BAB 24

4.8K 496 38
                                    

SEMINGGU KEMUDIAN…

"MASA sudah tamat. Berhenti menulis. Semak nama dan kelas anda dan letakkan kertas jawapan di sebelah kanan meja  anda. Kertas jawapan dikutip sekarang."

Siti Safea terus menyemak kertas jawapannya sekali lalu. Walaupun peperiksaan awal tahun, nampak sahaja peperiksaan tersebut tidak penting. Tetapi bagi Siti Safea peperiksaan ini akan menentukan dia akan meneruskan tutor dengan seorang lelaki yanga berlagak bernama Haziq Arfan ataupub tidak. Dia sudah berjanji untuk melakukan yang terbaik kerana dia tidak mahu meneruskan tutor dengan orang itu lagi.

Siti Safea sempat lagi melilau di sekeliling kelas tersebut. Kesemua pelajar sedang sibuk menyemak kertas jawapan masing-masing. Ada yang sedang bersembang dengan rakan di meja sebelah. Ada yang sedang mengemas segala alat tulisnya. Cikgu Marina mengutip kertas jawapan satu demi satu.

Seusai itu, dia menyusun kertas jawapan tersebut dengan teratur. Dia mengambil beg tangannya lalu keluar dari kelas tersebut. Keadaan kelas semakin riuh semula. Kebetulan sudah pukul dua petang menunjukkan waktu sekolah sudah pun tamat.

"Saf!" panggil Aqilah sambil menghampiri meja Siti Safea. Siti Safea hanya tersenyum lalu terus mengemas segala peralatan sekolahmya untuk dimasukkan ke dalam beg.

"Kau balik dengan aku, kan?" tanya Aqilah. Siti Safea hanya menggeleng. Selepas ini, dia ada perjumpaan kelab debat. Aqilah hanya mengangguk faham. Sebenarnya dia mahu menanyakan satu persoalan. Ya… Aqilah sudah tahu cerita mengenai Haziq Arfan dan Siti Safea. Kalau ikutkan hatinya, dia mahu sahaja menumbuk muka lelaki itu. Tetapi dia masih lagi ada kesabaran yang tinggi.

"Kau nak tanya aku apa-apa ke, Qilah? Senyap je dari tadi." Siti Safea hanya memandang rakan baiknya pelik. Aqilah hanya tersengih-sengih. Serba salah rasanya.

"Kau okey tak sekarang?"

Siti Safea mengerutkan dahinya. Pelik pula soalan ini. Siti Safea hanya mengangguk sahaja. Aqilah hanya mengeluh perlahan. Bukan itu soalan yang mahu diajukan.

"K… kau masih ada hati dengan Haziq tu?" tanya Aqilah perlahan. Nada suaranya seperti takut-takut sahaja. Takut Siti Safea berang dengan persoalannya. Melihat Siti Safea yang senyap sahaja membuatkan keadaan menjadi canggung.

"Aku minta maaf kalau kau tak selesa dengan soalan aku. Tak payah jawab kalau kau tak bersedia," ujar Aqilah sambil mengusap bahu Siti Safea.

Siti Safea hanya tersenyum. Sejujurnya susah untuk melupakan cinta pertama tapi dia sudah bertekad untuk melupakan lelaki itu. Dihina dan dikeji selalu, memang tidak berbaloi menyimpan perasaan terhadap lelaki yang tidak pandai menghargai.

"Sebenarnya, aku dah malas nak fikir pasal dia tu. Aku dah penat. Aku rasa malas. Biarlah dia nak buat apa pun. Dia nak hina aku ke, dia nak ejek aku ke… aku dah tak kisah. Aku ada hidup aku sendiri. Dia ada hidup dia sendiri. Dan aku takkan masuk campur urusan dia lagi. Aku anggap Haziq Arfan dah tak wujud," jawab Siti Safea dengan panjang lebar. Dia sudah malas memikirkan Haziq Arfan. Dia benar-benar sudah letih.

"Lepas ni kau tak payah la nak tanya pasal Haziq tu lagi. Aku tak kenal dia," jawab Siti Safea lagi dan membuatkan Aqilah berasa sedikit tercengang. Tak sangka Siti Safea sekuat itu. Mudah melupakan perkara pahit yang terjadi minggu lepas. Kalau perempuan yang lemah, sudah lama mengambil keputusan untuk berpindah dari sekolah ini. Tapi Siti Safea memilih untuk bertahan.

"Kau kuat, Safea. Aku teringin nak jadi kuat macam kau," ujar Aqilah dengan perlahan tali kata-katanya itu masih lagi terdengar di telinga Siti Safea.

"Aku berusaha jadi kuat. Life must go on. Aku tak nak jadi bodoh. Kadang-kadang aku nak gelak jugak bila teringatkan kebodohan aku yang dulu. Sanggup keluarkan duit untuk belikan coklat untuk orang tu. Tapi sikit pun tak terhargai. Haih… tak apalah. Aku anggap sedekah jelah. Walaupun kebanyakan coklat aku dah masuk dalam tong sampah," ujar Siti Safea sambil ketawa perlahan. Aqilah hanya diam sahaja. Ketawa itu bukanlah ketawa yang ikhlas tapi ketawa yang dibuat-buat.

Darlingku Mr Bad CrushWhere stories live. Discover now