Kringg...Kringg....
Telefon iPhone Tengku Ahmad berbunyi. Beliau yang sedang sibuk menghadap laptop dengan segera mengangkat panggilan itu.
"Ya! Assalamualaikum. Kenapa awak call saya ni? Saya sibuk sekarang..." Tengku Ahmad menjawab dengan penuh keberatan.
"Aik? Isteri sendiri nak call pun tak boleh? " nampaknya Puan Liana yang membuat panggilan tersebut.
"Salam tak jawabnya....baguslah tu...Awak nak apa?"
"Huh! Waalaikumussalam! Saya nak bagitahu pasal Arif...dia dah..."
"Lari dari rumah. Ya saya tahu..."
Potong Tengku Ahmad dengan nada yang bersahaja. Itu menyebabkan riak wajah Puan Liana berubah terus."Macam mana abang...". "Sejak pagi tadi lagi. Lepas saya dapat tahu duit dalam akaun saya berkurang...ada soalan lagi?" Pertanyaan Tengku Ahmad kedengaran seperti menyindir pun ada. Itu yang membuatkan Puan Liana tersentak.
"Abang...kita kena cari Ar-"
"Buat apa nak cari dia. Pandai - pandailah dia sara hidup dia kat UK tu..." sekali lagi Tengku Ahmad memotong percakapan isterinya. "UK? Arif pergi ke UK?" Tanya Puan Liana yang masih dalam kejutan.
"Ya...saya ada jumpa Syahrul bestfriend dia ,baru saja tadi...dahlah...saya nak buat kerja ni..." Nampaknya Tengku Ahmad macam dah fed up with you, Arif.
Puan Liana tergamam dengan semua jawapan suaminya yang seperti tidak kisah langsung tentang anak sendiri. Beliau meletus.
"Abang! Sampai hati abang buat tak tahu pasal Arif! Diakan anak Abang! Arif bukan nak-".
"Arif mana yang awak sebut ni? Saya tak ada anak yang kurang ajar macam dia...saya TAK KENAL! Dahlah....saya sibuk ni." Potongnya lagi. Kali ni suara beliau tinggi sedikit. Perkataan tak kenal pula sengaja ditekankan.
Dalam panggilan isterinya diam sejenak.
"...abang... tolonglah jangan macam ni...", rayu Puan Liana sepenuh hati. Hatinya terasa pilu melihat dua beranak ini bertelagah begini.
"Kita sambung kat rumah."
Terus Tengku Ahmad mematikan iPhonenya. Malas hendak melayan isterinya itu. Sejujurnya, beliau rasa terkilan dengan tindakan Arif itu. Sungguh! Kali ni beliau sangat kecewa dengan anaknya. Tengku Ahmad seperti sudah tawar hati dengan Arif.Beliau tidak terus menghadap laptopnya. Namun melemparkan pandangan kosong ke arah tingkap di bilik pejabatnya. Permandangan yang cantik di langit sedikit mengurangkan stressnya. Bukan stres fasal kerja, tapi Arif!
Tengku Ahmad berfikir lama. Dengan pantas iPhonenya dicapai dan mendail nombor Tuan Haji Han. Menunggu panggilan masuk.
Tut tut...
"Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam! Tuan Haji, saya nak bincang benda ni. Bila boleh jumpa?"
•••••••
Tepat pukul 10:00 malam, bunyi enjin kereta camry di halaman rumah menandakan Tengku Ahmad telah pulang ke rumah. Segera seorang pembantu rumah iaitu Mak Jah datang menghampiri beliau sebaik saja beliau hendak melangkah naik anak tangga pintu utama.
"Tuan, biar saya bawakan beg tuan ya." Pelawa pembantu rumah itu. Segera papa menghulurkan beg pejabatnya sambil memberi isyarat kepada pembantu rumah itu untuk meletakkan begnya di bilik kerjanya. Pembantu rumah itu hanya mengangguk.
Langkahnya terus ke bilik utama. Kelihatan Puan Liana sedang solat. Beliau menutup pintu berlalu menuju ke almari pakaian sebelum ke bilik mandi sambil memerhati isterinya solat.
Selesai mandi, beliau terus ke almari tanpa menghiraukan isterinya yang masih duduk di atas sejadah sedang memerhatikannya.
"Abang ...", tiba-tiba isterinya memanggil.
Sahut pun tidak. Pandang pun tidak. Tengku Ahmad buat isterinya seperti tidak wujud di dalam bilik.
