BAB 40

4.4K 352 42
                                    

SITI Safea membetulkan blazernya. Kemeja putih dirapikan semula. Sekarang ini, dia berada di tandas untuk menenangkan diri. Kata-kata Rina semalam masih lagi terngiang-ngiang di benaknya. Apa yang perlu dia lakukan sekarang? Siti Safea akui dia bukanlah seorang pendebat yang bagus. Dia masih lagi memikirkan maruah SMK Seri Bergawan.

Pantulan diri cermin dipandang. Hatinya galau memikirkan debatnya pada hari ini. Sekarang ini, semua pendebat berkumpul di dalam bilik tayangan. Di dalam bilik tayangan itu, pasukan akan dipilih secara rawak. Penentuan bilik persidangan juga ditentukan secara rawak. Cabutan nama sekolah hanya menggunakan komputer sahaja.




"Entah la. Aku tak tahu nak cakap apa kat kau. Aku rasa team kau akan kalah dulu dalam pusingan pertama. Tapi, aku nak cakap awal-awal. SMK Seri Bergawan tak pernah kalah masa pusingan pertama. Paling teruk pun kalah masa suku akhir. Aku pun tak tahu apa yang Azrin nampak kau diri kau ni. Cakap pun macam orang cacat. Kalau ikutkan hati aku ni, memang aku tak pilih nama kau."







Terngiang-ngiang kata-kata Rina semalam. Ada betul kata-kata Rina itu. Siti Safea melihat tangannya yang sudah berpeluh. Dia terlalu gementar. Pili air dibuka lalu Siti Safea mencuci tangannya untuk meredakan perasaan gementar. Siti Safea melihat keadaan sekeliling tandas tersebut. Hanya dia seorang sahaja yang berada di situ. Apa patut dia lakukan sekarang ini?












CIKGU AKMAR terus sahaja melihat jam tangannya. Lagi 30 minit sahaja lagi sidang pendebatan telah bermula. Siti Safea pula tidak muncul lagi. Kumpulan Nazirul tidak cukup lagi seorang pendebat kerana Siti Safea sedang berada di dalam tandas. Siti Safea sempat lagi memaklumkan hal itu. Tetapi, kenapa lambat pula anak muridnya itu ke sana? Dia sungguh risau sekarang ini.

Sekarang ini cabutan nama masih lagi sedang berjalan. Liga pendebatan ini ada lebih kurang 25 persidangan debat untuk pusingan yang pertama. Kebetulan dia melihat Azrin yang mahu keluar dari bilik tayangan itu. Cikgu Akmar segera menghampiri Azrin.

"Azrin!" panggil Cikgu Akmar.

Azrin menoleh. Langkahnya terhenti seraya berkata, " Ya… cikgu."

"Boleh tolong cikgu tak? Urgent ni."

Azrin mengerutkan dahinya tetapi dia tidak bertanya banyak. Azrin hanya mengangguk sahaja. Terpancar riak kerisauan yang terpancar di wajah Cikgu Akmar. Seperti ada masalah sahaja.

"Kebetulan kamu lalu depan cikgu tadi. Cikgu dah tak boleh nak fikir lagi. Boleh tak kalau kamu tolong carikan Siti Safea. Saya risau sekarang ini. Lama sangat dia pergi ke tandas. Saya nak minta tolong Rina. Tapi dia pula dah duduk kat bahagian depan." Sempat lagi Cikgu Akmar melihat ke hadapan. Kelihatan ada proses cabutan nama kumpulan masih lagi berjalan.

Azrin menggaru keningnya yang tidak gatal. Ke mana pula gadis itu pergi? Takkanlah dia mahu masuk ke dalam tandas perempuan itu semata-mata untuk memastikan Siti Safea ada di dalam tandas ataupun tidak. Itu memang satu tindakan yang gila.

"Ta… tapi cikgu… tak… takkan saya nak masuk tandas perempuan semata-mata nak check Saf tu?" Serba salah Azrin meluahkan segala fikiran di dalam benaknya. Wajah Cikgu Akmar seperti mendesak. Nampaknya, Azrin tidak ada pilihan lain lagi.

"Saya tak adalah suruh awak masuk. Cuma check kat luar. Kut-kut dia dalam perjalanan ke sini. Boleh, kan?" Sempat lagi Cikgu Akmar menjeling layar putih di bahagian hadapan. Tinggal lagi 14 kumpulan sahaja yang belum ditentukan lagi bilik persidangan mereka untuk pusingan pertama. Masa sudah semakin suntuk.

Azrin hanya mengangguk sahaja. Tanpa berfikir panjang, dia terus melangkah keluar dari bilik tayangan tersebut. Manakala Cikgu Akmar pupa sudah menghembus nafas kelegaan. Harap Azrin jumpalah Siti Safea.












Darlingku Mr Bad CrushWhere stories live. Discover now