C-19 TEKAD

81 1 0
                                    

Air dingin memancut keluar laju dari paip pancuran air hujan. Dibiarkan sahaja air membasahi tubuhnya. Kesejukan air jernih dapat dirasai di seluruh badan namun ia masih tidak mampu memulihkan bara yang terkandung dalam hati.

Dipulaskan lagi sehingga habis supaya pancuran air keluar pada tahap yang paling laju. Air berterusan mengalir ke muka bersama-sama air mata yang dari tadi lagi tidak berhenti mengisi di tubirnya.

Kesal. Marah. Sedih. Serba salah.

Semuanya membelenggu diri ini.

Tuk! Tuk!

"Arif? Kamu di dalam ni ke?" Tanya Puan Liana sambil mengetuk pintu bilik air.

"...ya bu..." Jawap Arif perlahan. Sayup-sayup saja bunyinya.

"Siap cepat ya. Dah nak makan malam ni...", namun Arif tidak menyahut. Puan Liana memahami keadaan anaknya lalu pergi.

Arif yang masih berada di dalam bilik air termenung sendiri. Banyak hal yang sedang diproses dalam mindanya. Perlahan-lahan dia menoleh ke pergelangan tangannya. Terdapat banyak parut lama terukir disitu. Dia sendiri pun tidak dapat mengingati bagaimana parut itu muncul. Sekilas dia melihat pula pantulan dirinya di cermin singki. Memandang tepat ke wajahnya sendiri. Sepasang mata biru gelap miliknya ditatap lama.

Kadang-kala, terasa aneh ketika melihat wajah sendiri. Seolah-olah terdapat bayang-bayang misteri yang sedang mengurung wajah sebenarnya daripada dilihat orang. Bayang-bayang ilusi? Entahlah...

Namun, itu bukan persoalan yang perlu difikirkan sekarang ini. Jiwa dan hatinya sedang sakit. Bagaikan sesuatu yang panas membara sedang memanggangnya dari dalam. Barangkali, dia hanya mengalami demam kejutan. Arif menggosok mukanya perlahan.

"Semua ni salah aku. Aku...tak faham." Dia menundukkan kepala, mengenangkan kembali perkara-perkara yang telah berlaku.

Diimbaskan semula ingatannya mengenai reaksi ibu Syahrul dan tunangnya, Izzati ketika mengetahui kejadian yang menimpa Syahrul. Tidak henti-henti tangisan yang dipamerkan. Malah, Izzati sanggup menampar, menuding jari dan menyalahkan Arif kerana asbabnya telah membahayakan nyawa Syahrul kesayangannya itu. Dia hanya diam membisu sahaja, rasa seperti dia berhak dan layak menerima semua tuduhan tersebut. Arif termenung lama. Terasa berada di dunia asing ketika itu.

Tiba-tiba dia teringatkan perbualan terakhirnya dengan Syahrul.

"Rif, nanti lepas kau nikah, aku ada benda nak beritahu kau. Jadi nikah cepat-cepat lah eh?"

Arif menggelengkan kepalanya sambil menepuk kedua-dua belah pipinya dengan kuat. Dia berfikir sejenak.

"Kalau...kalau aku kahwin cepat, kau akan bangun cepat kan, Rul..?" Arif menekup mukanya dan perlahan-lahan duduk di tepi paip air. Bahunya kelihatan terhenjut-henjut menangis. Kemudian Arif ketawa kecil sehingga tawa terbahak-bahak sambil air mata masih deras mengalir.

"Kau akan bangun kan, Rul...!? HAHAHAHA...! Isk! Isk! Huu..." Tawa bercampur tangis.

Bagaikan orang yang kerasukan, dicapainya botol sabun dan syampu. Terus dia mencampakkan botol sabun dan syampu tersebut ke dinding bilik air. Lemparannya terlalu kuat sehingga penutup botol tertanggal sendiri. Maka keluarlah cecair-cecair dari isian botol tersebut.

"ARGGHHH...!! HAHAHA!!!...isk..."

Jeritannya bergema ke seluruh ruang bilik air sehingga bergetar cermin disitu. Matanya sudah merah padam. Keningnya berkerut seribu. Dia mengetuk kepalanya berkali-kali menggunakan pergelangan tangan. Ketapkan gigi. Menunduk.

Frustration.

Semua amukan dilepaskan. Niatnya untuk mengurangkan kekusutan dalam mindanya tetapi ia hanya menambahkan kekecewaan. Wajahnya kelihatan begitu sugul. Kerongkong pula terasa sakit kerana jeritan kuat tadi.

Adakah Ini Takdir?Where stories live. Discover now