C-13 CARA

39 1 0
                                    

Pagi di rumah Tuan Haji Han

"Apa!? Kenapa nak cepatkan lagi tarikh akad nikah?" Tanya Sofya, kedengaran sedikit kuat suaranya.

"Bertenang, Sofya. Ayah cuma tanya Sofya pasal tu. Sofya setuju, ayah on saja...kalau tidak, tidaklah..." Kata Haji Han sambil menghirup kopi yang disediakan oleh isteri beliau sebentar tadi.

Suasana di ruang tamu menjadi sunyi sepi buat sementara. Sofya memandang ayahnya dengan penuh tanda tanya. Namun, ayahnya seperti bersahaja saja.

"Kenapa ayah tiba-tiba tanya soalan ni?" Haji Han memandang sekilas ke arah anak perempuan beliau sebelum memandang semula ke surat khabar di tangannya.

"Takda apa-apalah, Sofya...ayah kamu cuma tak sabar nak timang cucu..." Emak sofya, Hajah Noor datang dari arah dapur bersuara secara tiba-tiba, agak mengejutkan Sofya.

"Oh mak, apa yang mak cakap ni...pagi-pagi cakap benda ni...ishh malulah Sofya..." Ujar Sofya dalam kemerahan menahan malu.

Hajah Noor ketawa manja,"Ala kamu ni...buat-buat malu pula. Jadi kamu setuju sajalah ya? Kasihan kami ni nak dapat cucu macam Makcik Lehah kamu tu...dia dah ada lima orang cucu tahu? Cemburu mak tengok dia bermesra dengan cucu comel dia tu.." amboi, panjang hujah Hajah Noor kali ni.

"Er...Tapi..."

"Kami ni makin tua, Sofya. Kalau boleh, sebelum kami tutup mata, kami nak tengok kamu berkeluarga. Barulah tenang nak mati pun..." "Sudah, cukup mak...jangan sebut perkataan mati lagi... Sofya tak suka."

Hajah Noor hanya tersenyum sambil memegang bahu Sofya, dan berkata,"Jadi kira setuju ya?"

Sofya memandang ayahnya dan emaknya sekilas sebelum menarik nafas untuk berkata "ya".

"Tapi Sofya kena buat sesuatu untuk ayah. Harap Sofya boleh terima dengan baik..." Kata Tuan Haji Han sambil memandang serius ke arah muka Sofya.

Sofya berasa sesuatu yang luar biasa yang akan berlaku kepadanya nanti. Sambil menarik nafas, dia membalas.

"Apa saja untuk ayah dan mak."

******
Imbas Kembali

"Apa maksud Tengku yang perkahwinan mereka perlu ditangguhkan?"

"Saya minta maaf sangat fasal ni, Haji.  Sebenarnya Arif sedang sambung belajar di UK. Jadi saya harap Tuan Haji fahamlah situasi ni..."

Kedengaran gelak ketawa Haji Han sendiri.

"Hahahahaha! Saya rasa ada idea yang lebih baik... semestinya baik untuk mereka berdua. Itupun kalau Tengku terima..."

Tengku Ahmad mengerutkan dahi beliau.

"Apa dia?"

"Begini..."

selesai penjelasan

Tengku Ahmad mengangkat keningnya serta-merta. Seperti tidak percaya buah fikiran sebegitu dikeluarkan oleh Haji Han sendiri.

Namun, beliau kelihatan tersenyum sendiri. Apa yang dicadangkan hampir serupa dengan idea Syahrul tempoh hari.

" Baiklah, boleh buat begitu."

******

Telefon Syahrul berdering kuat ketika dia berada dalam mesyuarat. Semua memandang ke arahnya.

"Eh maaf-maaf.." cepat-cepat dia menutup deringan telefonnya. Namun sempat lagi dia melihat siapakah gerangan orang yang telah mengacau dia dalam mesyuarat ini.

Adakah Ini Takdir?Where stories live. Discover now