Bum!!!
Pintu besi kilang lama itu ditendang dengan agresif. Arif meluru masuk ke dalam.
"Mana kau!? Rizal...!!" Jeritnya sekuat hati. Dia melihat sekeliling yang gelap gelita. Buku limanya digenggam kuat. Dia memasuki ruang kilang yang malap itu. Farhan pula membuntutinya dari belakang sambil membawa sepucuk pistol ditangannya. Bersiap-sedia dengan sebarang serangan.
Mereka menaiki ke tingkat atas tempat sepatutnya Rizal dirantai selama ini. Mereka mendekati ke sebuah bilik dan membuka pintu besi tersebut dengan perlahan-lahan. Dalam keadaan samar-samar sahaja, mereka dapat melihat seseorang sedang duduk di atas sebuah kerusi.
Farhan meraba dinding bangunan, cuba untuk mencari suis lampu.
Tup!
Lampu menyala sendiri.
"Jecky...!?" Jerit Arif apabila mendapati seseorang yang sedang duduk di atas kerusi tersebut ialah Jecky. Badannya penuh dengan lemuran darah beserta luka dan lebam di wajah. Jecky kelihatan separuh sedar. Matanya tidak dapat dibuka dengan luas kerana ditutupi oleh bengkak yang besar. Bibirnya juga lebam dan berdarah.
Sekali pandang memang seperti nyawa-nyawa ikan sahaja.
"Wow! Awal kau datang?" Tiba-tiba muncul satu suara dari kawasan gelap di belakang Jecky.
Tap! Tap! Tap!
"...Rizal..." Arif menjegilkan matanya. Giginya diketapkan.
Imbas semula beberapa jam sebelum akad nikah.
Kring...kring...
"Ya Jecky? Apahal call pepagi ni?" Tanya Arif secara mamai kerana baru saja bangun dari tidur.
"Jecky? Oh Jecky-chan ke nama dia...?"
Terus si Arif bangun dari baringannya. Terkejut bukan kepalang lagi. Jelas sekali itu bukan suara milik pegawai penyiasatnya.
"Siapa kau...!? Mana Jecky!?" Tengking Arif. Jantungnya mula berdegup kencang.
"Aku? Hehehe....kau dah lupa agaknya...mari aku ingatkan kau...akulah Rizal..."
Terkejut! Arif mula tidak senang duduk. Apa yang terjadi di sana?Sepatutnya orang-orang yang ditangkap di tahan di sebuah kilang lama di hujung Kuala Lumpur.
"Apa yang kau nak!?" Tengking Arif sekali lagi.
Hari ini sepatutnya hari nikahnya sahaja tetapi bertukar ke hari kejutan yang tidak diundang. Salah timing betul si Rizal ni cari pasal.
"Aku tahu kau kat mana sekarang ni...jadi aku bagi kau masa sikit untuk datang. Baik kan aku? Hahaha!" Gelak Rizal dalam nada sinis.
YOU ARE READING
Adakah Ini Takdir?
Random[IMBAS KEMBALI] *************** Tengku Arif Fairuz atau nama panggilannya Arif ialah anak tunggal dan selalu berasa kesunyian meskipun semua permintaannya ditunaikan oleh ibu bapanya. Perkara yang menimpanya sentiasa memberi tekanan kepadanya. S...