C-16 BEKAS

39 1 0
                                    

Arif's POV

Tap! Tap! Tap!

Aku melihat satu kelibat dalam cahaya yang terang-benderang.

Walaupun silauan cahaya menyukari penglihatanku, masihku dapat mengamati satu sosok tubuh kelibat itu seperti seorang perempuan yang sedang berlari ke arahku.

Wajahnya kabur dan samar-samar sahaja.

Namun, entah mengapa aku dapat merasakan yang perempuan itu ingin sekali untuk menyelamatkanku.

Mulutnya sedang mengatakan sesuatu tetapi tidak jelas.

Tap! Tap! Tap!

Perempuan itu semakin menghampiriku dan menjerit...

"Arif...!!!"

Pap!

"Ergh...." Aku membuka mata perlahan-lahan.

"Hah...?" Sedar-sedar saja aku sudah berada di atas lantai.

"Mimpi ke tadi? Kenapa rasa benar sekali...?" Aku menggosok kepalaku yang terasa sakit sedikit.

Melihat kerusi di belakangku, boleh mengagak yang aku telah jatuh dari kerusi itu. Terus aku bangkit dan menggeliat.

Mataku terus mengalih ke arah kanan.

Aku melihat di depan mataku, terdapat sekujur tubuh yang penuh dengan balutan dan tiub.

Tangan kanan patah....
Kaki kiri pun patah....
Separuh daripada tulang rusuk juga patah....
Muka tercalar....
Mata kanan pun terbalut sama....
Kepala? Tak usah dibicarakan.
Sekepala terbalut sama....
Lebam di jari-jemari....
Perut tertusuk sesuatu...
Sekali pandang, memang nyawa-nyawa ikan sahaja keadaannya...

Menyedihkan.

"Papa..."Aku memandang sepi keadaan ayahku.

Pandanganku teralih disebelah.

Kosong.

"Ibu...?" Aku mula mencari kelibat ibuku.

Aku keluar dari bilik sakit tersebut dan melihat jam di tanganku.

'Sudah jam 6.20 pagi!'.

Aku bergegas masuk semula ke bilik sakit untuk mengambil wuduk di bilik air yang tersedia di situ.

Yup! Bilik sakit ni vip room. Semuanya tersedia.

Ibu yang pinta pihak hospital meletakkan papa dan juga Pak Hamit di bilik sakit yang paling selamat dan selesa selepas selesai urusan di wad kecemasan.

Aku solat subuh berhampiran papa. Usai sembahyang,aku menadah tangan dan berdoa.

"Ya Tuhanku, Engkaulah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Maka aku mohon kasihanilah kedua-dua ibu papaku ni. Berikanlah papa penyembuhan secepat yang mungkin. Selamatkanlah nyawa papaku. Sesungguhnya aku ingin sekali untuk memohon maaf kepada papa sebelum terlambat..." Air mata jantanku mengalir keluar tanpa henti.

Pipiku terasa hangat kerana ingin menahan air mata daripada mengalir lagi. Kali ni aku rasa betul-betul sebak. Dadaku sesak.

Kuak...

Adakah Ini Takdir?Where stories live. Discover now