C-2 MEMUJUK

41 3 0
                                    

Arif's POV

Agak lama jugalah aku merajuk dengan papa dan ibu sampai ke larut malam, baru keluar bilik. Aku membuka pintu bilikku dengan penuh hati-hati. Aku menoleh ke sana ke sini. Takut juga kalau terserempat dengan papa. Aku tahu papa sedang marah pada aku. Beliau memang pantang kalau keputusannya di bangkang terutamanya kalau bab sensitif macam kahwin.

"Lewat malam ni tak tidur lagi ke?"

Nak tercabut jantungku bila disergah dari belakang macam itu. Aku menoleh dan melihat papa sedang berdiri sambil menyilangkan tangannya.

"Errr....emmm...tak ngantuk..." jawabku ringkas tapi hati penuh debaran.

"Ouh...baguslah! Papa nak bincang sesuatu dengan kamu. Mari kita ke ruang rehat sana." Kata ayahku sambil memegang bahuku mengajak aku ikut serta. Aku mula gugup!

Setelah duduk di sofa yang menempatkan aku disebelah ayah, beliau mula membuka mulut." Arif, kamu satu-satunya anak papa dan ibu. Jadi papa harapkan yang terbaik untuk kamu. Sebab tulah papa buat perancangan pernikahan kamu. Papa tahu kamu mesti sukakan perempuan ni. Cubalah kamu tengok gambar bakal tunang kamu ni." Ayahku mengeluarkan telefon pintarnya dari poket namun aku menghalang.

"Papa, Arif tak nak perempuan tu. Arif ada pilihan hati sendiri." Aku langsung tak terasa ingin melihat perempuan yang bakal menjadi tunanganku nanti. Aku masih lagi dengan pendirianku.

Kelihatan ayah mengeluh kecil.

"Kalau macam tu bawa dia jumpa papa dan ibu. Papa akan nikahkan kamu dengan dia seminggu dari sekarang." Kata-kata ayahku buat aku melopong. Hah!? Tak mungkin benda tu berlaku! Aku pun tak jumpa dia, macam mana nak bawa dia jumpa mak ayah aku! Sudahlah papa bagi tempoh singkat sangat. Seminggu saja!

"Papa!" Aku mula tak puas hati. Tahulah aku papa bagi syarat macam tu sebab beliau dah tahu aku tak akan berjaya! "Sampai hati papa buat Arif macam ni!"

Aku mula bangun untuk melarikan diri lagi. Nak memberontak lagilah ini kononnya. Tapi papa pantas memegang lenganku dengan kuat sehingga aku terduduk semula di sebelah papa.

"Arif! Duduk dulu! Kita bincang pasal ni sampai selesai!"

"Arif ngantuk! Nak tidur!" Aku menepis tangan ayahku yang masih memegang lenganku. Niat memang nak lari tapi papa tetap tak nak bagi. Beliau memegang lenganku lagi. Kali ni lebih kuat cengkamannya.

"Arif! Sudah-sudahlah dengan perangai manja Arif tu! Tengoklah apa jadi sekarang ni. Papa menyesal sebab manjakan Arif sampaikan Arif pandai lawan cakap papa dan ibu! Arif boleh jadi anak derhaka kalau terus macam ni! Arif kena ingat yang Arif tu lelaki. Lelaki mana boleh manja macam ni. Lepas tu sensitif tak bertempat. Tolonglah untuk kali, dengar cakap papa... jangan jadi anak derhaka!"

Terngiang-ngiang telinga aku mendengar perkataan 'DERHAKA' bukan sekali tapi dua kali papa sebut!...aku...anak derhaka ke? Hatiku berbisik.

Tanpa disedari mereka berdua, linangan air mata mula bertapak di mata ibu. Dari tadi lagi ibu memerhati dua anak beranak ni bertelagah selepas niat dihati hendak memeriksa Arif di biliknya. Oh...Arif! Tolonglah jangan bantah lagi...ibu tak nak Arif tak sengaja jadi anak derhaka...luah ibu dalam hati.

"Papa harap kamu setuju dan ikut saja perancangan kami...papa pasti kamu akan bahagia nanti dengan pasangan kamu tu. Ini doa papa buat anaknya. Boleh, Arif?" Ayahku memandangku dengan penuh harapan.

Pada mulanya aku fikir nak lari lagi tetapi apabila melihat muka tua ayahku yang sangat berharap itu aku membatalkan niatku.

