Jam 10:00 am- United Kingdom
"Huarggg... mengantuknya..."
'Baru habis kuliah tadi. Bosan betul! Awal-awal lagi dah ada kerja kena buat. Kerja persendirian pula tuh! Assignments....laporan...research... lagi kena buat ...nasib baik dapat buat tajuk best...tapi still penat...aduh...susah jugak ni!' , Arif merungut sebaik saja keluar dari dewan kuliah.
Tidak ramai pelajar yang mengambil sama jurusan dengannya. Hanya dalam lingkungan 5-7 pelajar sahaja untuk peringkat atas sebegini.
Tadi pun tak sempat nak berkenalan dengan sesiapa plus semuanya pelajar negara asing sahaja. Tengok sekali dah tahu bukan orang asia tenggara.
"Baik aku pekena kopi dulu." Arif bermonolog sambil menuju ke kafeteria. Kepalanya terasa sakit. Mungkin pening sebab letih...
"Ouch!"
Secara tidak sengaja Arif terlanggar bahu seseorang sehingga terjatuh. "Oh sorry miss! Sorry! ...are you okay?"
Terus menoleh kearah individu tersebut.Uish...menah salih rupanya..berambut blonde paras siku ,memakai baju putih tanpa lengan dan skirt mini plus ketat yang amat menampakan susuk tubuh hampir setiap inci.
Sekali pandang rasa tergugat iman Arif. Cepat-cepat Arif mengalihkan pandangan di tempat yang lain. Tapi mata tu tetap juga nak jeling-jeling...Arif...behave ok!!
"Err...miss ,are you okay?" Tanya Arif sekali lagi.
"Huh! Do I look like okay!?" Jawab gadis itu dengan kasar tanpa memandang Arif.
"Err...I don't think so...hehe...can you get up? I am so sorry...," ucap Arif sambil menggarukan kepalanya yang tidak gatal.
" Of course not! Why you just stand there?...help me! Your questions make me feel irrita....!!" Tiba tiba saja gadis itu terdiam tatkala melihat Arif. Terus dia terbangun sendiri.
Lama gadis itu termenung melihat Arif sehingga meremang bulu roma Arif dibuatnya. Yalah...dipandangnya Arif atas bawah. Macam pervert pulak!
"Miss, are you okay? Why you look at me like that...?" Arif melambaikan tangan didepan muka gadis itu.
"Ouh what? Ermm...nothing. I'm okay."
"I'm sorry 'cause collided you just now..." Arif menunduk sedikit badannya tanda bersalah.
"Ahh...it's alright! Don't worry about it." Jawab gadis itu sambil membetulkan skirt mini dia sambil mengiring, yang tentunya akan lebih menyerlahkan tempat tempat yang tak patut...
Gadis itu seperti sengaja berbuat demikian di depan Arif.
Arif menelan air liur dan cuba memandang di tempat yang lain. 'Ish! jangan tengok, Arif!' Ujar hatinya.
Melihat tingkah laku Arif, gadis itu hanya tersenyum.
"My name is Sara Jameson. You?"
Gadis itu menghulurkan tangan kepada Arif.
" What? Oh yes, I'm...I'm Arif Fairuz. Nice to meet you, Sara Jameson." Jawab Arif tanpa menghiraukan huluran tangan gadis itu.
Gadis yang bernama Sara Jameson itu seperti tersentap dengan perlakuan Arif itu. Dia hanya mengecilkan matanya tanda tidak puas hati.
"Okay, nice to meet you too Arif Feros . Just call me Sara." Balas gadis itu sambil menyilangkan tangannya rapat ke dada.
YOU ARE READING
Adakah Ini Takdir?
Random[IMBAS KEMBALI] *************** Tengku Arif Fairuz atau nama panggilannya Arif ialah anak tunggal dan selalu berasa kesunyian meskipun semua permintaannya ditunaikan oleh ibu bapanya. Perkara yang menimpanya sentiasa memberi tekanan kepadanya. S...