C-4 KONFLIK

24 2 0
                                    

Arif's POV

Aku memasuki pintu utama rumah agamku dengan perlahan-lahan. Takut ada orang perasan kepulanganku.

Baru sahaja aku hendak mendaki tangga, seseorang memanggil namaku dari belakang. Ya itu suara papa...habislah aku kali ni!

Aku memalingkan wajahku untuk menghadap papa yang sedang menuju ke sini. Aku tidak memandang terus ke wajah papa kerana aku dapat merasakan aura marah papa. Membara!

Kemudian, Papa tiba-tiba saja menarik tangan aku ke ruang tamu. Aku tahu sekejap lagi mesti kena marah...bebel...serabut pula otak aku ni! Namun belum sampai ke ruang tamu, papa terus melepaskan tangan aku. Aku agak terpinga-pinga dengan kelakuan papa.

"Ya tuhanku! Arif! Arif pergi mana tadi?" Tiba-tiba saja ibuku muncul dari sebelah kanan kami. Ibu menghampiri aku dan papa.
Aku hanya memandang lantai, tidak tahu mahu menjawab apa.

"Arif..." Papa mula bersuara.

Aku hanya memandang papa sekilas. Selepas tu memandang ibu dan akhirnya lantai menjadi permandanganku lagi. Sungguh, aku rasa nak cabut lari sekarang! Cepatlah! Bila nak habis conversation ni!?

"Arif...kamu pergi mana tadi? Dah tengah malam baru balik!" Papa sudah mula meninggikan suara tanda beliau tengah bengang dengan aku. Aku masih lagi kelu tidak memandang papa dan ibu walaupun sekilas.

"Arif! Papa tak nak Arif buat macam ni lagi! Papa tahu kamu lari tadi! Kamu dengar tak apa papa cakap ni! " tengking papa secara tiba-tiba. Aku rasa nak mengangis pun ada tapi ditahan juga.

Tapi entah dari mana keberanian ini datang tiba-tiba aku pula membalas kata-kata papa tadi dengan nada yang agar kasar." Arif tak nak perempuan tu! Arif tak akan kahwin dengan perempuan mana entah papa kutip! Arif tak nak! Arif tak nak! Arif tak..." Panggg...!! Tiba-tiba saja satu tamparan telah menghinggap ke pipi kananku.
Aku kelu tidak percaya dengan tindakan papa sebentar tadi. Ibu juga terkejut dengan tindakan papa tadi terus mendapatkan aku.

Tamparan itu hampir membuatkan aku tersungkur ke lantai. Ibu mengusap pipiku yang kelihatan kemerahan dengan lembut sekali. Aku mula menjeling pada papa dengan perasaan tidak puas hati, sakit hati dan macam-macam lagilah!
Namun papa seperti tidak menyesal langsung dengan tindakan beliau itu.

" Sebulan lagi kamu akan kahwin dengan tunang kamu tu. Ingat! Jangan kamu lari lagi! "Tegas sungguh suara papa masa tu.

Aku mengetapkan bibir. Rasa tidak puas hati semakin membuak. Tangan ibu yang masih lagi mengusap pipiku aku menepis kasar lalu aku terus berlari ke arah bilikku. Aku menguncikan pintu. Seperti biasa, aku akan mengamuk sakan di dalam bilik sehingga bilikku tidak nampak seperti bilik pula. Barang bersepah! Memberontaklah kononnya...

Bila dah lelah, aku berhenti mengamuk. Kepala aku sangat serabut sekarang ni. Mana taknya... Sebulan lagi hari nikah tu! Papa dah lebih sangat ni! Tak adil!!

Argh...!!

"Aku kena pergi dari sini!"

---

Sementara di laluan ke ruang tamu, ibu dan papa memandang antara satu sama lain. Ibu sedikit mengeluh dengan tindakan suaminya tadi. Sungguh! Beliau langsung tidak menyangka perkara itu berlaku.

"Abang ni...kenapa sanggup tampar anak sendiri? Sedih saya tengok keadaan dia tadi..."
Kedengaran sayu saja suara ibu apabila bercakap.

Papa memandang ibu tidak puas hati. "Awak masih nak back up dia lagi? Selepas dia malukan kita dengan keluarga Tuan Haji? Awak dengar sini ya. Anak emas awak tu dah malukan saya siang tadi! Budak tu kena diajar macam mana nak hormat orang tua!" Luah papa agak tegas.

