Arif's POV
"Yuuhuuu!!!" Langkahku mula laju keluar dari terminal utama selepas selamat sampai di lapangan terbang London City.
"Sir, please don't shout here."
Tiba-tiba seorang mat salleh menegur aku dari belakang. Dia salah seorang pegawai di lapangan terbang ini.
Baru aku perasan, aku terjerit di tengah kawasan laluan keluar transit. Aduh! Malu betul apabila beberapa orang yang lalu-lalang memandang aku. Aku sempat menutup muka sebab nak tahan malu.
"Sir, do you hear me?"
"Oh, I am so sorry."
Okey, aku tak tahan hadap malu lagi, jadi aku terus berlari keluar dari bangunan tersebut.
"Sir, you can't run here!" Jerit pegawai lapangan terbang tadi. Aduh! Mat salleh ni...kau sendiri shout!
Nasib beg aku tak banyak. Beg hiking sahaja aku bawa dari rumah. Tu pun sebab nak cepat.
Aku menaiki teksi menuju ke tempat belajar aku. Ya, aku akan sambung belajar dekat UK. Semua duit pembelanjaan telah aku selesaikan beberapa hari lepas. Jadi mulai hari ni aku akan tinggal kat kolej(minta kebenaran). So, maknanya...aku masuk PhD lah ni! Nanti orang lain panggil aku doctor~ hehe...
Aku menaiki kereta sewa airport untuk pergi ke universiti. Aku agak gementar sebenarnya. Yalah, dunia baru aku sudah bermula...harap tak ada apa-apa masalah dekat sini.
30minit kemudian...
Aku sampai dekat kolej. Selepas daftarkan diri, aku terus pergi ke kediaman kolej aku. Tadi menah salleh tu cakap, "You will stay at there alone, so don't be afraid okay?".
Eh...Eh...berani dia cakap macam tu dekat aku! Ingat aku ni penakut ke? Emm...tapi boleh tahan seram jugalah bila aku tengok kediaman aku...macam dalam cerita Harry Potter pula.
Dalam bilik memang aku seorang saja. Ada juga orang lain dekat bilik lain. Cuma jauh sikit dari bilik aku. Tak apalah, aku tak ada masalah fasal tu. Lagi best sebab tak ada orang kacau, tenang saja.
Lepas meletakkan beg, aku terus baring atas katil. Penatlah...nak rehat. Nak kahwin dengan bantal.
********
Di ruang tamu rumah agam Tengku Ahmad.
"Abang...tolonglah jangan macam ni..."Puan Liana, ibu Arif sudah tidak dapat duduk diam lagi apabila anak kesayangannya tidak dapat dihubungi. Suaminya pula buat seperti tiada apa yang berlaku.
"Hem? Macam ni apa? Saya tak ada apa-apa masalah pun." Jawab Tengku Ahmad, papa Arif dengan nada bersahaja. Beliau memandang sekilas ke arah Puan Liana selepas itu kembali membaca buku di tangannya.
"Oh abang! Tolonglah jangan merajuk! Saya faham kenapa abang marah kat Arif tapi dia tetap anak abang. Kita bertanggungjawab ke atas dia selagi dia tak ada keluarga sendiri. Kita kena cari dia! "Kata Puan Liana dengan nada yang agak tegas dan geram.
"You don't know me well , Ana..." Jawab Tengku Ahmad. Ringkas tapi ada makna. 'Ana ' adalah nama panggilan manja kepada isterinya.
"What do you mean? I don't get it. Of course I know you,so well. " Puan Liana mengerutkan dahinya tanda tidak dapat menangkap apa yang ingin disampaikan oleh suaminya. Tengku Ahmad menarik nafas dalam.
"I know what to do, so don't worry about you beloved son... Okay? Now I have to go. I need to do a lot of things." Kata Tengku Ahmad sambil bingkas bangun menuju ke kereta camry kesayangannya. Puan Liana hanya menghantar suaminya dengan pandangan mata yang keliru.
Beliau melihat jam di dinding menunjukkan hampir pukul 12:00 tengah malam.' Nak pergi mana malam macam ni?' Tanya hatinya, keliru.
