Arif's POV
Tibalah waktu hari pertunangan kami. Papa dan ibu bersiap untuk ke sana. Bukan main ceria lagi. Aku jugalah yang tengah mendung ni. Aku mengenakan baju warna biru gelap. Pakaianku tak berapa formal. Ahh! Lantak pilah nak pakai apa pun! Bukan nak menikah lagi! Tunang je pun! Ujar hatiku.
Aku menuruni anak tangga dengan berhati-hati. Kelihatan papa dan ibu sudah siap menunggu aku di ruang tamu. Ibu dan papaku memandang padaku apabila aku menghampiri mereka.
"Kenapa pakai macam nak pergi makan angin je?" Tanya ibu." Ibu...mana adalah. Lagipun tak perlulah formal sangat. Nak bertunang je kan..." jawabku.
"Memanglah bertunang je...tapikan kalau pakai lawa sikit kan boleh memikat hati si anak dara tu~" ucap ibuku sambil mengenyitkan mata. Aku membahang seketika. Aish! Ada pula macam tu.
"Ibu...ni..."
"Dah lah. Jom kita gerak sekarang. Kan lewat pula. Pak Hamit dah tunggu tu." Kata ayahku lalu bingkas, bangun dari tempat duduk menuju ke pintu utama.
"Kejap papa, kita nak pergi satu kereta saja ke?" Aku mula tak senang duduk. "Yalah. Nak berapa buah keretanya.... Kita empat orang je, sekali dengan Pak Hamit. Lagipun rumahnya tak jauh manapun, lebih kurang dua jam sampailah. " Ucap ayahku. Pak Hamit ialah pemandu peribadi keluarga ini. Dia sudah berkhidmat lebih 20 tahun.
Argh! Kalau macam ni susahlah nak lari! Bisik hati nakalku.
"Emm...Papa, boleh tak kalau Arif nak pergi dengan kereta Arif sendiri? Er...Arif cuma nak buat tunang Arif terpegun tengok Arif dengan kereta Arif nanti. Yang papa hadiahkan tu. Bolehlah ya papa?" Aku merayu pada papa supaya aku dapat naik kereta asing-asing dengan mereka. Mudahlah aku nak lepaskan diri nanti!
Papa mengeluh kecil. Macam-macam hal anak manja dia ni seorang. " Huh?Papa tak tahu apa yang kamu cakapkan ni tapi...Hem.... suka hati kamulah! Papa pergi dulu ya. Kamu ikut kami dari belakang okey?" Kata papa sambil menghayunkan kakinya keluar rumah agamnya.
"Okay papa! No hal!" Dengan hati berbunganya aku menuju ke kereta kesayanganku iaitu kereta hadiah kecemerlanganku dalam SPM kerana telah mendapat straight A's. Hadiah ini pemberian daripada papa. Kereta Bugatti Veyron yang harganya mampu mencecah 2-3 juta dolar! Mampukah kita?
Pak Hamit mula menghidupkan enjin kereta camry apabila ibu dan papa sudah naik ke dalam kereta. Dia memarkirkan kereta di depan pintu pagar utama untuk menunggu aku bergerak sekali. Aku juga sudah sedia dengan pemanduanku. Apabila semuanya sudah bersedia, kami terus meluncur ke destinasi yang dituju. Aku 'hanya' ikut dari belakang. Tak! Paling tepat...'masih' ikut dari belakang...hehe.
Arif's POV end
1JAM KEMUDIAN...
Tengku Ahmad melihat belakang melalui cermin sisi, kereta Arif masih lagi mengikuti mereka. Tengku Ahmad duduk di sebelah Pak Hamit supaya memudahkannya untuk memerhati kereta si Arif itu. Ya! Beliau kurang percaya pada Arif. Pasti ada sesuatu yang dia ingin lakukan jika menaiki kereta berasingan.
"Tuan, tak payahlah risau, saya pasti Arif tak kemana...diakan budak yang baik..." ucap Pak Hamit sambil memandu kereta dengan berhati-hati.
"Hem...saya tetap ragulah Encik Hamit, dia tu banyak ragam tahu? Nampak je rasional tapi tak pun." Balas Tengku Ahmad sambil memerhatikan kereta Arif.
"Er...tuan ,tak perlulah panggil saya Encik Hamit...kan saya dah cakap panggil Pak Hamit je..seganlah saya..." Ujar Pak Hamit sedikit malu.
Tengku Ahmad memalingkan kepala kearah Pak Hamit," Tak boleh macam tu, saya dengan Encik Hamit beza usia tak banyak pun. Lagipun saya selesa dengan panggilan ni. Okey? "
YOU ARE READING
Adakah Ini Takdir?
Random[IMBAS KEMBALI] *************** Tengku Arif Fairuz atau nama panggilannya Arif ialah anak tunggal dan selalu berasa kesunyian meskipun semua permintaannya ditunaikan oleh ibu bapanya. Perkara yang menimpanya sentiasa memberi tekanan kepadanya. S...