HANNA masuk ke dalam bilik pejabat guru penolong kanan dengan hati yang sebal. Entah apa ayahnya tidak puas hati sampaikan semasa waktu persekolahan sibuk mahu memanggil dirinya. Setelah sampai betul-betul di hadapan pintu pejabat itu, Hanna terus mengetuknya.
Seusai mendapat keizinan masuk, Hanna terus menulas tombol pintu lalu. Perkara pertama yang dia lihat adalah Encik Hafiz sedang menekan papan kekunci komputer ribanya.
Encik Hafiz memandang sekilas ke arah Hanna yang sedang meninggu sambil memeluk tubuhnya. Encik Hafiz segera membetulkan cermin mata yang sudah terlorot. Segala kertas dan fail-fail diletakkan di tepi meja dalam keadaan yang tersusun.
"Kenapa papa nak jumpa Hanna? Tak boleh tunggu kat rumah ke?" tanya Hanna yang kedengaran agak sedikit kasar. Encik Hafiz semakin bengang. Sudahlah dia baru tahu bahawa Hanna sudah beberapa kali ponteng kelas tambahan. Pada mulanya, dia hanya diam sahaja. Tapi memandangkan perangai Hanna yang semakin melampau, maknanya Hanna perlu diberi peringatan terlebih dahulu.
"Apa nak jadi dengan kamu ni, Hanna? Papa tak pernah ajar anak-anak papa buat macam ni." Encik Hafiz memulakan bicara. Matanya tunak memandang anaknya yang sedang mengerut dahi.
"Apa benda ni? Hanna ada salah sekarang ni sampaikan papa tak puas hati? Kalau papa rasa nak marah or nak cakap merepek, baik cakap kat rumah jelah. Tak menyempat!" marah Hanna.
"Kamu jangan nak melampau! Jangan ingat papa diam, tapi papa tak perhatikan kamu! Kenapa ponteng kelas tambahan? Kamu pergi mana sampai ponteng?" Encik Hafiz mengetap bibirnya. Kalau ikutkan hatinya yang sedang membara, sudah lama dia mahu menengking anaknya itu kuat-kuat. Tapi dia tidak mahu membuat kecoh memandangkan mereka masih lagi berada di sekolah.
Hanna menelan liurnya sedikit. Maknanya kesalahan yang satu itu sudah terbongkar. Siapa punya mulut itu yang suka membongkarkan rahsianya? Sebab kebanyakkan guru-guru di sekolah ini sangatlah telalu menjaga tepi kain orang dan membuatkan Hanna berasa rimas.
"Ma… mana ada Hanna ponteng. Siapa yang buat fitnah ni?" Hanna memeluk tubuhnya. Kelas tambahan sungguh membosankan. Keluar dengan Amar lagi menyeronokkan. Amar sangat memanjakan dirinya. Semua apa yang dipinta, Amar akan tunaikan. Tidak seperti papanya, yang asyik melebihkan ibu dan adik tirinya sahaja seolah-olah dirinya tidak wujud.
"Tak payah nak tipu papa la, Hanna. Jangan sampai papa rampas semua handphone kamu. Kamu dah melampau." Walaupun nada suara Encik Hafiz tidak tegas seperti tadi tapi dia masih lagi geram dan marah melihat reaksi Hanna yang seolah-olah tidak memperdulikan nasihatnya.
"Hish! Sikit-sikit nak rampas! Memang! Memang Hanna jelah yang salah. Yang orang gaji perampas dengan anak dia tu tak ada pulak nak tegur-tegur bagai. Dahlah, pa. Tak payah nak masuk campur urusan Hanna. Jaga jelah bini baru papa tu."
Seusai berkata begitu, Hanna terus menuju ke pintu. Malas mahu melayan Encik Hafiz yang selalu sahaja ingin mencari salahnya. Petang ini sepatutnya ada aktiviti kokurikulum tapi dia sudah berjanji untuk bertemu dengan kekasih hatinya, Amar.
"Lagi satu… kalau kamu jumpa lagi budak Amar tu… papa tak teragak-agak kurung kamu kat bilik. So behave!"
Hanna yang pada ketika itu sedang memegang tombol pintu terkedu. Dia memandang sekilas ke arah Encik Hafiz yang tunak memandangnya. Tombol pintu dipegang kemas. Dia tidak begitu berpuas hati!
Hanna terus sahaja menghentakkan kaki lalu membuka pintu pejabat tersebut dengan kasar. Pintu bilik tersebut tidak ditutup semula. Encik Hafiz mengeluh kasar. Cermin mata yang terlorot dibuka lalu diletakkan di atas meja. Dia mengurut pelipis kepalanya. Pening memikirkan anak perempuannya yang begitu degil. Apa yang perlu dia buat untuk merapatkan lagi hubungannya terhadap Hanna yang tidak sama seperti dahulu lagi? Akhirnya keluhan berat dilepaskan.
YOU ARE READING
Darlingku Mr Bad Crush
Teen Fiction#2 - DARL SERIES BY SHADHIA (COVER BY : @patahanranting-) SITI SAFEA Seorang gadis yang sangat pemalu dan kurang keyakinan diri dan membuatkan dirinya senang untuk dipijak. Naif dan lurus bendul, itu sifat semulajadinya. HAZIQ ARFAN Bukan anak dala...