BAB 19

4.3K 402 68
                                    

SITI Safea mengerling jam tangannya buat kesekian kalinya. Lagi 15 minit sebelum pukul 12 tengah hari. Buku Matematik dikerling. Sebenarnya dia tidak ada mood untuk belajar lagi. Pukul dua petang, dia sudah berjanji dengan Azrin untuk berjumpa.

Haziq yang sedang sibuk bermain dengan telefonnya dikerling sekilas. Siti Safea menongkat dagunya. Kenapa dia mudah terpesona melihat lelaki itu? Warna kulitnya tidak terlalu gelap dan tidak terlalu cerah. Sawo matang. Jawline mukanya sangat mengancam. Hidungnya tidaklah mancung tetapi masih cantik lagi untuk dipandang. Akhirnya, Siti Safea mengeluh perlahan. Realitinya lelaki itu tidak suka dengannya. Terimalah hakikat itu.

"Kenapa?" tanya Haziq tiba-tiba. Siti Safea tersentak. 

"Ke… kenapa apa?"

Haziq menjongketkan keningnya. Dia mendengar gadis itu mengeluh walaupun perlahan. Mungkin ada masalah dengan soalan Matematik itu. Sebab itulah Haziq bertanya.

"Kau mengeluh. Ada apa-apa soalan Math yang kau tak faham ke?" tanya Haziq lagi serius. Siti Safea tersenyum lalu menggeleng. Bukan masalah soalan Matematik tapi masalah hatinya yang degil mencintai seseorang yang bukannya suka dengan dirinya.

"Latihan yang aku suruh buat tadi, dah siap?"

"Dah." Siti Safea terus menolak perlahan buku Matematik itu di hadapan Haziq. Haziq perasan juga gadis ini seperti gelisah dan terburu-buru. Asyik tengok jam sahaja. Pada mulanya dia menghiraukan saja. Bukannya urusan dia tetapi makin lama pelbagai pertanyaan yang timbul di benaknya.

Haziq terus sahaja mengambil pen merah lalu membuka penutupnya. Soalan dan jawapan diteliti satu persatu. Siti Safea hanya menunggu dengan sedikit berdebar-debar. Melihat kening Haziq berkerut-kerut membuatkan Siti Safea semakin risau.

Setelah tiga minit berlalu lalu, Haziq terus memberikan semula buku itu kepada Siti Safea. Matanya tunak memandang gadis itu seraya berkata, "Aku rasa kau dah boleh faham topik ni. Sebab latihan yang kau buat semua betul. Dua minggu depan exam awal tahun, kan?"

Siti Safea hanya menggangguk. Walaupun peperiksaan itu tidaklah penting seperti peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun tetapi markah itu boleh menjadi penanda aras untuk melihat markahnya dalam subjek Matematik.

"Aku harap kau buat betul-betul ujian akan datang," kata sambil meneguk sedikit air sejuk. Siti Safea terpaku. Tiba-tiba hatinya rasa berdebar. Adakah Haziq mengambil berat tentangnya? Kalau betul sangkaannya, hari ini merupakan hari paling gembira buat gadis itu.

"Terima kasih," ucap Siti Safea perlahan. Haziq terus menjongketkan keningnya.

"Kenapa?"

"Se… sebab awak bagi kata-kata semangat kat saya."

Terus sahaja Haziq ketawa terbahak-bahak. Siti Safea hanya diam sahaja. Apa yang lawak? Dia mengucapkan terima kasih sahaja. Bukan buat apa-apa gurauan.

"Kau perasan apa, perempuan? Aku bagi kata-kata semangat kat kau? Kau ni gila ke apa?"

"Ha.. Habis tu?" tanya Siti Safea.

"Aku cakap macam tu sebab nanti kalau kau dapat markah tinggi dalam Math, aku tak adalah nak hadap muka kau lagi. Aku tak adalah nak buat tutor untuk kau lagi, faham?"

Siti Safea terkesima. Dia terkedu. Tidak tahu mahu membalas apa. Sangkaannya tidak benar sama sekali. Ya... dia terlalu bodoh. Bodoh untuk mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin akan terjadi. Haziq Arfan tidak pernah pun mengambil berat tentang dirinya kerana dia bukan siapa-siapa.

"Haah… be… betul jugak cakap awak. Saya perasan pulak. A… awak tak pernah pun suka saya. Apalah saya ni…" Siti Safea ketawa perlahan. Ketawa yang menutupi rasa sakit hatinya. Haziq Arfan tersentak. Mendengar getaran suara dari gadis itu membuatkan tiba-tiba sahaja dia rasa bersalah.

Darlingku Mr Bad CrushWhere stories live. Discover now