BAB 43

5.8K 378 98
                                    

"TUAN Yang Dipertua,
Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa kerajaan tetap mempertahankan usul yang dibentangkan ini iaitu 'Eko-Perlancongan Strategi Efektif ke arah Pembangunan Lestari'. Jadi, berdasarkan rumusan hujah mantap yang saya nyatakan tadi, saya memohon usul ini diluluskan oleh dewan yang mulia ini dengan sebulat suara. Tuan Yang Dipertua, saya mohon mencadang. Sekian, terima kasih," ujar Siti Safea. Semua penonton sudah bertepuk tangan. Lagi-lagi dari penyokong SMK Seri Bergawan.

Haziq pula hanya terpaku. Sempat lagi dia mengambil gambar Siti Safea secara senyap-senyap. Entah kenapa apabila melihat Siti Safea berdebat di atas pentas dengan penuh keyakinan, seolah-olah dia tidak kenal gadis itu kerana Siti Safea yang dia kenal bukanlah seorang yang lantang bersuara seperti itu.

"Ahli-ahli yang Berhormat, Sidang dewan yang dimuliakan. Dengan ucapan penggulungan oleh pihak kerajaaan  tadi maka berakhirlah persidangan Dewan kita pada kali ini. Dengan ini saya mengucapkan terima kasih dan syabas kepada Ahli-ahli Yang Berhormat serta seluruh Sidang Dewan yang telah bersama-sama menjaga keharmonian Dewan ini. Saya selaku Yang Arif Tuan Yang Dipertua Dewan dengan ini menangguhkan Persidangan Dewan pada kali ini. Dengan ini saya serahkan majlis kepada pengacara majlis. Sekian, terima kasih," ujar Speaker Dewan tersebut.

Akhirnya, Siti Safea menghembuskan  nafasnya kelegaan. Kesemuanya sudah selesai. Dia hanya mampu bertawakal sahaja. Semua pendebat-pendebat dibawa ke belakang pentas oleh pengurus pentas dan 'usher'. Tinggal kumpulan Azrin sahaja lagi yang mewakili peringkat menengah atas dalam kategori Bahasa Melayu.

"Tahniah, guys. Aku bangga dengan kau orang berdua," ujar Hafizul dengan nada yang begitu teruja. Belum sempat Siti Safea mahu berkata sesuatu, tiba-tiba dia ternampak beberapa orang pelajar sedang menuju ke arah mereka.

Kelihatan Cikgu Akmar dan Cikgu Afzal berserta beberapa pelajar yang lain menghampiri ke arah mereka. Terus jantungnya berdebar-debar kerana matanya tertancap ke arah Haziq. Terus sahaja dia mengalihkan pandangannya. Jantungnya berdegup laju. Entah kenapa apabila melihat bekas 'crushnya', hatinya masih lagi berdebar-debar.

"Safea," panggil seseorang.

Terus sahaja Siti Safea tersentak. Dia menoleh ke arah empunya suara itu. Kelihatan Azrin yang lengkap memakai blazer sudah tersenyum ke arahnya. Nampaknya, Azrin sudah bersiap sedia kerana gilirannya untuk berdebat selepas ini.

"Ke... kenapa?" tanya Siti Safea tergagap-gagap. Azrin mengerut dahinya pelik.

"Tak ada apa. Tengok kau termenung jauh. Kau okey tak ni?" tanya Azrin mengambil berat. Siti Safea terus sahaja menggeleng laju. Dia tidak mahu Azrin syak apa-apa pula. Azrin hanya diam sahaja. Tiba-tiba mata Azrin tertancap ke arah Haziq yang sedang tajam melihat dirinya dan Siti Safea. Terus sahaja Azrin tersenyum sinis sambil menggerakkan keningnya ke atas.

Melihat perubahan wajah Haziq yang bertukar merah itu membuatkan Azrin berasa gembira. Dia tahu Haziq sangat bengang pada dirinya. Azrin sengaja melangkah setapak sehingga jarak dirinya dengan Siti Safea semakin dekat. Kebetulan Siti Safea tidak perasan kerana dia sedang termenung.

Haziq pula mengetap bibirnya. Baru sahaja dia mahu mendekati Siti Safea tetapi musuhnya itu pula sibuk mahu mendekati gadis polos itu. Mahu sahaja dia menumbuk lelaki itu tetapi Haziq hanya mampu menahan sabar sahaja.

"Sweet kan Azrin dengan budak rabun tu?" ujar Haikal. Haziq terus sahaja menjeling tajam. Kata-kata pujian itu seperti duri yang menyakitkan hatinya. Apabila melihat Siti Safea yang sedang bergelak ketawa menyebabkan kemarahan Haziq semakin meluap-luap.

"Kau memang nak sakitkan hati aku ke?" tanya Haziq dengan nada yang memerli. Haikal hanya tersenyum sinis. Dia tahu kawannya itu sedang menahan cemburu. Haikal hanya mapu tersengih-sengih sahaja.

Darlingku Mr Bad CrushWhere stories live. Discover now