Secara tak langsung kepalaku mengangguk perlahan-lahan. Aku setuju walaupun dalam hati nak lawan sekeras-kerasnya. Papa menghela nafas lega. Secara tiba-tiba, beliau memelukku.

"Terima kasih ya Arif sebab dengar cakap papa." Pelukan dileraikan.

Aku terasa sayu mendengar kata-kata papa tu. Ini buat aku rasa bersalah ni!

Ibu pula yang dari tadi lagi mendengar perbualan kami tersenyum seorang. Mestilah gembira apabila anaknya dah setuju. Hem...Bilalah nak dapat cucu ni...ujar hati ibu. Eh! Belum apa-apa dah fikir fasal cucu! Ada-ada saja ibu ni...Ibu segera meninggalkan kami berdua dan terus masuk ke bilik utama.

"Minggu depan kamu bertunang dengan dia, ya. Kamu nak beli cincin sendiri ke nak papa belikan?"Tanya papa. Aku memandang lantai untuk berfikir sejenak. Perlu ke aku beli sendiri? Malaslah!

"Emmm...Papa belilah." Aku memandang ke arah papa pula.
Buat muka comel gitu. Saja nak bodek papa. Hehe...

"Kalau macamtu papa dah beli dah pun. Tengoklah ni!" Papa terus mengeluarkan satu kotak kecil berwarna merah dan membukanya. Wow! Boleh tahan juga ya citarasa papa! Cantik! Diamond warna hijau kebiruan dengan seni aksesori yang menarik. Okay, ini buat aku cuak.

"Nanti kamu pakai baju macam biru gelap gitu ya masa pergi ke rumah dia."

"Okay." Jawabku ringkas. Papa mula bingkas bangun untuk ke biliknya selepas menyimpan semula cincin tersebut. Aku juga bangun dan menyalami papa sebelum bergerak masuk ke bilik. Papa pula mengusap kepalaku." Anak yang baik."ujarnya padaku membuatkan aku tersentuh hati.

Kami mula melangkah ke bilik masing-masing. Jam menunjukkan pukul 1:50am. Dah lewat tapi mata aku masih lagi segar bugar. Tidak boleh melelapkan mata. Asyik fikir hari pertunangan tu saja. Aish! sudah lah! serabut kepala aku! Baik aku tidur. Bisik hatinya. Sedaya upaya dia cuba lelapkan mata. Akhirnya, dia tertidur jua.

******

Di dalam bilik utama

"Abang...betul ke tindakan kita ni,bang? Saya takut lain pula jadinya nanti..." pertanyaan Puan Liana telah membuatkan muka Tengku Ahmad berubah 100%.

Sambil melihat isterinya itu, beliau berbaring di atas katil dengan perlahan-lahan.

"Sebenarnya...abang pun tak pastilah, ana...ini saja cara yang paling selamat abang fikir...abang kena bertindak sebelum terlambat..." luahnya sambil menutup mukanya dengan lengan.

Tiba-tiba, beliau terasa lengannya dipeluk. Puan Liana datang memeluknya dengan pantas.

Puan Liana meletakkan tangan kanannya di atas dada Tengku Ahmad sambil berkata," Abang, saya sentiasa sokong abang selagi benda itu memberi manfaat yang baik untuk keluarga ni. Tapi hari ni, saya rasa agak hiba lepas tengok reaksi Arif tu...saya kesiankan dia bang...mesti dia marahkan kita tu...tolong jelaskan pada dia ya bang...saya nak dia faham situasi sebenar..." Puan Liana menutup mukanya apabila dia terasa hangat di bahagian mata. Ya, beliau menangis secara perlahan. Puan Liana memang mudah sekali untuk menangis.

Tengku Ahmad mengangkat lengannya selepas mendengar sayup tangisan Puan Liana. Beliau tersenyum dan memegang tangan isterinya. "Ana...dia akan tahu juga nanti, tapi bukan sekarang . Saya pun kesian dekat dia tapi nak buat macam mana, dia satu-satunya harapan kita yang ada. " katanya sambil mengusap air mata yang gugur di pipi isterinya.

"Abang...terima kasih...untuk selama ni." kata Puan Liana dengan senyuman manis.
Tengku Ahmad hanya menepuk bahunya.

"Dahlah...jom kita tidur...dah lewat ni."

Beliau terus menarik selimut.



•••••

TBCO....

Adakah Ini Takdir?Where stories live. Discover now