Minggu ini adalah minggu yang paling sibuk bagi Arif. Pelbagai perkara dan rencana yang perlu disiapkan segera. Dia perlu menyiapkan semua dokumen yang diperlukan untuk pernikahannya nanti. Perkara tersebut adalah tugasan yang amat berat dirasai untuk dilakukan walaupun ia sebenarnya perkara yang mudah sahaja.Oleh sebab tiada kerelaan dan keikhlasan dalam pekerjaan tersebut, semua perkara yang berkaitan perkahwinannya kelihatan seperti sebuah beban berat yang perlu dipikul. Semuanya ini semata-mata demi ibu dan papanya. Mujur sahaja banyak yang ditolong oleh ibunya. Bukan main ceria lagi riak wajah Puan Liana. Arif juga yang sedang murung.
Firma Tengku Ahmad di ambil alih oleh Arif secara langsung sementara menunggu tempoh penyembuhan Tengku Ahmad. Walaupun Arif bukanlah seorang yang berijazah dalam bidang undang-undang. Namun, menguruskan sebuah firma guaman bukan satu masalah besar baginya. Dia seorang lelaki yang bijak dalam mengatur sesebuah syarikat. Lagipun, hal-hal seperti guaman dan dakwaan boleh di lakukan oleh peguam-peguam di bawah Tengku Ahmad.
Terdapat seramai 12 orang peguam dan pendakwa dalam firma ini termasuklah pelatih. Jadi, ia tidak memberi apa-apa masalah yang rumit bagi Arif untuk mengendali wisma ayahnya. Lagipun, ramai pekerja-pekerja di situ sudi menghulurkan pertolongan jika Arif mempunyai sebarang masalah.
Di kafe mall.
"Tahniah Rif! Akhirnya kau kahwin juga." Ucap Syahrul sambil menepuk kuat belakang Arif. Arif menjeling tajam ke arah sahabatnya itu.
"Diamlah..." Balas Arif keras. Dia kelihatan tidak senang. Muka cemberutnya terlalu tampak.
"Hei! Kenapa kau ni? Tak nampak bahagia pun...orang nak kahwin kena buat muka manis." Usik Syahrul selepas mengambil tempat duduknya. Dia menjungkitkan keningnya beberapa kali.
"Haih...kau ni memang nak makan buku lima aku eh?" Rengus Arif. Mahu saja dia memberi tumbukan percuma dekat muka Syahrul.
"Relax dude! Aku bergurau saja kot...apa yang kau tengah fikir? Sampai terkeluar otak dah tu." Tanya Syahrul.
Arif merenung tempat lain sebentar sebelum mula berbicara. Dia terlihat sepasang kekasih sedang bergurau senda tidak jauh dari meja kafe mereka. Kemesraan couple itu terlalu menonjol. Sesiapa sahaja dapat meneka yang mereka dalam fasa mabuk cinta.
"Haihh..." Arif mengeluh kuat.
Syahrul perasan kelakuan sahabatnya itu jadi dia hanya menunggu masa untuk Arif meluahkan apa-apa yang mengusutkan kepalanya.
"Aku...tak nak kahwin..."
"Tapi kau kena kahwin juga."
"Aku tak nak!"
Dum!
Kedua-dua buku lima Arif menumbuk meja dengan tiba-tiba.
Semua orang di kafe memandang aneh ke arah mereka berdua. Nampaknya bunyi meja tadi telah menarik perhatian orang sekeliling secara tidak langsung. Syahrul terus meredakan keadaan di situ dengan memohon maaf secara rawak. Kelihatan Arif tidak mempedulikan reaksi orang lain di situ.
"Arif, boleh tak kau bagitahu aku kenapa kau tak nak kahwin?" Syahrul hanya mengeluh kecil dalam hati melihat perilaku Arif itu.
"Banyak sebab!" Arif sekali lagi merengus.
"Bagitahulah apa dia?" Tanya Syahrul dengan tenang. Dia sangat mengenali Arif jadi dia tidak berasa keberatan dengan perangai keanak-anakan Arif itu.
"Pertama, aku tak kenal dan tak pernah tengok pun muka tunang aku tu. Kedua, aku dipaksa kahwin, siapa-siapa kat atas muka bumi ni pun akan menyalak kalau diorang kena paksa! Ketiga, sebab aku belum selesaikan lagi masalah aku dengan menah saleh hari tu..." Suara Arif kedengaran semakin perlahan apabila menyebut tentang Sara.
YOU ARE READING
Adakah Ini Takdir?
Random[IMBAS KEMBALI] *************** Tengku Arif Fairuz atau nama panggilannya Arif ialah anak tunggal dan selalu berasa kesunyian meskipun semua permintaannya ditunaikan oleh ibu bapanya. Perkara yang menimpanya sentiasa memberi tekanan kepadanya. S...