C-22 PANCUNG

126 0 0
                                    


4 tahun yang lalu...

"Khair! Kau nak kemana tu?"
Terkedek-kedek ia berjalan ke arah abangnya yang sedang memakai kasut di hadapan rumah mereka. Tangannya sedang membawa sehelai kertas dengan berhati-hati, takut terjatuh pula kertas nipis itu. Kertas yang sangat berharga baginya.

Khair menoleh ke arah adiknya yang sedang menghampiri. Dia tersengih senget.

"Nak pergi joginglah! Kalau nak join jomlah!" Balas Khair sambil menyambung semula ikatan tali di kasutnya. Rengusan kecil adiknya kedengaran.

"Ha, apa pula masalah kali ni?" Tanya Khair tanpa memandang ke arah adiknya.

Kemudian adiknya menghulurkan sehelai kertas ditangannya kepada Khair. Berkerut dahinya melihat perbuatan adiknya lalu perlahan-lahan menyambut huluran tersebut. Dia melihat isi kandungan di dalam kertas tersebut. Sejurus itu, matanya terus terbuka luas daripada kebiasaan. Terkejut.

"Biar betul, Khan? Original ke ni??" Tanya Khair sambil membelek kertas tersebut.

"Betullah Abang Khair! Khan dah berjaya dapat 10A!" Balas Khan sambil tersenyum lebar. Berkembang lubang hidung seperti boleh memasukkan dua jari. Terasa begitu bangga dengan diri sendiri. Wajahnya kelihatan sedikit kemerahan menahan malu kegembiraan. Seperti hari ini adalah hari miliknya seorang.

"Tahniah Khan! Bangga betul aku dengan kau." Ucap Khair sambil memeluk sekilas ke Khan. Khan hanya tersengih. Jarang dapat pujian ikhlas macam ini. Berkat usaha dan kesabarannya selama ini memang membuahkan hasil yang lumayan.

"Kena bagitahu Daddy ni!"

Terus pudar semua senyuman Khan tatkala abangnya menyebut tentang ayah mereka. Khan tidak begitu suka akan idea itu. Khair perasan air muka adiknya berubah. Perlahan-lahan dia memujuk.

"Jangan risaulah, Daddy mesti bangga juga!"kata Khair ingin meyakinkan Khan.

"Entahlah Abang Khair...rasanya tak penting kot kalau Daddy tahu pun..." Ujar Khan perlahan. Wajahnya kelihatan gusar. Khair yang melihat reaksi negatif adiknya hanya mengeluh kecil. Tahu benar apa yang dimaksudkan oleh adiknya seorang ini.

Hubungan Khan dan ayah mereka tidak begitu baik. Apabila bertemu ada sahaja perkara yang hendak digaduhnya. Sehinggakan Khair berfikir bahawa mereka berdua tidak patut bersua muka selalu. Mungkin ini kesan daripada kematian isteri muda ayahnya dahulu.

Khair memegang bahu Khan.

"Kalau tak nak bagitahu Daddy tak apa...dah! Pergi tukar baju. Kita pergi joging. Biar bakar sikit lemak-lemak kat perut tu." Kata Khair sambil menunjukkan jarinya ke perut bulat adiknya. Saja mahu mengusik, sebenarnya ingin menukar topik.

"Ehhh... apa ni, patutnya belanja makan ke apa..." Khan mengeluh kuat sambil membuat muka cemberutnya.  Khan menjatuhkan bahunya menunjukkan dia malas mahu pergi berjoging. Sepatutnya dia boleh bersenang-lenang sebagai ganjaran kejayaannya. Walaupun sudah cukup waktu bermalasan diberikan sepanjang tempoh percutiannya sebelum ini. Khan masih lagi tidak puas.

Abangnya hanya tersenyum nipis memandang gelagat adiknya. Wajahnya kelihatan terpancar satu imej kekesalan. Tiba-tiba Khair berkata kepada adiknya dengan suara yang lembut,

"Khan...jaga diri kamu baik-baik...Abang dah tak mampu nak jaga kamu...Hati-hati...."

Suara Khair seperti semakin hilang. Berkerut-kerut kening Khan mendengar kata-kata Khair tersebut. Bukannya Khan tidak memahami kata-kata abangnya itu, tetapi jiwanya terasa ingin menolak nasihat tersebut jauh ke dasar laut. Hatinya terlalu benci mendengarnya.

Khair pula masih memaparkan senyuman kepadanya namun senyumannya kelihatan lebih kepada senyuman kesedihan dan kekesalan. Kelat sahaja pandangannya. Kemudian dia menoleh ke belakang dan segera berlari laju meninggalkan Khan sendirian. Khan tersentak.

Adakah Ini Takdir?Where stories live. Discover now