BAB 7

4.9K 435 55
                                    

"KAU ni bodohlah, Kal. Ada ke cakap macam tu kat budak nerd tu. Hahaha!" Hilman sudah ketawa terbahak-bahak.

Haikal hanya tersenyum sinis. Dia tidak suka perenpuan yang mukanya menggerutu dan berjerawat. Sakit mata sahaja!

"Kau tengok muka budak nerd tu. Cicak kalau jatuh atas muka dia pun boleh mati. Menggerutu sangat!" tukas Haikal pula lalu dia ketawa kuat.

Rasydan sudah menggelengkan kepalanya. Apa lagi budak berdua ini telah lakukan? Sudah berbuih mulut dia menasihatkan dua sahabat baiknya, tetapi satu apa pun mereka tidak dengar. Rasydan mengeluh perlahan. Kadang-kadang, rasa putus asa pun ada.

Rasydan menjeling ke arah Haziq yang dari tadi hanya diam sahaja. Selalunya dia yang paling banyak berceloteh. Ini senyap sahaja. Mesti ada masalah dengan Hanna.

Ikutkan hati Rasydan, dia tidak suka Haziq bercinta dengan Hanna kerana jelas sangat perempuan itu hanya mengambil kesempatan sahaja. Dia mahu sahaja menegur Haziq tapi dia tidak berani. Takut tegurannya itu boleh membawa kepada pergaduhan.

"Kau kenapa diam je hari ni? Selalu kau yang paling bising."

Haziq hanya mengeluh perlahan. Soalan Rasydan tadi hanya dibiarkan sahaja. Malam tadi, dia membuat panggilan kepada kekasih hatinya. Apa yang paling mengejutkan, ada seorang lelaki yang menjawab panggilan tersebut.

Fikirannya sangat serabut. Pelbagai anggapan negatif yang bermain-main di benaknya. Takkanlah Hanna ada lelaki lain? Kalau nak dikatakan lelaki itu abang Hanna, tidak mungkin kerana Hanna tidak mempunyai abang langsung.

Sejak kebelakangan ini juga, hubungan dia dan Hanna tidak mesra seperti mereka mula-mula bercinta dahulu. Hanna sudah dingin dengannya. Beberapa kali Haziq mengajak Hanna keluar apabila masanya lapang  tetapi ditolak mentah-mentah oleh Hanna.

"Gaduh dengan Hanna?" duga Rasydan.

Haziq memandang Rashdan lalu menggeleng sahaja. Dia malas mahu bercerita. Kalau hal peribadinya, dia lebih rela untuk menyelesaikan hal itu sendiri.

"Tak adalah. Kitorang okey je," jawab Haziq Arfan perlahan.

"Aku nak tanya kau satu benda. Tapi kau jangan nak melenting pulak." Rashdan cuba untuk bertenang. Mungkin kata-kata dia ini boleh melukakan hati Haziq tapi dia kena menasihati kawannya itu. Kasihan sungguh tidak sedar dipergunakan oleh teman wanitanya sendiri.

Haziq pula hanya menunggu sahaja. Sempat lagi dia memandang sekilas ke arah Hilman dan Haikal yang sedang riuh bersembang. Tak habis-habis lagi kutuk si nerd itu. Dia ada juga perasan budak nerd itu memberikan senyuman kepadanya. Rasa geli pula. Memang patut pun Haikal kata begitu tadi.

"Ermm… kau tak rasa ke Hanna tu gunakan kau je? Maksud aku… kau bagi barang-barang mahal kat dia. Guna duit biasiswa kau pulak tu. Kau tak rasa sia-sia ke?"

Haziq mendengus perlahan. Here we go again. Apa yang salah kalau dia bercinta dengan Hanna. Mereka saling menyukai? Pelik pula kenapa Rasydan tidak suka Hanna itu.

"Rasy… aku peliklah dengan kau ni? Kau memang tak suka ke aku couple dengan Hanna tu? Ke kau cemburu dengan aku?" Suara Haziq keras sedikit. Panas pula hatinya bila ada orang lain mempersoalkan Hanna. Hilman dan Haikal yang riuh bersembang, terus sahaja senyap dan memerhatikan Haziq dan Rasydan berbicara.

"Aku bukan cemburu. Tak ada makna aku nak cemburu bagai. Tapi... kau tak sedar sekarang ni memang jelas Hanna tu gunakan kau. Sampai duit biasiswa yang guna untuk belajar kau tu pun, dia nak sapu. Kau biar betul, Haziq?"

Haziq mengepalkan penumbuknya. Rasa egonya tercabar apabila sampai duitnya pun ada orang yang nak tegur. Dia tidak suka. Cukup tidak suka!

"Aku malas nak gaduh dengan kau, Rasydan. Sebab kau kawan aku. Aku guna duit biasiswa ke apa… bukan guna duit kau pun. Yang kau nak gelabah sangat tu… dah kenapa? Malas aku nak layan kau." Haziq terus sahaja berdiri dan meninggalkan Rasydan, Hilman dan Haikal.

Darlingku Mr Bad CrushWhere stories live. Discover now