PUAN Halimah menggeleng sahaja apabila melihat Encik Sharifuddin sedang tidur terbongkang di atas sofa. Kadang-kadang, dia sungguh kesal melihat suaminya itu. Katanya sudah berubah tapi perangai lamanya masih sama sahaja. Setiap hari Encik Sharifuddin tiada di rumah. Alasannya mahu mencari kerja tapi beberapa minggu ini masih lagi tiada perubahan. Encik Sharifuddin masih lagi tidak mendapat apa-apa kerja. Sebenarnya, dia agak risau juga kalau Encik Sharifuddin membuat perangai lamanya itu.
Puan Halimah melangkah perlahan-lahan ke arah suaminya. Kaki Encik Syarifuddin digoyang-goyangkan sedikit untuk mengejutkan lelaki itu. Puan Halimah mengetap bibir. Sungguh mencabar kesabarannya.
"Bang! Bangun!" Kaki Encik Sharifuddin digoyangkan dengan laju. Berkerut dahi Encik Sharifuddin. Dia mendengus kasar. Sungguh pantang baginya kalau tiba-tiba sahaja ada orang sedang menganggu tidurnya. Matanya dibuka perlahan-lahan. Kepalanya agak pening kerana ada orang mengejutknnya secara mengejut.
"Apahal, Mah? Tak nampak ke abang tengah tidur ni?" marah Encik Sharifuddin. Mengacau sahaja perempuan tua ini. Sudahlah badannya penat. Mahu tidur sekejap sahaja, sudah diganggu.
"Tu la kerja abang. Tidur je! Asyik mengangkang je. Kerja malas nak cari. Abang nak jadi apa? Abang ni macam biawak hidup! Bini pulak nak tanggung makan. Sepatutnya abang yang kena sara bini dengan anak. Bukan membongkang tidur macam ni!" bebel Puan Halimah. Dia sudah penat dengan perangai suaminya itu. Tidak berubah dari dulu. Pemalas! Dia sudah tidak tahan lagi!
Encik Sharifuddin mendengus kasar. Dia terus meramas rambutnya. Isterinya suka sangat membebel. Itu tak kena. Ini pula tak kena. Nak berehat pun, tak senang!
"Abang penat ni, Mah. Abang bukan saja-saja tak duduk rumah. Abang cari kerja. Tapi… nak buat macam mana, tak dapat." Encik Sharifuddin menyandarkan kepalanya ke sofa. Tangannya sengaja memicit-micit kepala supaya Puan Halimah terpedaya dengan lakonannya. Selama dia keluar pun, bukan mahu mencari kerja.
"Ya ke cari kerja? Kenapa semalam Mah nampak abang kat kedai Toto tu? Abang buat apa kat sana? Tikam nombor? Hah?" tanya Puan Halimah bertubi-tubi. Semalam, dia ada juga keluar rumah untuk membeli barang basah di pasar. Ketika itulah Puan Halimah ternampak kelibat suaminya di kedai judi tersebut.
"Bila masa abang pergi sana? Memandai-mandai je."
Puan Halimah mengetap bibirnya. Banyak pula helah suaminya. Dia tidak rabun lagi. Dia mash kenal sosok suaminya itu. Dia sudah tidak tahan lagi. Sudah bagi peluang tapi hanya dipersiakan begitu sahaja. Suaminya memang tidak pernah berubah. Baik dia minta fasakh sahaja di pejabat agama. Ada suami pun seperti tidak ada suami.
"Saya dah penat dengan perangai abang ni! Kata nak berubah! Tapi sama je! Lebih baik kita bercerai. Senang. Saya tak pening kepala dah!" marah Puan Halimah. Seusai itu, dia pun berlalu dari situ. Penat cakap dengan orang tua degil begitu.
Encik Sharifuddin mengepalkan penumbuknya. Dia takkan sesekali menceraikan isterinya. Rumah ini sahaja tempat yang selamat untuk bersembunyi daripada lintah-lintah darat yang memburunya.
"Aku takkan ceraikan kau, Mah. Kau je lubuk duit aku sekarang." Encik Sharifuddin berkata perlahan sambil tersenyum sinis.
"SAYA dah semak semua kertas jawapan awak semua. Ada markah yang maintain. Ada juga yang meningkat dan menurun. Ada jugak yang gagal. Dapat markah 'telur ayam'. Saya tak tahulah… dia buat apa kat rumah sampai dapat markah macam ni." Cikgu Liza sudah berdiri di hadapan kelas dan di tangannya ada beberapa kertas peperiksaan untuk diedarkan kepada pelajar.
Siti Safea sudah meramas tangannya yang sudah berpeluh. Ada dua kemungkinan sahaja sekarang ini. Jika dia lulus dengan cemerlang peperikasaan subjek Matematik ini, maka dia tidak perlu untuk tutor bersama Haziq Arfan. Jika sebaliknya berlaku, dia terpaksa menghadap lelaki berlagak itu.
YOU ARE READING
Darlingku Mr Bad Crush
Teen Fiction#2 - DARL SERIES BY SHADHIA (COVER BY : @patahanranting-) SITI SAFEA Seorang gadis yang sangat pemalu dan kurang keyakinan diri dan membuatkan dirinya senang untuk dipijak. Naif dan lurus bendul, itu sifat semulajadinya. HAZIQ ARFAN Bukan anak dala...