"STOP!" tengking Rina sambil mencerlung ke arah Siti Safea yang sedang menunduk. Keadaan di bilik kelab debat tersebut terus menjadi senyap seketika. Hanya bunyi kipas siling sahaja yang berbunyi. Siti Safea sudah gementar. Salahkah dia membentangkan hujah tadi?
"Apa yang kau mengarut ni, Safea? Kenapa hujah kau macam ni?" tengking Rina. Dia sangatlah tidak berpuas hati. Macam Azrin boleh memilih perempuan ini sebagai pendebat sedangkan nak memberikan hujah pun salah.
"Sa… saya…" Belum sempat Siti Safea menghabiskan ayatnya, tiba-tiba sahaja Rina menepuk meja dengan kuat. Terangkat bahu gadis itu sedikit kerana terkejut.
"Tajuk pendebatan sekarang ini ialah 'Pengambilan pembantu rumah dari luar negara perlu dihentikan'. Hujah kau pulak cakap pasal Transformasi Nasional 2050. Hujah kau dah lari dari tajuk."
Siti Safea terdiam. Semalam dia ada membuat sedikit pencarian mengenai isi-isi hujah tajuk debat tersebut. Azrin pernah berkata, kalau mahu sesuatu hujah itu menjadi lebih kuat, hujah itu mesti ada kaitan dengan undang-undang atau isu masa kini.
"Belum lagi teknik hujah kau yang teruk. Status quo dan mekanisma hujah kau sangatlah bersepah. Aku tak tahu mana status quo dan mana mekanisma. Apa yang boleh aku simpulkan, hujah kau memang teruk!" marah Rina sambil mengepalkan penumbuknya. Siti Safea hanya menunduk kepalanya. Rasa terkesan pula apabila perkataan 'teruk' itu dilemparkan kepadanya.
"Aku bukan cakap kat Safea je! Nazirul dan Ravi pun sama! Teknik korang pun bersepah. Nazirul, kau sebagai pendebat pertama di pihak kerajaan. Kau sepatutnya bagi definisi secara literal dan konseptual. Faham tak? Bukan terus bagi hujah yang pertama. Aduh… korang!"
Rina terus memicitkan kepalanya. Pertandingan debat itu sudah semakin dekat tetapi wakil pendebat sekolah pula berdebat tidak memuaskan hati. Salah teknik dan hujahnya sangatlah tidak masuk akal. Macam mana mahu menang kalau beginilah hujah mereka nanti.
"A… apa maksud akak 'literal' dan 'konseptual' tu? tanya Ravi yang sepertinya takut-takut sahaja. Apalagi melihat muka Rina berkerut marah. Lagilah dia berasa risau.
"Literal tu maksudnya definisi secara tersurat. Korang boleh ambil definisi tajuk debat dekat Kamus Dewan. Konseptual tu pulak maksud dia penterjemahan secara tersirat dan mendalam sikit. Dan Nazirul tak buat benda tu. Kau terus pergi masuk hujah pertama. Kau tau tak kesalahan kau tu boleh membuatkan pihak pembangkang senang nak patahkan hujah kau. Apa yang lebih sadis lagi, markah kau akan kurang kat situ."
Nazirul yang sedang duduk bersebelahan dengan Siti Safea hanya mengangguk sahaja. Banyak kesalahan yang perlu diperbaiki. Lagipun kebanyakan dari mereka pertama kali masuk pertandingan begini. Melakukan satu kesalahan itu memang biasa.
"Safea! Suara kau tu, boleh tak kuat sikit. Kau berdebat macam berbisik! Macam ni ke kau nak debat nanti?" tanya Rina bengang. Matanya tunak memandang Siti Safea dengan tajam. Siti Safea hanya diam sahaja.
Rina cuba menghembuskan nafasnya perlahan. Marah-marah pun tidak dapat menyelesaikan masalah. Lagipun minggu ini, Azrin tidak ada di sekolah kerana dia terpaksa mengikut pasukan pidato bersama Cikgu Akmar. Lagipun Azrin juga salah seorang pengajar untuk pertandingan pidato. Jadi wajarlah dia terlibat sekali.
"Minggu depan, aku nak tengok perubahan. Aku tak nak korang debat macam ni. Nota-nota semua aku akan bagi kat grup Whatsapp. Baca dan fahamkan!" Kesemua pelajar yang berada di dalam bilik tersebut hanya menganggukkan kepalanya. Siti Safea hanya mengeluh perlahan. Nampaknya, nasib dia tidak baik hari ini.
HILMAN sudah tersenyum sinis. Kelihatan Haziq Arfan sedang mengemas barangnya. Di tangan Hilman ada sepucuk surat dan dua keping coklat yang diambil di dalam laci Haziq Arfan. Tidak sabar dia mahu memberitahu rahsia perempuan rabun itu.
YOU ARE READING
Darlingku Mr Bad Crush
Dla nastolatków#2 - DARL SERIES BY SHADHIA (COVER BY : @patahanranting-) SITI SAFEA Seorang gadis yang sangat pemalu dan kurang keyakinan diri dan membuatkan dirinya senang untuk dipijak. Naif dan lurus bendul, itu sifat semulajadinya. HAZIQ ARFAN Bukan anak dala...