SITI Safea meletakkan beg sekolahnya dengan kasar. Akhirnya, dia melabuhkan punggungnya di atas katil dengan kasar. Kenapa? Kenapa semuanya berlaku dengan begitu cepat? Kenapa tiba-tiba sahaja, ayahnya kembali semula.
Siti Safea meraupkan mukanya dengan kasar. Kenapa nasib dia semalang ini? Sudahlah tidak cantik, dapat ayah yang tidak berguna lagi. Tudung sekolahnya ditanggal dengan kasar. Apa yang Siti Safea tidak berpuas hati adalah apabila ibunya membenarkan ayah tinggal di dalam rumah mereka buat sementara waktu. Dia memang sangat kurang bersetuju dengan keputusan Puan Halimah.
Tiba-tiba, pintu biliknya diketuk. Siti Safea bangun dan berjalan menghampiri pintu biliknya. Tombol pintu dipulas lalu pintu itu dibuka. Kelihatan Puan Halimah betul-betul berdiri di hadapannya. Siti Safea mengeluh. Mesti Puan Halimah mahu bercakap tentang ayahnya itu. Siti Safea terus sahaja melangkah ke katilnya semula.
Puan Halimah melangkah perlahan-lahan masuk ke dalam bilik anaknya. Perkara itu perlu diperbincangkan. Dia tahu Siti Safea tidak bersetuju jika suaminya duduk dengan mereka. Puan Halimah betul-betul dilema.
Keadaan menjadi senyap dan sunyi. Hanya kipas sahaja yang berbunyi. Puan Halimah mengeluh perlahan seraya berkata, "Mak tahu Saf marahkan mak pasal ayah tu. Mak tak tau nak fikir apa sekarang. Mak kesian tengok ayah macam tu."
Siti Safea terus sahaja memandang Puan Halimah tidak puas hati. Kenapa perlu rasa kasihan dengan suaminya yang tidak bertanggungjawab itu? Selama dia membesar, Encik Sharifuddin tidak pernah menjenguk atau mengambil kisah tentang dirinya dan isteri sendiri. Kenapa baru sekarang dia muncul kembali?
"Mak, Saf bukan nak kurang ajar dengan mak. Tapi kenapa senang sangat mak terima dia tu dalam kehidupan kita? Mak percaya ke ayah berubah? Saf tengok tak macam berubah pun." Siti Safea memandang Puan Halimah meminta penjelasan.
"Saf, mak pun kurang percaya dengan ayah tu. Tapi… tak salah kan kita bagi peluang kedua. Mungkin ayah memang betul-betul berubah. Dah tak ambil benda haram tu. Lagipun, mak tengok ayah betul-betul menyesal," ujar Puan Halimah.
Siti Safea hanga mengeluh buat kesekian kalinya. Dia masih lagi tidak percaya bahawa ayahnya itu betul-betul berubah. Apa yang dia tahu, seorang penagih dadah, susah untuk berubah melainkan dia berusaha untuk mengubah dirinya kepada manusia yang lebih berguna. Tetapi, nak buat macam mana… Puan Halimah sudah berkata begitu. Jadi, sebagai anak dia hanya akur sahaja.
"Kalau… ayah masih lagi tak berubah, mak nak buat macam mana?" tanya Siti Safea lagi.
Puan Halimah terus sahaja duduk di sebelah Siti Safea lalu memeluk bahu anaknya itu. Mungkin ini peluang yang terakhir yang akan diberikan kepada Encik Sharifuddin.
"Kalau dia tak berubah jugak… mak akan pastikan dia meringkuk dalam penjara. Dan… mak akan minta fasakh kat pejabat agama," jawab Puan Halimah dengan penuh yakin.
Siti Safea terus memeluk Puan Halimah. Dia sangat lega jika ibunya akan berbuat begitu. Dia harap sangat kepulangan Encik Sharifuddin tidak menimbulkan masalah-masalah yang lain.
Tanpa mereka sedar, Encik Sharifuddin terdengar semua perbualan isteri dan anaknya itu. Dalam diam, dia tersenyum sinis. Dia ada sebab kenapa baru sekarang dirinya muncul di hadapan keluarga ini. Apa yang lebih penting sekarang ini, rumah isterinya adalah tempat yang paling selamat untuk menyorokkan diri dari 'lintah-lintah darat' yang sedang memburunya.
HAZIQ Arfan terus meletakkan kalkulator dan beberapa buah buku matematik di meja belajarnya. Tiba-tiba sahaja sekarang ini dia tidak berpuas hati. Kenapa dia rasa sakit hati apabila melihat budak berjerawat itu tersenyum mesra dengan bekas kawannya itu, iaitu Azrin?
Sebelum pulang ke rumah dan habis sesi pembelajaran di sekolah, Haziq Arfan mahu berjumpa dengan Siti Safea untuk memulangkan beberapa buku Matematik dan kalkulatornya. Tetapi, perancangannya tidak jadi apabila dia melihat Siti Safea dan Azrin sedang bersembang-sembang di perhentian bas.