"Tapi abang...dia..."

"Saya tak akan berkompromi dengan budak macam tu...tak hormat orang tua!" Potong papa sambil beredar menuju ke bilik utama.

Tinggallah ibu seorang diri di situ. Ibu hanya mampu berdoa saja supaya tiada apa yang buruk berlaku nanti. Sedih hatinya apabila dikenangkan semula kejadian yang berlaku hari ini. Hati emak mana yang tidak sedih apabila berlaku pertelingkahan antara anak beranak.

Dengan langkah yang lemah, ibu menuju ke bilik utama.

••••••

Keesokannya

"Arif! Arif! Bangun nak! Dah subuh ni..." Ibu mengetuk pintu bilik Arif.

Tiada sahutan.

'Nampaknya Arif tak bangun lagi ni' kata hati ibu lalu ibu membuka pintu. Kosong.

"Eh?"

Ibu mengerlingkan mata pada jam dinding. Baru pukul 6:30pagi....

Ibu melihat sekeliling, tiada langsung kelibat Arif. Ibu terus ke bilik air. Tiada juga. Pelik...mana Arif pergi ni? Dengan bilik yang kemas dan teratur...

Tiba-tiba ibu ternampak sehelai kertas sebesar sticker note di atas katil Arif. Lalu ibu mengambil dan membaca tulisan di kertas itu.

___________________________________

Kepada ibu dan papa,

Arif dah pergi dari rumah ni.
Sorry lah ibu .Arif kena pergi jugak sebelum ceremony akad nikah tu. Kan Arif dah cakap kalau papa dan ibu paksa juga Arif kahwin dengan perempuan tu, Arif akan lari dari rumah. Papa dan ibu jangan menyesal sebab buat semua ni. Arif ambil sikit duit papa. Papa tak boleh marah Arif ya. Semua ni salah papa! Ibu pula bukannya nak sokong Arif pun! Korang sama je! Arif tak boleh tahan. Good bye !

___________________________________

Berderai air mata ibu selepas membaca nota itu.

"Arif....kenapa kamu sanggup tinggalkan ibu dan papa ?....sampai hati Arif buat macam ni kat ibu...." Ibu terus menangis sehingga tersedu-sedu.

Kebetulan Mak Jah , pembantu rumah beliau yang lalu di depan pintu bilik Arif terdengar tangisan ibu. Dia terkejut bila melihat ibu melutut sambil menangis tersedu-sedu. Lalu Mak Jah mendapatkan beliau.

"Ya tuhan! Kenapa ni puan?" Tanyanya.

"Mak Jah...Arif dah lari....lari dari rumah ni...huk...huk..." jawab ibu dengan nada yang penuh sayu. "Ya tuhan! Betul ke puan!?"Tanya Mak Jah lagi. Ibu hanya mampu mengangguk. Terlalu sedih untuk bercakap. Terasa berat mulut untuk berbicara.

"Mak Jah...mana Tuan? Saya nak bercakap dengan dia...huk..." kali ni ibu pula yang tanya. Ibu masih lagi dalam tangisan sedunya. "Err...Tuan dah keluar. Baru saja tadi. Nampak macam ada benda mustahak saja bila tengok riak wajah Tuan...tergesa-gesa keluar..." jawab Mak Jah agak panjang.

"Awalnya...takpelah. Kamu pergi sambung kerja ya. Jangan risaukan saya. Saya okey... dah pergilah." Ibu memberi senyuman kelat pada Mak Jah. Itu saja yang mampu dia buat.

Menerusi riak wajah Puan Sri, MakJah tahu itu satu pembohongan. Yelah! Mana ada mak ayah yang akan OKEY apabila anak dia lari dari rumah!

Mak Jah hanya menurut perintah. Tinggallah ibu keseorangan di dalam bilik Arif sambil meneruskan tangisan yang tersisa. Nota Arif telah basah dengan air mata ibu. Sungguh! Beliau tidak menyangka akan berlakunya sedemikian.

Arif! Kenapa lari!? Tak baik buat mak ayah macam ni.




••••••

TBCO...

Adakah Ini Takdir?Where stories live. Discover now