Sofya's POV
"Hah?"
Mataku terus terbuntang luas memandang wajah ayah selepas mendengar berita yang baru sahaja disampaikan oleh beliau. Tangan kukepal rapat ke dada, merasakan degupan jantungku yang kian laju. Kakiku juga tiba-tiba terasa begitu lemah untuk berdiri. Tapi air mata tiada pula terasa ingin menyinggah ke tubir.
"Sofya, bertenang...kami akan pergi cari dan selamatkan dia." Ujar Tuan Haji Han.
Tangan tuanya sedang ralit mengemas barang-barang keperluan untuk pertahanan dan kecemasan. Beliau perlu pergi ke kilang lama tersebut secepat yang mungkin. Beberapa orang anak-anak buahnya sudah menunggunya di tempat mereka biasa berkumpul. Ayahku pun sudah siap berpakaian sut persis polis.
Tanpa berfikir panjang, aku terus menyuarakan keinginanku.
"Ayah...Sofya...nak ikut!"
Langkah ayahku terhenti tatkala mendengar permintaanku. Beliau memandang ke arah aku seketika. Sesaat kemudian, keluhan kecil kedengaran dari mulut beliau.
"Tak boleh Sofya. Ia terlalu bahaya." Kata ayahku terus berlalu pergi meninggalkan rumah kami. Aku mengetapkan bibir lagi.
Beliau langsung tidak menoleh ke belakang sebelum pancuan empat rodanya meluncur keluar dari perkarangan rumah kami. Aku hanya memerhatikan gelagat ayahku dari jauh.
Tiba-tiba, emakku datang memegang bahuku.
"Sudahlah tu Sofya, semuanya akan okey nanti..." Ujar emakku sambil memandang ke arah kereta ayahku yang sedang berlalu pergi keluar.
Aku sedikit mengeluh.
"Emak, emak tahukan apa akan jadi kalau Arif...nanti ayah dan mak..." Bicaraku terhenti seketika. Terasa seperti tidak mampu untuk mengungkapkannya.
Emakku hanya menatap wajahku dengan penuh kepiluan. Beliau tahu apa yang kumaksudkan. Bahuku ditepuk lembut.
"Arif akan selamat... percayakan ayah kamu..." Kata emakku sambil tersenyum tipis. Beliau cuba memberi semangat untukku tetapi aku hanya membalas senyuman itu dengan pandangan yang kosong. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Aku menghembuskan nafas berat.
"Baiklah mak. Sofya...masuk bilik dulu..." Terus aku membuka langkah ke bilik tidurku. Emak hanya menghantarku dengan pandangan yang sayu. Biarlah aku bersendirian untuk sementara waktu.
'Hmm...mungkin aku boleh call Ziyad?' monolognya.
Tanpa membuang masa, aku terus mendail nombor Ziyad.
Tut...tut...
"Hei Assalamu alaikum pengantin baru! Apahal call tetiba ni?" Kedengaran suara yang ceria saja dari mulut Ziyad. Dia tak tahu ke apa yang sedang berlaku?
"Waalaikumussalam Ziyad, saya...em...saya nak tanya. Awak bersama ayah saya ke? Untuk ke...kilang tu..."
Ziyad diam sejenak. Lama juga dia membisu.
"...ya...kami sedang menuju ke sana...saya ada dalam van vanitas dengan yang lain tapi rasanya ada benda yang tak kena..." Suara Ziyad kedengaran perlahan. Mungkin dia sedang berbisik.
"Apa...yang tak kena?"
"Kami tak boleh dapatkan bantuan dari luar. Macam dah kena sekat dengan undang-undang baru..."
Aku hanya diam memikirkan maksud disebalik semua ini. Mungkin ini ada kaitan dengan kemalangan Tengku Ahmad tempoh hari. Mungkin juga ayahku sudah mengetahui sesuatu. Sejak kebelakangan ni, beliau asyik keluar pergi ke sesuatu tempat. Bila ditanya pergi ke mana, langsung tidak dijawab. Malah, ayah juga seperti mahu mengelak.
YOU ARE READING
Adakah Ini Takdir?
De Todo[IMBAS KEMBALI] *************** Tengku Arif Fairuz atau nama panggilannya Arif ialah anak tunggal dan selalu berasa kesunyian meskipun semua permintaannya ditunaikan oleh ibu bapanya. Perkara yang menimpanya sentiasa memberi tekanan kepadanya. S...