C-14 KEMBALI

35 1 0
                                    

UK

Semua barang keperluan sudah dimasukkan kedalam beg hiking.
Hanya sebuah beg sahaja akan dibawa pulang bersama. Itupun tidak padat, separuh isian sahaja.

"Semua ni papa punya pasallah! Terpaksa balik! Kena tangguh kejap belajar aku...arghh!" Omelan Arif begitu kuat sehingga jiran biliknya dapat mendengar. Oh ya! Ada penuntut baru datang menetap di sebelah biliknya. Namun, dibiarkan sahaja. Arif tidak peduli tentang hal itu.

Kalau boleh, nak semua orang dengar apa yang dia nak cakap. Rasa nak menjerit sekuat hati!

Arif akan ke lapangan terbang pada keesokan harinya.

Kemudian, telefonnya berdering menunjukkan ada panggilan masuk. Arif melihat dan secara tak langsung membuat senyuman yang hambar.

"Hello?"

"Arif baby! Do you really need to go? You have me here! Don't leave me alone please..." Sara bersuara dengan suara yang sedih. Dia dapat tahu yang Arif akan pulang ke Malaysia kerana urusan perkahwinannya.

"No sweetie, I'll be back soon. I'll make sure that I divorce after a month of our marriage. Please take care of yourself and...the baby too...okay?" Nada Arif yang sebelum ni keras dan kuat berubah menjadi perlahan dan kedengaran begitu sayu.

"Okay baby, I'll wait for you. Take care of yourself too. Have a safe trip. I love you!"

"I love you too..."

Tut....tut...

Panggilan tamat.

Keluhan berat dilepaskan. Semuanya berlaku dengan pantas.

Arif terpaksa menerima Sara selepas dapat tahu Sara mengandung selepas kejadian itu. Mukanya muram dan serabut. Sejak kebelakangan ini, solat juga tidak terjaga.

Tidak semena-mena matanya terasa hangat dan berair. Cepat-cepat dia menahan air mata daripada jatuh.

"Rasanya semua ni sebab aku dah buat ibu sedih...rindunya dekat ibu..." Arif sedang membayangkan senyuman ibunya, Puan Liana.

Salah satu sebab dia agak ringan untuk pulang kerana mahu berjumpa ibunya. Papa? Nehhh! Tak rindu langsung! Makin sakit hati adalah! Sampai sekarang Arif tidak memahami tindakan Papa ini. Apa yang istimewa sangat dengan bakal menantu dia tu? Pening Arif dibuatnya.

Harap-harap bakal isterinya mengikut ciri-ciri dan citarasanya. Jika tidak, mahunya lari pada majlis akad nikah!

"Arrghh... so stressful!" Arif memasang muzik tenang supaya dapat mengurangkan rasa tertekan tersebut. Tak lama kemudian, dia tertidur sendiri.

*******

Di suatu tempat terpencil di US.

Kedengaran bunyi tapak kaki melangkah menghampiri sebuah bilik paling hujung. Bunyi itu terhenti apabila sampai di depan pintu bilik. Bunyi kunci dimasukkan dan dipulas ke tombol pintu. Secara perlahan-lahan, pintu dibuka. Keadaan agak gelap, hanya diterangi lampu meja.

"What do you want?" Suara itu datang dari atas katil. Rupanya, seseorang sedang berbaring di atas katil sambil mengiring ke arah dinding di dalam selimut tebal.

"Are you still mad at me?" Seorang lelaki tua datang menghampiri katil kemudian duduk dengan perlahan.

"Stay away from me! I lost my friend because of you! You'll never get what I feel!"

Lelaki tua itu mengeluh perlahan.

"I did that for your own sake. He's not a good guy. He'll ruin you someday. I did because I love you, Ashy..."

Adakah Ini Takdir?Where stories live. Discover now