Sebulan kemudian
Sofya's POV
"Sofya, mari sini sekejap." Baru sahaja aku ingin memasuki bilikku, ayah memanggilku dari ruang tamu. Dengan segera, aku mengikuti arahan beliau.
Sesampainya di ruang tamu, aku terus duduk di atas sofa di hadapan ayahku. "Ada apa ya ayah?" Aku terus bertanya tanpa melihat wajah ayahku terlebih dahulu.
"Sofya, ayah ada sesuatu nak bagitahu kamu. Benda ni sepatutnya kamu dah tahu lama tapi ayah takut kamu tak nak terima kalau bagitahu awal-awal." Kata ayahku sambil menghirup air kopi di hadapan beliau.
Mukaku agak berkerut, tidak memahami maksud sebenar kata-kata ayahku.
"Maksudnya?"
"Cuba kamu tengok tangan kanan kamu...bercincin, kan? Tapi kamu tak pernah tahu siapa tunang kamu tu....malah dia tak datang pun hari pertunangan tempoh hari..." Ayahku melihat tanganku seterusnya wajahku dengan muka yang serius. Aku mula merasa agak resah dan bimbang.
Ya, aku memang tak pernah tahu siapa tunangku...dia pun tak datang hari pertunangan tempoh hari. Sejak itu, aku dapat rasakan bahawa tunangku itu bukan seorang yang begitu baik...mungkin dia sendiri yang tak mahu bertunang.
" Ya, ayah... walaupun ia mungkin nampak tak bagus tapi saya tak kisah asalkan dia ada dalam majlis akad nikah...kan?" Aku hanya tersengih sedikit kemudian menunduk sebaik saja ayah membuat memek muka serius. Gulp! Tiba-tiba rasa cuak pulak!
" Ayah faham kalau kamu tak mahu ambil berat ...tapi kamu mesti kena ambil berat kali ni... Sebab....emmm..." Ayah kelihatan serba salah. Mukanya seperti memikirkan sesuatu yang sangat mustahak. Aku berasa hairan dan ingin tahu.
"Ayah, ada sesuatu yang saya tak tahu ke?" Mulutku bersuara tanpa sedar. Ayah melihat wajahku dengan muka yang agak berkerut.
"Bang... bagitahu sajalah...dia berhak tahu semua tu..." Tiba-tiba emakku muncul dari sebelah kanan kami.
"Tahu apa,mak? Ayah , Sofya tak fahamlah..." keningku terangkat dengan sendiri.
Ayah dan emak melihat sesama sendiri dan ayah menunduk sedikit sebelum berbicara. Emakku hanya mendiamkan diri.
"Sebenarnya..."
****
Di pejabat Tengku Ahmad
"Helo? Ya, kau dah habis siasat nombor telefon tu? Oh ok...nanti update selalu...dan kita jumpa bila dah sedia." Terus beliau memutuskan panggilan tersebut.
Tengku Ahmad hanya bersandar di kerusi empuk pejabatnya sambil mengurutkan dahinya. Sejak kebelakangan ini, kepala beliau asyik sakit saja. Mungkin stres sebab banyak kerja yang perlu dilakukan.
Fikiran beliau melayang sebentar sebelum satu panggilan masuk dalam telefon pintar beliau.
'Siapa pula ni?' tanya hatinya sendiri. Selepas melihat nama yang terpampang, terus beliau mengangkat panggilan tersebut.
"Helo? Huh, ada apa apa yang berlaku ke?"
"Helo tuan, ya...saya tak pasti apa patut saya buat ni... Arif...dia...makin liar..."
"Huh!? Liar!? Cuba cerita lebih lanjut..."
"Tuan muda... Sejak akhir-akhir ni, dia selalu keluar dengan seorang perempuan. Perempuan tu dari US...cantik dan ...seksi...mungkin itu yang buat tuan muda..."
"Lagi?..."
"Emm...saya rasa diorang berkasih...tuan muda ada pergi night club dengan perempuan tu dan...dia pernah stay dekat rumah perempuan tu...saya tak pasti apa diorang buat...tuan...saya risau ni tuan..."
YOU ARE READING
Adakah Ini Takdir?
Random[IMBAS KEMBALI] *************** Tengku Arif Fairuz atau nama panggilannya Arif ialah anak tunggal dan selalu berasa kesunyian meskipun semua permintaannya ditunaikan oleh ibu bapanya. Perkara yang menimpanya sentiasa memberi tekanan kepadanya. S...