BAB 25

5.8K 524 61
                                    

"MINGGU lepas… sebelum exam awal tahun, kita dah buat latihan untuk pertandingan debat yang akan datang. Apa yang aku boleh cakap… kebanyakkan dari korang semua memang boleh menyampaikan hujah. Tapi bila korang nak membalas hujah dari pihak lawan… aku nampak korang tak bersedia. Ada yang sampai lari dari tajuk yang didebatkan," ujar Azrin memulakan bicara.

Wajah pelajar yang berada di dalam bilik debat tersebut dipandang satu persatu. Tiba-tiba matanya tertancap ke arah Siti Safea yang sedang khusyuk mendengar. Wajahnya yang polos itu membuatkan perasaan simpati terdetik di dalam hati Azrin.

Kisah gadis itu dihina oleh Haziq Arfan minggu lepas membuatkan dia merasa marah terhadap bekas kawannya itu. Dia mahu sahaja berjumpa dan menumbuk lelaki berlagak itu tetapi dia tiada masa untuk melakukan perkara sedemikian.

"Korang sebagai pendebat… tak kira di pihak kerajaan ataupun  pembangkang, korang mestilah mencari fakta dari persepsi pihak lawan. Dari situ, korang dapat meneliti point-point hujah pihak lawan tu. Dan korang terus boleh bidas ikut hujah yang korang cari yang ada kaitan dengan tajuk pendebatan tu. Sebab tu masa pertandingan nanti, setiap bilik sidang akan menyediakan pensel dan beberapa helai kertas A4. Nanti korang boleh catat point-point masa pihak lawan membentangkan hujah."

Tiba-tiba Siti Safea mengangkat tangan ingin mengajukan soalan. Semua pelajar melihat ke arahnya. Ada yang berbisik-bisik sambil tersenyum sinis. Ada yang melihat Siti Safea seperti tiada perasaan sahaja.


"Itukan budak yang kena marah dengan Haziq tu?"

"Kesian pulak aku tengok budak nerd ni."

"Ni madu Hanna."

"Gigih jugak ya datang sekolah ni lagi. Kalau aku dah pindah."


Keadaan menjadi sedikit bising. Azrin terus sahaja menggeleng kepalanya. Siti Safea pula hanya menahan sabar. Memang dia akui sejak kejadian tersebut, ramai orang yang memandangnya dengan pandangan yang pelik. Pengikut Instagram pun meningkat kepada 3000 pengikut dalam masa seminggu sahaja. Memang begitu impak.

"Boleh korang senyap tak? Hormat sikit ada orang nak tanya soalan," tegur Azrin tegas. Keadaan menjadi senyap semula. Siti Safea tersenyum kecil. Dia tidak kisah spekulasi yang dibuat oleh pelajar-pelajar lain. Memang mulut orang tidak boleh ditutup.

"Saya nak tanya… kalau suara pendebat pihak lawan terlampau perlahan or guna bahasa standart yang tinggi, nak buat macam mana? Dan satu soalan lagi… macam mana nak 'goyahkan' keyakinan pihak lawan untuk menyampaikan hujah? Itu je soalan saya. Terima kasih." Seusai itu, Siti Safea duduk di kerusinya semula.

Azrin hanya tersenyum melihat reaksi pelajar-pelajar. Ada yang agak kagum dengan soalan tersebut. Ada yang sedang memandang Siti Safea dengan riak tidak percaya. Sejujurnya, Azrin pun berasa terkejut apabila Siti Safea berani mengajukan soalan. Selalunya dia berasa malu.

"Soalan yang bagus. Untuk soalan pertama… aku rasa jarang pendebat suara diorang ni perlahan. Selalunya suara diorang lantang masa menyampaikan hujah. So... kau tak perlu risau pasal suara semua tu. Kalau diorang guna bahasa standart yang tinggi, sebab tu kena ada teamwork yang baik dalam setiap pasukan tu. Semua pendebat kena catat apa point yang nak disampaikan. Bantu antara satu sama lain." Azrin berdehem seketika lalu menyambung semula bicaranya.

"Kadang-kadang, guna bahasa yang standart tinggi ni… ada juri yang tak berapa nak terima. Aku tak cakap semua juri. Sesetengah jurilah. Sebab masa aku lawan debat tiga tahun lepas... pasukan sekolah ni kalah masa final sebab guna bahasa standart tinggi je. Aku tak tahu alasannya apa. Tapi sejak tu… Cikgu Akmar banyak nasihatkan kitorang, lebih baik guna bahasa yang biasa je asalkan hujah padu." Kesemua pelajar hanya mengangguk faham termasuk Siti Safea.

Darlingku Mr Bad CrushWhere stories live. Discover now