BAB 9

4.6K 427 76
                                    


HAZIQ Arfan terkocoh-kocoh pergi ke bilik guru. Tiba-tiba sahaja ada orang memberitahunya bahawa Cikgu Liza mahu berjumpa di bilik guru. Rasa berdebar pula. Macam ada buat kesalahan yang besar.

Pintu kaca ditolak lalu matanya melilau mencari meja guru Matematiknya. Kelihatan Cikgu Liza sedang sibuk bersembang dengan guru yang lain. Haziq Arfan terus sahaja menghampirinya.

"Cikgu."

Cikgu Liza terus sahaja menoleh lalu dia tersenyum. Gerangan yang ditunggu sudah pun tiba. Cikgu Liza terus sahaja meminta diri lalu membawa Haziq Arfan ke mejanya. Banyak hal yang perlu diperbincangkan.

"Kamu dah jumpa Siti Safea?" Pertanyaan pertama yang keluar dari Cikgu Liza membuatkan dahi Haziq berkerut. Siti Safea yang mana? Takkanlah budak nerd itu?

"Yang mana, cikgu?" tanya Haziq pula sambil menggarukan telinganya. Cikgu Liza menggeleng perlahan-lahan. Nampak sangat Siti Safea dan Haziq Arfan belum berjumpa lagi.

"Nampak sangat kamu belum jumpa dia lagi. Siti Safea dari Kelas Tiga Bestari. Dia pakai cermin mata dan pendiam."

Haziq sudah meneguk air liurnya perlahan-lahan. Takkanlah Siti Safea yang bermuka menggerutu itu? Kenapa pula dia kena berjumpa dengam budak itu? Akhirnya, Haziq menggelengkan kepalanya perlahan-lahan.

"Kenapa dengan dia, cikgu?"

"Mulai hari ni, saya nak minta tolong awak jadi tutor kepada Siti Safea. Ajarkan beberapa tajuk silibus Matematik yang dia lemah. Saya harap sangat awak boleh tolong dia. Sebab dia berpontensi untuk mendapat 'A' dalam subjek saya."

Haziq hanya diam sahaja. Permintaan Cikgu Liza amatlah berat. Takut nanti dia pula tidak berasa selesa kerana melihat muka Siti Safea yang banyak ditumbuhi jerawat. Mood untuk mengajar pun boleh hilang entah ke mana.

"Kenapa pilih saya?" tanya Haziq semula. Sudahlah sekarang ini dia sibuk sedikit dengan latihan olahraga. Masalah dengan kekasih hati pun belun lagi selesai. Tiba-tiba, masalah lain pula yang muncul.

"Sebab kamu pandai dalam subjek saya. Dah terbukti semasa kamu mengajar Lily dan Samad subjek saya, mereka mudah menguasai. Sebab itulah saya letakkan harapan pada kamu, Haziq. Jadi… boleh, kan?"

Haziq hanya mengeluh perlahan. Nampaknya, bebannya semakin bertambah dan terpaksa bertaha buat seketika cuma. Harapnya keputusan yang dilakukan itu memang terbaik.

"Baik, cikgu. Saya akan tolong dia. Rehat nanti saya jumpa dia."

Cikgu Liza hanya mengangguk dan bibirnya menguntumkan senyuman. Harap Haziq dapat menggalaskan tanggungjawabnya dengan baik. Haziq pula mula menyesal dengan keputusannya. Nak tarik balik, agak bersalah pula kerana nampak sangat Cikgu Liza meletakkan harapan yang sangat tinggi padanya.




______________________________________








SITI Safea memicitkan kepalanya. Kenapalah soalan Matematik ini terlampau susah baginya? Sudah banyak kali Cikgu Liza mengajar topik yang sama tapi satu apa pun dia tidak faham. Sudah esok pagi kena hantar tugasan itu.

Akhirnya, Siti Safea membuat keputusan untuk menutup bukunya sahaja. Kalau lagi stres, lagi dia tak dapat jawapan kepada soalan itu. Sekarang ini, waktu rehat masih berjalan. Siti Safea hanya duduk di dalam kelas.

Tiba-tiba perutnya terasa lapar pula. Akhirnya, dia pun mengambil dompet di dalam begnya lalu terus keluar dari kelas. Hari ini dia tidak meletakkan sebarang coklat dan lolipop di bawah meja Haziq Arfan kerana hari ini dia terlalu sibuk. Tidak sempat untuk membeli coklat dan lolipop.

"Woi! Perempuan!" panggil seseorang dari jauh. Siti Safea menoleh belakang. Kelihatan HazIq Arfan sedang memanggil seseorang. Siti Safea tidak menyahut. Mungkin Haziq Arfan panggil orang lain. Dia ini bukan siapa pun di mata orang crushnya itu.

Darlingku Mr Bad CrushWhere stories live. Discover now