkejut dengan kehadiran isteri Minho. Lagi terkejut, bila satu persatu Askar Demon yang cuba membunuh Minju mati di tangannya. Minju membunuh kesemuanya tanpa menggunakan apa-apa senjata langsung. Itulah kekuatan Angel.

      " ARGH!" Akibat terleka, askar Demon menyerang dan menikamnya dari belakang. Chan adalah half kedua terakhir yang tumbang dan kehilangan nyawa. Minju membunuh demon yang membunuh Chan. Dia berlari dan membunuh semua Demon yang berada di laluannya. Dia mencari Minho dan nampak Minho yang masih berlawan dengan komander Demon.

      " Kau lemah Minho! Kekuatan Half kau takkan mampu membunuh seorang Full Demon. Kau lemah! Kau akan mati!" Komander Demon terus menyerang Minho yang nampak sudah kekurangan tenaga. Tapi, Minho masih lagi cuba melawan dengan sedaya upaya. Minju. Dia nampak Minju berlari ke arahnya. Kalau dia mati sekarang, nyawa isterinya dalam bahaya. Laju kali ni serangannya. Dengan menggunakan keseluruhan tenaganya, dia berjaya menikam Komander Demon. Komander itu tumbang di hadapannya. Dia meyokong dirinya berdiri dengan menggunakan pedang miliknya.

      " Minju... Awak memang degil..." Minho tak mampu tersenyum. Walaupun dia dah berjaya membunuh Komander demon, namun kesemua rakannya kehilangan nyawa masing-masing. Melihat Minju berlari ke arahnya, dia nak berlari kembali. Namun, tiba-tiba,

      Minho terkaku. Seseorang menikamnya dari belakang. Bukan salah satu Askar demon namun askar Manusia. Dia tak tahu Minho adalah salah satu daripadanya kerana Minho menggunakan sepenuhnya kuasa Demon miliknya jadi dia menikam pasukannya sendiri. Minju dan Minho sama-sama terkaku.

      " MINHO!!!"

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.


Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Mar 14, 2025 ⏰

Tambah cerita ini ke Pustaka anda untuk dapatkan notifikasi tentang bahagian baharu!

WHO ARE YOU (SKZONE)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang