BAB 22

5.3K 418 66
                                    

HAZIQ terus sahaja meletakkan beg sekolahnya di atas katil. Tanpa membuang masa, dia segera baring di atas tilam empuknya itu. Lengannya pula diletakkan di atas dahi. Hari ini dia berasa penat sekali.

Tiba-tiba, Haziq bangun dari katilnya. Baru dia teringat sesuatu mengenai sampul surat dan dua keping coklat yang diberikan kepada Hilman di sekolah tadi.





"Aku dah agak kau tak percaya. Aku tak ada bukti buat masa sekarang. Tapi kau boleh check tulisan dia. Bandingkan tulisan dia dengan tulisan yang ada dalam surat ni. Aku boleh tunjukkan bukti tu esok yang budak rabun tu suka kat kau."











Terngiang-ngiang kata-kata Hilman di sekolah tadi. Terus sahaja dia bangun dari katilnya semula. Dia buntu. Kadang-kadang perangai Hilman sukar untuk dijangka. Ada sahaja mahu mengenakannya. Haziq Arfan segera melangkah ke meja belajarnya. Matanya melilau mencari buku latihan tutor subjek Matematik milik Siti Safea.

Seusai itu, dia terus mengambil sampul surat lalu dibukanya. Tulisan di dalam kertas dan buku latihan tersebut diamati satu persatu. Terus sahaja Haziq Arfan meraup mukanya. Ternyata bentuk tulisannya memang sangat serupa.

Haziq Arfan terus sahaja duduk di atas kerusi dengan perlahan-lahan. Dia tidak tahu mahu buat apa sekarang ini. Apa yang lebih memelikkan lagi, dia semakin selesa apabila menerima hadiah-hadiah misteri begitu. Ternyata betul budak rabun itu yang selalu memberikan coklat dan surat tersebut.

Tiba-tiba, telefon pintarnya berbunyi. Haziq Arfan terus sahaja melihat nama yang tentera di skrin. Nampaknya, Hanna sedang menelefonnya. Baru dia teringat, dia sepatutnya menemani Hanna ke kompleks membeli belah. Tapi sekarang ini Haziq benar-benar tidak ada mood.

Telefon Haziq berdering buat kesekian kalinya. Haziq tidak ada pilihan lalu dia terus menyentuh ikon berwarna hijau.

"Helo."

"Hish! You ni pergi mana? I banyak kali call you tak angkat-angkat. You tidur ke apa?" rungut Hanna. Haziq mengeluh perlahan. Dia benar-benar penat.

"Kenapa?" tanya Haziq malas. Matanya asyik merenung kertas itu sahaja. Fikirannya sangatlah serabut.

"You kata nak teman I beli barang make up," rengek Hanna lagi dan menyebabkan Haziq Arfan memicitkan kepalanya. Dia betul-betul terlupa. Dia memang betul tiada mood untuk keluar pada hari ini. Nampaknya, dia terpaksa membatalkan janji temu bersama kekasih hati.

"Sorry, Hanna. Tak boleh hari ni. Biy ada hal penting. Lain kali, ya?"

Haziq Arfan dapat mendengar dengan jelas dengusan kasar kekasih hatinya. Dia malas mahu berfikir apa-apa lagi. Sebenarnya, Haziq Arfan banyak mengumpulkan surat-surat misteri tersebut dan disimpan di dalam kotaknya. Hari ini dia mahu melihat kesemua surat itu. Entah kenapa dia rasa sangat berdebar. Padahal dia yakin dirinya tidak ada sebarang perasaan terhadap gadis rabun itu.

"Alah! You ni… asyik lain kali je. Menyampah! Dahlah kita jarang hang out lately ni. You ni memang tak ambil berat pasal I." Nampaknya Hanna sudah bersangka buruk terhadap Haziq Arfan. Haziq Arfan pula hanya menggeleng sahaja.

"Bukan macam tu Hanna. Memang biy betul-betul ada hal. Jangan macam ni…" Haziq cuba memujuk Hanna tetapi dengusan Hanna semakin kuat.

"Dahlah! Malas la! Buat je la kerja you tu. I memang tak penting dalam hidup you! Bye!" Belum sempat Haziq mahu berkata, tiba-tiba Hanna memutuskan panggilan. Terus sahaja Haziq meletakkan telefon pintarnya di atas meja.  Haziq mengeluh kasar. Tidak mengapalah. Apa yang penting adalah surat-surat dari budak rabun itu.








Darlingku Mr Bad CrushWhere stories live. Discover now