Di pejabat Tengku Ahmad
Pukul 8.00pmTuk! Tuk!
Ketukan pada pintu pejabat menyentak lamunan Tengku Ahmad.
"Masuk." Tengku Ahmad membetulkan kedudukannya di kerusi pejabat. Seorang lelaki yang berpakaian sut lengkap memasuki dengan penuh berhati-hati dan hormat. Dia berjalan dengan sedikit laju menuju terus ke meja utama pejabat.
"Tuan, saya dah dapat maklumat tentang nombor panggilan tu."
Secara tidak langsung, jantung Tengku Ahmad berdegup kencang. Namun, beliau kelihatan sangat tenang.
"Apa dia?" Nada Tengku Ahmad kedengaran begitu serius.
"Ini nombor peribadi jadi ambil masa untuk kumpulkan maklumat. Lagi-lagi nombor ini adalah nombor luar negara. Saya dapat tahu pemilik nombor telefon panggilan itu bernama Bryan Marquez. Panggilan tu dibuat di Virginia, Amerika."
"Lagi?"
"Nombor telefon tu tak lagi aktif semenjak panggilan tu dibuat. Maksudnya, seperti pemilik ni tukar nombor. Tapi..." Percakapannya terhenti seperti sedang berfikiran dalam.
"Tapi apa?" Tengku Ahmad sabar menunggu perbicaraan pegawai penyiasatnya itu. 'Pasti ada sesuatu yang mengejutkan!' monolognya dalam fikiran.
"Saya dah cuba periksa nombor lain yang berdaftar dibawah nama Bryan Marquez tapi tak ada pun, tuan." Raut wajah pegawai penyiasatnya itu kelihatan sedikit kecewa.
"Hmm...mungkin dia guna atas nama orang lain..." Ujar Tengku Ahmad sambil meletakkan jari penunjuk dan ibu jari di dagu tanda beliau sedang berfikir.
"Tuan, emm...tuan pasti ke yang pemanggil tu ialah Asyara? Bukankah Asyara dah mati..."
Dum!!!
Hentakan kuat di meja.
Tengku Ahmad menjeling sepantas kilat kepada pegawai penyiasatnya. Jelingannya sangat tajam. Dia juga turut menjegilkan matanya. Tanda perkara yang disebut tadi sangat tidak disukai beliau.
Sekaligus menyebabkan pegawai penyiasatnya itu menelan air liur kerana ketakutan sehingga badannya kelihatan sedikit terketar-ketar .
Dia menunduk perlahan.
"Maaf tuan...saya..."
"Tak apa. Saya cuma nak awak jalankan tugas awak dengan sebaiknya. Itu saja"
"B-baik tuan! Kita kena cari si Bryan ni. Macam mana dia boleh ada dengan Asyara. Tuan tak rasa musykil ke?" Ujarnya bercampur dengan persoalan yang dia sendiri ingin tahu.
"Hahaha, sebelum awak cakap lagi saya memang berhajat hendak mencari dan bertemu dengan pemilik ni. Saya ingin tahu tentang ni. You know why..."
Tengku Ahmad menghembuskan nafasnya dengan perlahan. Memang dia akan cari sampai ke lubang cacing.Hal ni seperti mimpi sahaja baginya kerana sudah hampir 20 tahun berlaku dan sepanjang masa lama itu memang tiada khabar berita langsung seperti hilang begitu saja.
'Kali terakhir pun bila aku terjumpa dengan mereka berdua tapi ia dah lama berlalu...masih ada harapankah?' Beliau bermonolog dalam hati.
"Jadi tuan, bila tuan akan mulakan operasi pencarian ni?" Persoalan itu sekali lagi berjaya menyentak lamunan Tengku Ahmad terus beliau fokus kepada pegawai penyiasatnya.
Pegawai penyiasatnya itu kelihatan sangat bersungguh. Almaklumlah, mencari dan menyiasat memang keterujaannya sejak menjadi penyiasat.
"Kita akan mula 24 jam dari sekarang. Faham kan?" Ucap Tengku Ahmad sambil menunjukkan jam ditangannya.
YOU ARE READING
Adakah Ini Takdir?
Random[IMBAS KEMBALI] *************** Tengku Arif Fairuz atau nama panggilannya Arif ialah anak tunggal dan selalu berasa kesunyian meskipun semua permintaannya ditunaikan oleh ibu bapanya. Perkara yang menimpanya sentiasa memberi tekanan kepadanya. S...