C-10 GAMBAR

22 1 0
                                    

Malam
Di rumah agam Tengku Ahmad

Sepasang anak mata melihat diri sendiri dalam cermin satah yang dapat memantulkan imej seluruh badan. Melihat mukanya yang mula berkedut, begitu juga dengan tangan yang kelihatan agak kasar. Tidak ketinggalan sebaris uban di rambut yang tampak jelas.

"Haih...." Tengku Ahmad mengeluh sambil melihat dirinya yang sedang dimamah usia. Selepas itu ,matanya tertatap ke arah sebuah laci di tepi almari biliknya. Beliau bergerak ke sana dengan langkah yang agak longlai. Terus dibukanya dan mencari sesuatu yang sangat bernilai bagi beliau.

"Ha...jumpa pun." Beliau menghembus nafas lega. Kini ditangannya mempunyai sekeping gambar lama yang sedikit berdebu. Tengku Ahmad menyapu secara perlahan. Gambar itu kelihatan masih jelas. Beliau mengamati gambar itu.

Secara tidak langsung, tubir matanya mula berair. Terasa haba menempatkan di mata. Mulutnya membicara sesuatu.

"Hu...hu...maafkan Abang ,abang gagal menjaga keluarga kita...kalaulah abang...boleh...undur masa...hu..hu...isk," luahnya dengan dalam tangisan.

Pada masa yang sama, Puan Liana memasuki bilik utama itu tanpa disedari oleh Tengku Ahmad. Dia terkejut melihat Tengku Ahmad sedang menunduk sambil menangis di depan meja lampu.

"Abang! Kenapa ni? Kenapa Abang menangis? "Puan Liana segera memeluk suaminya yang masih lagi dalam tangisan.

"Ana...Abang menyesal...semua ni salah Abang..." katanya sambil melihat semula gambar itu. Puan Liana turut melihat gambar itu dengan perasaan yang bercampur. Sebak ada, marah pun ada malahan terkejut juga ada.

"Abang, inikan gambar Abang bersama Asyara dan..." belum sempat habis ayat lagi, Tengku Ahmad meletakkan jari telunjuknya di mulut Puan Liana.

"Shuhh...dah...Abang tak sanggup nak dengar nama dia." Katanya selepas berhenti menangis.

" Abang, janganlah sedih ya. Semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Berdoalah agar kita bertemu dengan mereka..."

Sebaik sahaja Puan Liana menyebut 'mereka', Tengku Ahmad terus memandang isterinya. Beliau meleraikan pelukan Puan Liana.

"Apa awak cakap? Mereka? Oh tidak...saya cuma nak jumpa Asyara je...saya tak nak jumpa yang lain tu...saya akan rasa meluat nanti" luah Tengku Ahmad dengan nada yang lain.

Matanya tidak melihat ke arah Puan Liana tetapi dilemparkan di cermin satah yang tadi. Beliau dapat melihat mukanya yang berubah menjadi sedikit garang.

"Abang, janganlah macam tu..." rayu Puan Liana selepas mendengar kata-kata suaminya.

"Ana, kalau awak rasa saya bersalah...awak boleh jadikan isu ini di mahkamah. Tapi awak kena ingat, saya akan menang...sebab bukti dan saksi ada dengan saya..." Katanya sambil keluar dari bilik setelah beliau menyimpan semula gambar itu di dalam laci.

" Abang..." Puan Liana memandang suaminya dengan rasa sepi.

Selepas Tengku Ahmad menutup pintu, dia bermonolog.

"Abang...sebenarnya Abang masih sayangkan mereka, betul tak? Kalau tidak ,dah lama Abang akan naikkan isu ni di mahkamah..."

Puan Liana merenung laci tadi sambil mengeluh kecil.

°°°°°

Sementara itu, di rumah sewa Syahrul.

Dia melihat siling dan skrin telefonnya silih berganti.

"Hmmm....nak call ke tak eh?"
Syahrul mengerutkan mukanya tanda dia sedang berfikir dengan serius.

Adakah Ini Takdir?Where stories live. Discover now