Melihat budak berjerawat itu tersenyum kepada Azrin membuatkan hatinya, tiba-tiba sahaja menjadi sakit. Rasa mahu pukul semua orang. Rasa tidak keruan. Kenapa?
Haziq Arfan meraup mukanya. Cepat-cepat dia tersedar. Dia sudah ada Hanna. Kenapa perlu memikirkan budak jerawat itu? Siti Safea bukannya citarasanya. Sudahlah lembab, muka buruk. Tetapi bayangan Siti Safea masih lagi berlegar di benaknya. Haziq Arfan rasa tertekan pula.
Dia terus mengambil telefon pintarnya. Lalu, aplikasi Whatsapp dibuka. Tak ada pula mesej daripada kekasih hati. Selalunya, Hanna akan memberikan apa-apa mesej setelah pulang dari sekolah. Sekarang ini, tiada pula.
Tiba-tiba mata Haziq tertancap ke arah nama Siti Safea di ruang perbualan. Haziq Arfan menggigit bibirnya. Dia buntu. Perlukah dia mesej budak berjerawat itu atau membiarkan sahaja buku Matematik dan kalkulator gadis itu di rumahnya? Kalau dia mesej dahulu, jatuh pula reputasi kerana selama ini Siti Safealah yang selalu menghantar mesej dahulu.
Tiba-tiba, pintu bilik diketuk dengan kuat. Terus sahaja Haziq Arfan bergegas untuk membuka pintu biliknya. Kelihatan Puan Hani sedang bercekak pinggang sambil memandang Haziq Arfan tidak puas hati. Haziq Arfan pula sudah meneguk liur. Seperti ada sesuatu buruk yang berlaku jika ibunya beriak begitu?
"Ya, ibu. Kenapa?" tanya Haziq Arfan.
"Ibu nak tanya, Along dengan Hanna bercinta lagi ke?" tanya Puan Hani terus tanpa berselindung lagi.
Haziq Arfan pula menjongketkan keningnya. Pelik pula tiba-tiba sahaja ibunya bertanya tentang Hanna. Selalunya, Puan Hani tidak kisah langsung. Haziq Arfan menggeleng seraya berkata, "Along mana ada putus dengan dia. Kami okey je, ibu. Kenapa?"
Puan Hani memeluk lengannya. Baru tadi dia pergi ke kedai runcit untuk membeli barang keperluan, tetapi Puan Hani ternampak kelibat Hanna yang berpelukkan dengan seorang lelaki berhampiran dengan kedai runcit tersebut. Dia yakin lelaki itu bukan anaknya kerama ketinggian dan warna kulit tidak sama dengan Haziq Arfan. Kalau, Haziq Arfan berkata mereka masih lagi ada hubungan, ini bermakna Hanna telah mempermainkan perasaan anaknya? Dan itu tidak akan terjadi.
"Tadi ibu nampak Hanna kat kedai tadi." Puan Hani jeda seketika.
Haziq Arfan mengangguk sahaja. Mesti ibunya suka dan berkenan melihat teman wanitanya yang cantik itu. Harap sangkaannya tepat.
"Ibu suka Hanna tu?" tanya Haziq Arfan ceria. Tetapi sekejap cuma kerana Puan Hani menggeleng kepalanya.
"Bukan itu ibu nak cakap. Ibu ternampak Hanna tadi dengan lelaki. Berpelukan."
Haziq Arfan terkedu. Lelaki? Berpelukan? Takkanlah Hanna buat begitu. Mungkin ibunya tersilap pandang agaknya. Hanna takkanlah buat begitu. Dia percaya Hanna seorang yang setia.
"Takkanlah Hanna nak buat macam tu, ibu? Along rasa Ibu nampak orang lain kut. Lagipun, ibu kan rabun. Takut tersilap pandang."
Puan Hani hanya tersenyum perlahan. Nampak sangat, Haziq tidak mempercayai kata-kata Puan Hani. Wanita itu dapat mengagak reaksi anak sebegitu. Nampaknya, Haziq sudah dibutakan dengan kecantikan Hanna walaupun perangainya agak plastik.
"Ya la kut. Mungkin ibu tersilap pandang." Puan Hani hanya menjongket bahu sahaja. Dia hanya membiarkan sahaja. Puan Hani tahu lama kelamaan perangai Hanna yang jijik itu akan terbongkar. Cepat atau lambat sahaja. Biar Haziq sahaja yang akan tahu sendiri
ShaDhia
Bersambung...
YOU ARE READING
Darlingku Mr Bad Crush
Teen Fiction#2 - DARL SERIES BY SHADHIA (COVER BY : @patahanranting-) SITI SAFEA Seorang gadis yang sangat pemalu dan kurang keyakinan diri dan membuatkan dirinya senang untuk dipijak. Naif dan lurus bendul, itu sifat semulajadinya. HAZIQ ARFAN Bukan anak dala...