C-8 PANGGILAN

30 1 0
                                    

18.15 p.m Malaysia
Di rumah agam Tengku Ahmad.

  Kedengaran pintu bilik utama dibuka. Terus Puan Liana memalingkan muka ke arah pintu. Kelihatan Tengku Ahmad menutup pintu dan menuju ke arah sofa, tempat Puan Liana duduk sekarang. Puan Liana hanya memandang suaminya dengan muka sedikit keliru.

'Dia dengar ke perbualan tadi? Kalau tak...nak bagitahu ke?'tanya hatinya sendiri.

Tengku Ahmad tidak pula memberi apa-apa reaksi.
Beliau hanya melonggar kolar dan tali leher untuk lebih selesa sebelum duduk disebelah Puan Liana.

"Abang, awal balik hari ni..."
Kata Puan Liana sambil menolong Tengku Ahmad menanggalkan blazer suaminya.

"Oh ya, saya nak rehat kat rumah. Kepala saya selalu sakit sejak kebelakangan ni..." ujarnya selepas menyandar di sofa.

" Oh, berehatlah. Nanti saya buatkan air ya. Abang nak air apa? Susu?" Tanya Puan Liana sambil menggantungkan blazer suaminya tadi di tempat penyangkut.

Tengku Ahmad hanya mengangguk. Terlalu penat untuk membuka mulut. Beliau sempat menggeliat sekejap. Puan Liana hanya tersenyum melihat suaminya sedang berehat dengan aman.

" Oh abang, jangan tidur masa ni. Dah senja. Baik abang pergi mandi. Lepas ni ada makan malam." Kata Puan Liana sebelum membuka pintu untuk keluar.

"Pukul berapa?" Tanya Tengku Ahmad secara langsung.

Puan Liana memalingkan muka semula dan menjawab " pukul 7 "

Lalu Puan Liana terus keluar  dari bilik untuk membuatkan segelas air susu untuk suaminya sebelum makan malam. Ya , Tengku Ahmad suka minum air manis sebelum makan malam. Susu adalah kegemaran beliau terutamanya susu kambing. Satu tabiat yang agak pelik bagi orang lain.

Sementara itu, Tengku Ahmad mula berangkat ke bilik air untuk mandi.

~~~
Seketika kemudian
Di ruang makan

Semua sudah berkumpul di meja makan untuk makan malam.
Tengku Ahmad gemar mengajak pembantu rumah dan pemandu peribadi beliau untuk makan bersama. Tidaklah terlalu sunyi.

Sejak Arif masuk ke pengajian yang lebih tinggi, Tengku Ahmad sentiasa mengajak pembantu dan pemandu peribadi beliau untuk makan malam bersama. Kadang-kala bersarapan bersama. Puan Liana tidak kisah malah lebih menyukai suasana begitu. Kalau tidak, hanya mereka berdua saja.

"Nah, abang..." kata Puan Liana sambil meletakkan lauk didalam pinggan suaminya.

"Thanks dear." Jawab Tengku Ahmad dengan senyuman manis. Puan Liana membalas senyuman itu.

Semasa sedang menikmati hidangan makan malam, tiba-tiba telefon Tengku Ahmad berdering. Segera beliau mengangkat panggilan tersebut tanpa melihat siapa pemanggilnya.

"Ya?"

" Hello..? It's that you...?" kedengaran suara seorang perempuan seperti sedang menangis.

Tengku Ahmad amat terkejut dengan suara itu. Suara yang sangat dikenali oleh beliau.

Air muka beliau berubah serta merta. Puan Liana  dan yang lain perasan dengan perubahan mimik muka Tengku Ahmad itu.
Mereka hanya mengerutkan dahi.

"Please...help me!...oh no!..."

Tut...Tut...

Talian terputus.

"Helo!? Helo!?..." Tengku Ahmad segera bangun dari tempat duduk apabila talian terputus.

Kelakuan beliau telah mengejutkan semua orang yang berada disini.

"Abang? Kenapa ni?" Tanya Puan Liana dengan memegang tangan suaminya. Tengku Ahmad melihat isterinya dengan muka terkejut.

"Ana...em..tadi...dia...dia..."

"Abang? Ada masalah ke?" Tanya Puan Liana sekali lagi selepas berhenti makan.

Pemandu peribadi, Pak Hamit dan pembantu rumah, Mak Jah turut berhenti  makan kerana terkejut dengan kelakuan Tengku Ahmad secara mendadak.

Tengku Ahmad masih kelihatan kelu. Mukanya berkerut seperti memikirkan sesuatu. Matanya melilau ke kiri dan ke kanan dengan muka seperti dalam keresahan.

"Abang??"

"Tuan?" Pak Hamit pula bersuara.

Tengku Ahmad melihat mereka semua dengan espresi sedih dan berkata...

" Kamu semua...tadi...Asyara..."

"HAH...?!?!"

°°°°°°

UK

"Hem...lepas ni kena pergi ke perpustakaan..." kata Arif selepas keluar dari bangunan penginapannya. Pada minggu awal ni...nak relax dulu, kata hatinya.

"Relax apanya kalau kena pergi pustaka. Aduhai...dahlah tak ada kawan!" Kata Arif dengan nada garau.

Arif mengambil keputusan untuk berjalan kaki saja ke perpustakaan sambil bersenam. Kata orang sambil berenang minum air.

Tiba di perpustakaan, Arif terus  ke arah rak yang bernombor 76. Disitulah terdapat buku yang berkaitan dengan bidangnya.

Arif mencari dan mengambil beberapa buah buku dan terus melangkah ke arah meja kosong yang disediakan untuk menelaah.

Begitu tekun Arif menelaah buku buku ilmiah tersebut sehingga tidak menyedari sudah masuk waktu zuhur.

"Puh...dah waktu zuhur. Kena pergi masjid sekarang!" Terus bangun dan mengambil buku buku tersebut untuk dibawa pulang. Sebelum itu, dia perlu mendapatkan kad peminjam dahulu di kaunter pustakawan.

"Thanks. " ucapnya kepada pustakawan selepas selesai semua proses peminjaman.
Pustakawan itu hanya tersenyum dan menganggukkan kepalanya.

Terus dia pergi ke masjid berdekatan tapi...

"Eh? Mana masjid ni? Tak jumpa lagi." Katanya ketika mengelilingi tempat pengajiannya menggunakan basikal awam. Dia telah membuka GPS untuk mencari lokasi namun tidak dapat dijumpai jua.

"Aduhai...sini tak sama dengan negara sendiri. Patutlah..." Arif mengambil keputusan untuk solat di kediamannya sahaja. Jadi dia pulang kesana sambil berehat terus.

Dalam diam, sepasang mata asyik melihatnya dari tadi. Seorang pemuda sedang memerhatinya.Terus dia menelefon kepada seseorang.

Tut...Tut...

"Helo...bos? Ah ya...jangan risau. Dia selamat tiada apa yang perlu dibimbangkan. Ya...saya akan jalankan tugas...okey."

Tut...Tut...

Talian diputuskan.

Selepas itu, pemuda itu terus mengekori dan memerhati Arif selepas memasukkan telefonnya ke dalam poket.

"Tuan Muda...kamu kat sini ya..."
Pemuda itu hanya tersenyum ketawa apabila melihat Arif hampir terlanggar batu sehingga menyebabkan dia terpaksa berhenti sekejap.


•••••

TBCO...

Adakah Ini Takdir?Where stories live. Discover now