"Abanggg...", kali ini sedikit berleret Puan Liana memanggil suaminya. Namun Tengku Ahmad masih lagi tidak mengendahkan isterinya sehinggalah langkah beliau beratur ke pintu bilik untuk keluar.
Namun begitu, belum sempat menyentuh tombol pintu biliknya, isterinya tiba-tiba saja menarik lengan Tengku Ahmad. Beliau memandang Puan Liana sekilas dengan nada mengeluh. "Awak nak apa? Saya penat tahu tak?" Tanyanya dengan kening berkerut.
"Abang dah solat?"
"Ya"
"Bila?"
"Masa on the way balik, kat masjid, lepaskan tangan saya."
Puan Liana tersentak dengan nada dingin Tengku Ahmad. Apabila ditanya, langsung tidak memandangnya. Kesabaran Puan Liana semakin nipis, beliau sudah cukup geram dengan kerenah suaminya sekarang ini.
"Abang! Janganlah jadi macam budak-budak! Kita kena cari Arif. Kalau tak nanti..." .
"Nanti apa? Malu dengan keluarga Tuan Haji? Atau awak risau dia tak akan balik ke sini lagi? Atau awak fikir Arif akan merajuk dengan awak sampai bila-bila? Atau apa lagi ya? ...awak fikir dia tak nak jumpa awak lagi?" Tanya Tengku Ahmad bertubi-tubi seperti tembakan secara tiba-tiba.
"Abang...please...janganlah macam ni...saya....sayangkan Arif...saya...tolonglah faham perasaan saya...walaupun dia...", sebak saja suara Puan Liana. Tengku Ahmad pula asyik mengeluh saja dari tadi .
"Dia ada ke nak faham hati mak ayah dia? Buat benda ikut suka hati!" Jawabnya dengan suara yang sedikit tegas. Sekali lagi kata-kata suaminya berjaya membuatkan Puan Liana tersentak.
"Kenapa abang marah sangat kat Arif? Salah kita juga sebab paksa dia kahwin dengan perempuan yang dia sendiri tak kenal. Tiba-tiba pulak tu! Mestilah dia terkejut."
Tengku Ahmad hanya mendiamkan diri saja. Genggaman tangannya dapat dilihat dengan jelas simbol beliau sedang menahan rasa marah.
"Kenapa senyap? Betulkan apa yang saya cakap? Dahlah tu abang...nampak tak rasional bila abang marah pasal dia lari daripada kahwin...dia stress sangat..." ,tiba-tiba saja Tengku Ahmad menepis tangan Puan Liana yang memegang lengannya dari tadi.
"Awk tahu tak apa yang dia buat kat saya!? Dia dah curi duit saya dalam akaun! Awak tahu tak berapa banyak dia curi? Dia dah curi duit sebanyak SEJUTA RINGGIT!! Dia dah godam hampir semua akaun saya sampai saya sendiri tak boleh nak buka!! Bagus sangatlah bila ada anak yang terlalu bijak! Ni pun nasib baik tak libatkan polis dan pihak atasan!" Luahnya dengan tengkingan yang telah meremangkan isterinya.
Terbulat mata Puan Liana mendengar luahan Tengku Ahmad tadi. Kepalanya ditunduk, tak sanggup hendak menghadap muka marah suaminya. Ya, beliau bangga apabila anak kesayangannya berjaya menjadi pakar IT . Namun beliau tidak menyangka anaknya akan menyalahgunakan ilmu tersebut.
"Kalau awak rasa nak back up anak kesayangan awak lagi, sila keluar dari bilik ni...saya tak nak hadap orang yang tak reti ajar anak. " ,hendak menangis Puan Liana ketika itu.
Kata-kata suaminya sungguh telah mengguris hatinya. Namun Puan Liana hanya mendiamkan diri, tak sanggup melihat muka Tengku Ahmad ketika itu.
Tengku Ahmad pula mula melangkah keluar dari bilik. Tinggallah isterinya bersendirian sambil menitiskan air mata.
"Arif...kenapa kamu sanggup buat ibu macam ni ..." Beliau terus menangis sehingga tersedu-sedu. Nasib baik pintu tertutup. Kalau tidak, malu nanti jika ada pembantu rumah datang melihat.
"Kalaulah boleh patah balik masa...kasihan Arif..."
•••••
TBCO....
YOU ARE READING
Adakah Ini Takdir?
Random[IMBAS KEMBALI] *************** Tengku Arif Fairuz atau nama panggilannya Arif ialah anak tunggal dan selalu berasa kesunyian meskipun semua permintaannya ditunaikan oleh ibu bapanya. Perkara yang menimpanya sentiasa memberi tekanan kepadanya. S...