"QILAH, kau nak bawak aku pergi ke mana?" tanya Siti Safea yang terkocoh-kocoh mengikuti langkah Aqilah. Aqilah pula hanya tersenyum. Dia terus sahaja menarik tangan Safea.
Beberapa minit kemudian, mereka pun telah sampai di hadapan pintu bilik Kelab Pidato dan Debat. Tidak jauh dari situ, ada terdapat dua orang pelajar perempuan yang sedang duduk di atas meja sambil melayan pertanyaan pelajar-pelajar yang ada di situ.
"Kita nak buat apa kat sini?" tanya Siti Safea pelik.
"Kau baca banner yang tergantung tu," arah Aqilah sambil menunjukkan banner besar yang tergantung di dinding. Siti Safea membetulkan cermin matanya. Matanya dikecilkan supaya tulisan itu boleh dilihat dengan jelas.
PEMBUKAAN PENYERTAAN KEAHLIAN BARU KELAB PIDATO DAN DEBAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI BERGAWAN SESI 20__
TARIKH : 18 FEBRUARI 20__ - 20 FEBRUARI 20__
TEMPAT : BILIK PIDATO DAN DEBAT
Siti Safea sudah menelan air liurnya. Jangan cakap Aqilah membawanya ke sini untuk memaksa dirinya menyertai Kelab Pidato dan Debat ini. Sungguh dia tidak mahu. Dia takut dan tidak ada keyakinan untuk bercakap di hadapan khalayak ramai, apatah lagi untuk berpidato dan berdebat.
"Tak… aku tak nak masuk."
Aqilah mengeluh kecil. Dia terus memegang bahu Safea. Hanya kelab ini sahaja yang boleh membantunya mengurangkan gemuruh dan meningkatkan keyakinan dirinya.
"Saf, kau pernah cakap kat aku yang kau teringin nak cuba masuk kelab ni. Come on la. Peluang ada depan mata, Saf. Lagipun, diorang akan ajar kau macam mana nak confident lagi-lagi nak cakap kat orang."
Siti Safea hanya diam. Ya… memang dia angan-angan begitu. Dia amat terpegun pendebat-pendebat apabila berkata-kata. Sangatlah teratur percakapannya. Tidak tergagap.
Bukan macam dia, baru cikgu suruh cakap sikit di depan kelas, mulalah jantungnya berdebar tak tentu hala. Mulalah tangannya berpeluh dan tekaknya berasa loya. Dia merasakan seperti semua memandangnya dengan rasa yang penuh kebencian. Padahal itu hanya permainan perasaan sahaja.
Kadang-kadang terfikir, sampai bila dia mahu berperangai seperti itu. Ini baru zaman sekolah. Belum lagi sampai di zaman universiti yang memerlukan banyak soft skill dalam berkomunikasi di khalayak ramai.
"Aku tak tahu." Siti Safea bersuara perlahan.
"Tak… jawapannya bukan tak tahu. Tapi sekarang ni jawapannya kau kena juga daftar. Kau jangan nak mengada-ngada." Aqilah menarik semula tangan Siti Safea sehingga mereka betul-betul berada di hadapan sebuah meja.
"Wei… aku tak nak…"
"Assalamualaikum, kak."
Dua orang pelajar perempuan tersebut serentak menjawab salam sambil tersenyum manis. Kertas-kertas dan beberapa batang pen disusun dengan rapi.
"Macam ni… kawan saya teringin nak masuk kelab ni. Tapi dia tak tahu nak berdebat semua. She's lack of confident, sis." Sempat lagi dia menjeling Siti Safea yang diam sahaja di sebelahnya.
"Jangan risau. Kami di kelab ni akan ajar awak. Kami akan ajar awak semua macam mana nak cakap depan orang tanpa rasa gemuruh dan yakin. Kalau awak bagi komitmen, insyaallah masalah ini dapat diselesaikan," jelas seorang pelajar perempuan yang memakai baju pengawas berwarna biru.
"Selalu perjumpaan buat hari apa?" tanya Siti Safea pula. Aqilah sudah tersengih-sengih. Tadi beria-ria tak nak, sekarang ini macam berminat pula.
"Kelab ni akan buat perjumpaan hari selasa petang dua minggu sekali. Tapi, kalau siapa yang ada tuisyen ke latihan sukan ke… itu akan dilonggarkan. Lagipun, pengerusi kelab ni tak adalah garang mana. Tegas je."
YOU ARE READING
Darlingku Mr Bad Crush
Roman pour Adolescents#2 - DARL SERIES BY SHADHIA (COVER BY : @patahanranting-) SITI SAFEA Seorang gadis yang sangat pemalu dan kurang keyakinan diri dan membuatkan dirinya senang untuk dipijak. Naif dan lurus bendul, itu sifat semulajadinya. HAZIQ ARFAN Bukan anak dala...