C-9 PILIHAN

26 1 0
                                    

 Cahaya yang sederhana terpancar dari lampu pendaflour menyebabkan seluruh ruang tamu kelihatan kecuali dibahagian belakang sofa dan almari. Kelihatan seorang lelaki tua sedang duduk berehat di sofa tersebut.

Tuan Haji Hambalishah atau lebih dikenali sebagai Tuan Haji Han sedang menonton televisyen tetapi sebenarnya memikirkan sesuatu .

"Hem..."beliau mengeluh sambil duduk di atas sofa. Tiba-tiba beliau memanggil anak perempuannya.

" Sofya! Sofya! ". Tidak sampai 10 saat anaknya yang bernama Sofya tercegak di hadapannya. Kelihatan ayu sekali.

"Ya, Ayah?" Anaknya yang bernama Sofya mengerutkan sedikit dahinya tanda tanya. Baru sahaja dia ingin membasuh pinggan mangkuk di dapur tadi, tiba-tiba ayah memanggilnya.

"Mari sini. Ayah nak bincang dengan kamu." Kata Haji Han sambil menepuk tempat duduk kosong di sebelah beliau.

Tanpa banyak soal, Sofya terus pergi duduk di sebelah kanan Haji Han. Dia melihat riak wajah ayahnya yang agak berkedut tapi masih kelihatan awek muda walhal sudah hampir mencecah 75 tahun untuk tempoh beberapa bulan lagi.

Haji Han memegang kedua-dua tangan anak perempuannya dan berkata..."Sabar ya, Sofya..."

Sofya hanya memandang ayahnya dengan penuh kekeliruan dan tanda tanya.

"Maksud ayah?"

"Emm...pasal pertunangan kamu..."

Secara mendadak, riak tidak senang terpacar di wajah Sofya. Dia mengeluh tanpa sengaja. Haji Han hanya melihat anaknya dengan wajah yang sedikit runsing. Beliau sudah tahu punca reaksi anaknya yang sedemikian.

"Sofya, Ayah nak bagitahu kamu...keluarga tunang kamu nak lanjutkan tarikh pernikahan. Agak lama jugalah, dalam 6 bulan paling cepat...kamu setuju tak?" Jelas beliau tanpa memandang ke arah lain.

Sekali lagi, riak wajah Sofya berubah namun kali ini lebih ceria.

"Oh, begitu! Tak apa Ayah. Lebih lama lebih bagus! "

"Apa? Apa yang kamu cakapkan ni? Sofya, jangan cakap kamu tak sudi pula."

"Hah? Err..Sofya...Sofya...su...di...alah ayah ni. Janganlah risau." Balas Sofya sambil tersenyum kelat.

"Sofya, kalau kamu tak sudi...bagitahulah...Ayah takut kamu tak bahagia nanti." Haji Han melihat terus ke anak mata anak perempuannya. Sofya hanya menunduk sedikit.

"Sofya, kamu tak perlu buat kalau kamu tak nak. Nanti merana baru tahu. Menyesal tak sudah."

"Ayah, Sofya akan patuh arahan ayah dan mak. Ayah jangan bimbang. Inikan pilihan mak dan ayah."

Sebaik sahaja Sofya mengeluarkan perkataan 'pilihan', terus Ayah berubah riak wajah. Ada sedikit rasa serba salah dalam hati beliau.

"Sofya...kamu yakin?"

"Hah? Emm...yakin Ayah. Sofya sangat pasti ini adalah yang terbaik untuk Sofya." Anak perempuan beliau memberikan senyuman yang manis sekali bagi meyakinkan ayahnya.

Tuan Haji Han melihat anaknya dengan penuh kasih sayang.

"Baiklah kalau begitu. Ayah nak
call bapa pihak lelaki." Beliau segera bangun dari sofa itu terus ke biliknya. Selepas itu, Sofya mematikan televisyen. Dia juga masuk ke biliknya. Kerja rumah tadi ditangguhkan terus. Tiada 'mood', kata hatinya.

Di bilik Sofya.

Sofya berbaring di atas katil sambil memikirkan hari pernikahannya nanti. Sebenarnya, dia berasa serba salah dalam hal ini. Kalau boleh dia tidak mahu teruskan tetapi dia perlu taat kepada orang tuanya. Mereka sudah banyak berjasa kepadanya.

Adakah Ini Takdir?Where stories live. Discover now