BAB 36

4.5K 476 76
                                    

SITI Safea melangkah masuk ke dalam tandas. Bukan mahu 'membuang hajat' tetapi membetulkan awning tudungnya yang sudah kelepet. Terlihat ada beberapa orang pelajar perempuan yang sedang membetulkan tudungnya juga. Ada juga yang menunggu giliran untuk menggunakan bilik tandas tersebut.

Memandangkan ketiga-tiga sinki sudah penuh, akhirnya Siti Safea hanya menunggu di tepi dinding sahaja. Cermin mata ditanggalkan lalu cermin yang berkabus itu dilap dengan menggunakan kain tudung agar penglihatannya lebih jelas.

Siti Safea perasan seakan-akan dia diperhatikan. Dia mendongak wajahnya. Kelihatan pelajar-pelajar perempuan tersebut tunak memandangnya. Ada yang berbisik-bisik. Ada yang memandang dirinya dari atas sampai ke bawah dengan pandangan yang sinis. Ada juga yang tidak mengambil kisah. Khusyuk membetulkan tudungnya.

"Kau Siti Safea, eh?" tegur seseorang. Tag namanya tertulis perkataan 'Nur Syawani'. Siti Safea tersentak. Dia hanya mengangguk sahaja. Agak pelik juga apabila ada orang yang tahu akan namanya. Padahal Siti Safea tidak tahu pun nama pelajar perempuan itu.

"Kau mesti seronok, kan?" tanya Syawani sambil tersenyum sinis. Sempat lagi dia memandang penampilan Siti Safea dari atas sampai ke bawah. Ini perempuan yang Haziq Arfan suka. Baik pilih dirinya dari budak hingusan ini.

Siti Safea mengerutkan dahinya. Dia tidak faham soalan yang dilemparkan oleh gadis itu. Seronok tentang apa? Ada apa-apa hal yang dia tidak tahu ke?

"Sa… saya tak faham." Siti Safea cuba untuk menenangkan diri. Dia dapat merasakan ada benda yang tidak kena. Ramai yang memandang dirinya seperti seorang banduan yang sedang melakukan kesalahan yang besar.

Syawani memeluk lengannya. Langkahnya melangkah perlahan-lahan menuju ke arah Siti Safea. Tiba-tiba, keadaan menjadi sunyi dan sepi. Pelajar yang lain hanya melihat sahaja tanpa berbisik-bisik. Tiba-tiba, ada seseorang membuka pintu bilik tandas. Kelihatan Rina sedang membetulkan kainnya.

Rina memandang ke arah Siti Safea lalu dia memberikan jelingan yang tajam. Dia tahu kisah pergaduhan itu. Dia dapat merasakan perangai Siti Safea yang sangat menjengkelkan. Azrin pun sukakan dia. Haziq yang popular itu pun sukakan dia juga. Muka pun tidaklah lawa mana.

"Takkan kau tak tahu apa jadi hari ni? Ke kau saja-saja buat tak tahu." Sinis sahaja Syawani. Siti Safea semakin mengerutkan dahinya. Dia semakin tidak faham. Kenapa hari ini dia dapat merasakan semua orang pelik?

"Saya betul-betul tak tahu. Awak boleh tak terus terang? Jangan nak cakap berlapik macam ni. Saya tak faham," ujar Siti Safea sedikit tegas. Matanya tunak memandang ke arah Syawani yang masih lagi tersenyum sinis.

"Tanyalah Hilman dengan Haziq. Dia orang gaduh pasal kau. Aku pun tak tahu apa yang Haziq tu pandang kat kau. Muka kau tak adalah lawa mana aku tengok. Aku rasa better Hanna dari kau. Muka pun berjerigi." Syawani sempat lagi mahu menolak Siti Safea. Tetapi nasib baik dia sempat mengelak.

Siti Safea hanya tersenyum manis. Padahal dalam hatinya kemarahan sudah membara. Kalau ikutkan hatinya, sudah lama Siti Safea menarik tudung gadis itu sehingga terkoyak tetapi dia masih lagi waras.

"Tak ada modal lain awak nak jatuhkan saya ya selain muka saya ni?" tanya Siti Safea membuatkan kesemua pelajar di dalam tandas tersebut tersentak. Mereka beranggapan Siti Safea akan menangis ketakutan apabila digertak tetapi nampaknya anggapan mereka memang salah sama sekali.

"Saya tak tahu apa jadi hari ni. Pasal Hilman… Haziq atau apa-apa jelah. Tapi… kalau dia orang gaduh pun, itu bukan masalah saya. Saya tak ada kena mengena dengan hidup dia orang. Dan awak Syawani, kalau ada niat nak malukan saya dalam tandas ni… maaflah, awak. Awak gagal. Saya tak kisah… awak nak cakap muka saya berjerawat ke… menggerutu ke… sumpah saya tak kisah sangat. Tapi awak kena tahu satu benda. Jerawat ni sementara je. Bukan kekal selamanya. Macam tu jugak dengan kecantikan yang awak banggakan. Kalau cantik… tapi  tak ada adab… suka dengki… memang tak ada guna pun."

Darlingku Mr Bad CrushWhere stories live. Discover now