"Huh! Sudahlah! Penatlah cakap dengan dia ni! Bila nak bincang, mesti lari, bagi excuses. Kalau macam ni, sampai bila-bila pun masalah takkan selesai! " Puan Liana sudah makin menipis kesabarannya terhadap suaminya. Faham benar sikap keluarganya. Anak kesayangannya pun sebiji macam ayah anaknya. Dari segi perangai, pandangan dan macam-macam lagilah.
Tiba-tiba wajah Arif menerjah ke minda Puan Liana.
"Arif sayang...kamu kat mana sekarang...? Okey ke kat UK tu?" Itu sahaja yang boleh diungkapnya. Beliau bangun menuju ke bilik utama. Ketika melangkah ke dalam bilik, beliau terus ke menuju ke katil.
"Arif sayang...harap kamu selamat. Ibu sayang sangat pada kamu...tolonglah pulang..." Puan Liana memejamkan matanya dengan linangan air mata. Tanpa sedar, beliau tertidur bersama tangisan kecil.
****
Restoran Mamak 23Jam
Kelihatan kelibat seorang lelaki berbadan agak sasa menuju ke meja nombor 12 di restoran mamak.
"Yo Tuan! Tuan nak apa cari saya malam buta macam ni? Ke pasal Tuan Muda?" Tanyanya selepas duduk berhadapan dengan Tengku Ahmad.
"Hoi! Farhan, kau tak payah lah panggil aku tuan kat sini. Nanti orang lain dengar habislah..." Tengku Ahmad menajamkan matanya kepada pekerja peribadi beliau yang bernama Farhan dengan nada yang perlahan. Beliau juga berpakaian seperti orang biasa di situ.
"Hehe, sorry lah tuan...oppss... encik. Hehe, saya tersasul." Sengihan kecil terpapar di mukanya.
"Huh! Emm...ya betul kata kau. Aku nak tanya pasal anak akulah. Apa perkembangannya?" Tanya beliau sambil melihat sekeliling. Takut ada orang mengekorinya.
"The latest, saya dah tahu kat mana anak encik berada."
"Ya ke!? Kat mana?"
"Kat UK lah"
Pulp!!!
"Aduh! Encik kenapa ketuk kepala saya?" Tanya Farhan sambil menggosok kepalanya yang sedikit sakit.
"Main-main lagi! Dah! Bagitahu jelah hal sebenarnya. " getus Tengku Ahmad sambil menyandarkan diri ke kerusi.
"Hehe...maaflah encik. Okey saya serius sekarang ni..."
"Cepatlah..."
"Uhuk! Ok...Dia sambung belajar di UK...mungkin akan ambil masa selama 2 tahun atau lebih...tapikan tuan... " Farhan seperti ingin berbisik dengan Tengku Ahmad. Jadi beliau mendekatkan telinga ke mulut Farhan.
" Si Arif tu...kacak sangat...saya takut menantu tuan nanti bukan Sofya..." Pulp...!!!
"Aduh! Apa ni encik...? Pukul saya pula..."
"Kau ni...boleh tak serius sikit!" Tengku Ahmad menajamkan jelingan matanya ke arah Farhan.
"Eh, saya seriuslah ni. Benda ni fakta tahu? Sakitnya...huhu..." Farhan menggosok lengannya yang telah dipukul oleh Tengku Ahmad tadi.
"Sudahlah! Baik kau jalankan tugas kau dengan betul! Kalau tak, aku potong gaji kau! Faham?"
"Ehhh...! Kenapa boleh jadi macam ni? Hem...baiklah tuan..opss...encik.." Farhan menundukkan kepalanya sedikit.
"Haih...sudahlah...sebab kau dah sanggup datang bagi serba sedikit maklumat tu...aku belanja kau malam ni...ha..pesanlah apa-apa je." pelawa Tengku Ahmad sambil menyandar semula ke kerusi.
"Betul ke ni encik?"
"Nak pesan ke nak balik ni??? Kalau tak, tak payah."
"Ok,ok tuan...ops...encik...hehe.."
•••••
TBCO....
YOU ARE READING
Adakah Ini Takdir?
Random[IMBAS KEMBALI] *************** Tengku Arif Fairuz atau nama panggilannya Arif ialah anak tunggal dan selalu berasa kesunyian meskipun semua permintaannya ditunaikan oleh ibu bapanya. Perkara yang menimpanya sentiasa memberi tekanan kepadanya. S...