C-17 RELA

42 1 0
                                    

Keesokannya.

"Arif! Betul ke papa kau kemalangan?" Suara Syahrul kedengaran dalam panggilan telefon.

"Aik, mana kau tahu ni. Aku tak cakap lagi..."

"Masuk berita rif! Aku tengah tengok ni."

"Oh biar betul? Aku tak tengok berita pun hari ni..."

Arif mengambil alat kawalan jauh televisyen dan menekan punat on.

Terpapar berita tentang kemalangan jalan raya semalam. Pembaca berita itu juga menyatakan nama dan gambar Tengku Ahmad dan Pak Hamit di kaca TV.

Volume voice dikurangkan supaya tidak mengganggu Tengku Ahmad di sebelahnya.

Pembaca berita itu memberitahu bahawa kes kemalangan tersebut perlu disiasat kerana terdapat bukti yang mencurigakan.

Siaran berita itu juga menunjukkan kawasan kemalangan.

"Eh..?"

Sekali pandang sahaja, Arif dapat mengagak ada perkara yang tidak kena. Situasi kawasan itu seperti sengaja dibuat?!

"Rul, aku rasa ada benda yang tak kenalah..."

"Hah? Apa benda pulak yang tak kena?"

"Aku rasa papa aku bukan kemalangan biasa...aku rasa... papa aku kena sabotaj..." Arif berkata dengan perlahan takut-takut didengari oleh orang lain. Ibunya sedang pergi menjenguk Pak Hamit.

"Biar betul kau ni? Kau pasti ke? Lebih baik kau laporkan kat polis kalau kau ada bukti apa-apa...diorang pun tengah siasat juga tu."

"Ibu aku tak cakap apa-apa lagi tapi aku pasti pihak polis akan jumpa kami tak lama lagi. Nanti kalau ada apa-apa aku roger."

Arif menutup panggilan.

Dia terus menonton berita di kaca TV. Hatinya tak keruan, seperti ada perkara yang ayahnya sembunyikan. Itulah apa yang kata hatinya berbisik padanya.

Berita seterusnya adalah kejadian yang berlaku di luar negara.

Kejadian yang mana sejumlah orang di salah satu kelab malam New York City ditembak mati. Dikatakan bahawa kejadian tembak-menembak telah berlaku antara dua organisasi kerana berlaku salah faham.

Perkara ini telah menarik perhatian Arif.

"Tak tahu pula ada organisasi pelik dekat US."

Arif tersenyum sendiri. Entah mengapa, berita itu seperti menarik dirinya untuk mencari maklumat tentang perkara itu.

Namun, sebelum itu dia perlu menyiasat tentang kemalangan papanya terlebih dahulu.

Tuk! Tuk! Tuk!

Arif bangkit dari sofa dan terus menuju ke pintu bilik untuk membuka.

Kuak!

Kelihatan tiga orang lelaki berpakaian jaket.

"Selamat tengah hari! Kami polis yang menyiasat kes kemalangan jalan raya Tengku Ahmad dan Hamit Hamzah. Awak Encik Arif ke?" Individu tersebut melihat wajah Arif seperti mahu menelannya. Maklumlah, rupanya yang garang semula jadi.

Gulp!

Arif menelan air liur beberapa kali.

"Ya-ya saya...silakan masuk."

Adakah Ini Takdir?Where stories live. Discover now